Geng!

Monday, June 9

Kueh

Hari Sabtu aku berborak² girl's talk pillow talk tentang kisah² lama, dengan adik² aku. Berborak tentang betapa sakit hati aku dengan sorang mamat yang bajet bagus blueeergghhhh, dan banyak lagi lah. Tetiba adik aku cakap "Kawan Er yang adik paling ingat antaranya adalah abang Kueh"

"Ha'ah ek adik. Kueh. Lama Er tak contact dia. Dia pun hilang macam tu je"

Dulu, zaman belum pun ada facebook, blog ni adalah antara yang paling power la. Dan, memalui blog ni lah aku kenal ramai orang -- hanya melalui penulisan. Antaranya si Kueh ni lah. Setelah beberapa kali berbalas komen dalam comment box masing-masing, masa tu aku dengan adik-adik aku cadang nak ke Kedah. Aku buzz si Kueh ni kata aku akan naik bas daripada Puduraya. Kitorangpun cadang nak jumpa. Bukan jumpa as if macam first date gitu, jumpa memang macam member-member. Kecik je orangnye, paras bahu aku kot, ke paras telinga gitu lah. Bukan dia yang kecik, aku yang besor.

Jumpa tu memang sempoi. Makan. Borak. Naik bas.

Lepas tu aku dah lupa apa jadi, sampai adik aku yang ingatkan.

"Adik ingat lagi, masa kita nak naik bas tu, abang Kueh tetiba takde. Hilang. Kite pun naik je lah bas sebab dah bye-bye dah. Lagipun dia hilang macam tu je. Alih-alih bila bas dah jalan, baru abang Kueh muncul dengan air mineral dengan plastik ade roti ke ape tah. Kesian diaaaa. Ingat lagi muka dia masa tu. Alaa, kesian diaaa..."

Kueh,
Kau memang pelik. Aku harap kau baik-baik je, kat mana pun kau ada.

Tuesday, June 3

(Ending Part) Interview Kerajaan

Setelah wakil daripada SPA menyudahkan soalannya, beralih pula pada wakil daripada JPPH. Aku syak beliau mesti dalam high position sebab beliau memang steady daripada awal duk angguk angguk. Mesti dah standby dengan soalan maut. Soalan dia mesti berkaitan dengan bidang penilaian sekarang.

Soalannya : Berikan seksyen-seksyen yang terlibat dalam Akta Pengambilan Tanah, yang akan dimasukkan dalam laporan penilaian.

Serius rasa macam daaaannggg mampos aku! Aku langsung blur dan terdiam. Tapi sempat recover balik dan refresh nota kuliah zaman belajar dulu. "Seksyen 4 dan Seksyen 8", aku jawab.

"Ok, terangkan."

"Bla bla bla bla bla tarikh penilaian bla bla bla", punya lah panjang bla bla bla tapi salah ye kawan-kawan jawapan aku. Dia siap tolong betulkan lagi.

Tips 6 : YANG PENTING CONFIDENT. Goreng, tapi jangan sampai hangit.

"Ok, seksyen apa lagi dalam Akta yang terlibat?", beliau sambung soalan.

"Errr...ada lagi ke? Saya memang tak ingat lah Encik. Saya daripada tadi duk hafal step-step penilaian, borang-borang, bla bla bla *mintak simpati* sebab aku tengok wakil SPA dah senyum senyum.

"Awak tak expect langsung ke soalan saya bagi ni? Ok, saya bagi hint. Kalau dalam Akta tu, duduknya kat belakaaaaaangg sekali", kata beliau.

"Haaaa..ok. Jadual pertama", aku jawab. "Ok, betul. Terangkan Jadual Pertama". Bla bla bla bla bla lagi sampai habis kali ni nasib baik betul. Wakil JPPH tu angguk. Ada la lagi soalan-soalan kecik yang dia tanya banyak sangat seperti "Main sukan apa masa kat sekolah dan universiti?" "Dulu aktif persatuan tak?", "Suka makan tak?" dan macam-macam lagi.

Yang paling tak tahan, boleh dorang cakap "Tengok daripada gaya awak ni, awak ni jenis tak duduk diam ni. Suara awak mesti kuat". "Alamak, betul lah Puan. Suara saya yang sekarang ni, yang paling slow lah saya boleh buat. Kalau Puan nak saya cakap lagi slow daripada ni, memang tak boleh dah nak adjust"

Aku TERgelak kuat, dorang ikut sama gelak.

Dan aku masih ingat sampai sekarang, soalan provokasi dia berbunyi "Awak nak ke kerja JPPH? Sekarang JPPH tak macam dulu tau, sekarang kerja banyaaaak. Stress."

"Saya rasa kan, Encik. Saya lebih bagus bekerja di bawah tekanan. Sebagai contoh...bla bla bla bla bla"

Akhir sekali, wakil JPPH tu cakap "Ok, saya cabar awak"

"Ok, saya sahut cabaran Encik"

Sekian.

p/s : Ada member aku kena soalan daripada wakil SPA "Antara sekilo kapas dengan sekilo besi, mana lebih berat. Berikan hujah anda"

Part 1
Part 2

Tuesday, May 20

(Part 2) Interview Kerajaan.

Aku lupa. Tips yang penting jugak. Sebelum keluar kereta nak ke tempat interview, aku call Mama di Kuantan dan Mak mertua di rumahnya. Masa telefon rasa nak menangis, ntah ape benda tah. Mungkin sebab nak mintak restu. Suami? Tak payah telefon laaah, dah dia yang beria-ia suh pergi, nampak sangat lah restunya.

Tips 4 : JANGAN TANYA ORANG SEBELUM ANDA tentang apa soalan yang dia terima dalam bilik interview. Ini akan lebih menggabrakan anda. Buat cool, buat macam anda tau semua benda dan dah prepare walaupun malam sebelumnya anda layan RunningMan 2 episod. Bayangkan orang sebelum aku tu, 2 orang. Dia berborak sesama sendiri. Dorang dapat soalan yang sama iaitu "plinth area, development order, plot ratio" apajadahnya hoi, aku tak tau menahu pun ape tuuuu?? Aku dah gabra. Aku dah gabra.

Selepas orang kedua keluar, aku tunggu giliran je nak masuk dalam bilik interview. Aku pegang kuat file yang telah disusun elok, dan beg sandang yang aku biasa bawak ke kulu kilir.

 Tips 5 : KETUK PINTU SEBELUM MASUK -- tapi takpayah tunggu orang dalam cakap "Masuk", dah ketuk tu kira 3 saat, then masuk. Dah masuk, bagi salam, letak beg di tepi meja yang disediakan (meja untuk digunakan bukan sebagai hiasan ye). Duduk.

Yang interview aku tu 2 orang, sorang daripada SPA (a lady), sorang daripada JPPH (a gentleman). My bad, aku lupa nak tanya nama dorang, sepatutnya aku tanya. Aku duduk je, Puan daripada SPA tu cakap pada aku, "Eh, bawak bagpack je? Orang lain semua bawak handbag cantik-cantik". Dalam hati aku, mati laaa mati laaaahh dah la tak pakai blazer. Lantas, ku menjawab "Ye, Puan. Saya lebih selesa macam ni. Semua letak dalam ni, senang. Tak hilang." ape gileee jujur sangat aku pagi tu.

Dan, time ni lah aku rasa penilaian tentang perwatakan dan penampilan diri dibuat.

Soalan pertama ditanya -- yang biasanya pihak SPA yang mula dulu. Sila kenalkan diri anda. (Time ni aku cakap status, pendidikan, pengalaman kerja SAHAJA). Bila dah habis perkenalkan diri, dia tanya "Ada terima biasiswa JPA", dan jawapan yang pasti adalah takde, tak layak sebab SPM kantoi, cuma ada waived PTPTN je la.

Angguk.

"Kenapa berhenti jadi lecturer? Kan senang perempuan jadi lecturer. Masa student cuti, lecturer rileks je takde kerja"

"Saya rasa saya lebih puas bekerja dalam bidang penilaian, dalam industri, bukan teori"

Power dak? Dua-dua panel angguk.

"Ok, kite beralih kepada soalan pengetahuan am pula ye"

1. Apa yang awak tau tentang GST?
2. Apa pendapat awak tentang AES (Soalan ni memang dia provoke aku kaw-kaw baqhang)
3. Terangkan satu cabang NKRA dan contohnya.
4. Apa yang awak tau tentang KPI?
5. Selain penilaian, apa bidang kerja Jabatan Penilaian yang awak tau?
6. Kenapa nak kerja kerajaan sangat? Kerja kerajaan ni gaji kecik, awak sanggup ke?
7. Macamana nak handle rakan sekerja yang malas dan bermasalah?
8. Awak tau tak selain bidang kerja awak, sebagai pegawai awak kena attend meeting, kursus, handle masalah pejabat? Sanggup?
9.  Sukan apa yang awak main masa sekolah?

Sekian untuk entri kali ini. Harap tunggu entri akan datang. Kihkihkih.

To be continued...

Friday, May 16

(Part 1) Interview Kerajaan? Sini. Pengalaman Saya!

Tajuk memang saja nak test power.

Untuk kali kedua, selected untuk di-interview jawatan W41, Pegawai Penilaian JPPH. Biasa lah manusia, benda kedua ni dah jadi kurang excited, kurang thrill dan kurang serba serbi takkan semua kurang nak tulis kat sini kesian anak kedua macam I kan. Dapat makluman pun, thru email and SMS canggih dah jabatan kerajaan sekarang ni terharu rasanya. 

Malam tu pun, si Mucid yang lambakkan nota depan mata aku, mostly nota tentang Akta Pengambilan Tanah lah. Aku dengan bongkaknya cakap "Ok, ok. Esok baca" lalu sambung tengok RunningMan dalam laptop. Nampaknya Kwang Soo lebih penting daripada semua ini. Persediaan masa tu pun hanya dalam isu-isu semasa lah.

Aku cakap kat Mucid "Tak payah pergi lah interview, bazir karan je bla bla bla bla (masukkan ayat defensive disini)", dan si suami pun berkata "Cuba lah dulu, bukan rugi pun. Kalau tak dapat takpe, kita dah ada kerja dah pun" -- pandai sungguh si suami menyusun ayat.

Esok pagi, aku try market "Tak payah pergi lah yang", dan Mucid sekali lagi "Bak mai, baju mana nak gosok, meh sini", waaahh peluang keemasan (Ceh, padahal memang dia tolong gosok baju pun setiap pagi). Memang kelam kelibut, dia lah yang cari kasut bertutup, dia lah yang cari blazer dan time tu jugaklah blazer hilang ntah pegi mana mentang-mentang lah dah tak muat kuangjaq punya blazer!

Interview pukul 830 wei. Aku keluar kul 745, first time la keluar rumah awal, persediaan lah nak nampakkan menepati masa lah konon. Sebenarnya, taktau mana tempatnye Wisma Persekutuan Alor Setar, dah tersalah bangunan pulak tu Wisma Persekutuan dengan Bangunan Sultan Abdul Halim, dem yu pakcik guard salah tunjuk bangunan terpaksa saya berjalan kaki selama 10 minit hoi berpeluh ketiak tahu tak? Nasib tak pakai mekap.

Tapi masa berjalan tu, sempat aku baca nota pemberian suami dengan penuh kasih sayang. Baca punya baca, siap tersadung kaki ke batu, pakcik-pakcik gomen yang sedang minum pagi sempat tergelak pehal kau nak cari gaduh ke hoi?

Sampai kat bangunan tu dalam kul 815 gitu. Masa tu dah ada 2 orang. Aku dipanggil oleh Encik berdua lupa nak catat nama. "Keluarkan sijil-sjil dan surat tawaran interview". Baaapppp! Aku letak 2 file atas meja. Segala mak nenek sijil pun waima sijil penghargaan memasuki pertandingan memasak, padahal kalah booo!

Tips 1 : SUSUN SIJIL ANDA DARIPADA PENDIDIKAN TERENDAH (UPSR) KE TERTINGGI (DEGREE contohnya), dan diikuti dengan SIJIL AKTIVITI YANG POWER-POWER SAHAJA -- susun lah siap-siap supaya tak gelabah ayam kat situ. Dah la dia panggil masuk interview ikut masa awak datang, time nak penggil tu pulak masih sibuk susun file, mau nye tak rasa nak terkencing.

Tips 2 : JANGAN TERTINGGAL SATU SIJIL PUN -- macam aku, skrol diploma boleh takde dalam file, mulalah encik berdua tu nak gertak dengan berkata "Sijil pun boleh tertinggal ni, macamana nak jadi pegawai ni"

Tips 3 : PAKAI BLAZER/KOT -- kalau blazer hilang macam aku, nak buat macamana, mana ade kedai baju bukak pukul 6 pagi. Sedialah blazer anda awal-awal supaya takde lah pakcik tu perli "Ni kalau takde blazer ni, kena tolak la markah"

Maukan tips-tips dan pengalaman interview dalam bilik temuduga? Nantikan entri akan datang yang kebiasaannya amat sukar untuk dilaksanakan. HAHAHAHA.




Thursday, March 6

Anak menangis-nangis ke taska? Tenang.

Tajuk memang nak power je.

Aku baru lepas mengalami masalah diatas -- Haris taknak ke taska. Padahal sebelum ni ok je suka hati rela je bila gi taska. Gile aaaa. Memang jiwa kacau dibuatnya bila sampai je taska dia meronta-ronta taknak turun.

Semuanya bermula hari khamis (hampir 3 minggu yang lepas), masa tu dia baru masuk 23 bulan. Aku macam biasa, hantar dia ke taska pagi-pagi, sebelum aku ke ofis. Aku turunkan, pakaikan selipar, cikgu pimpin ke pintu masuk. Bila sampai je kat pintu, ada sorang budak debab ni, umur dalam 4 tahun gitu lah, dia cekak pinggang then dia cakap "Haris, masuk Haris. Masuk!". Terus melalak budak tu taknak ditinggalkan dan bermulalah perang emosi antara aku dan anak aku selama 3 minggu ni.

Bayangkan.

Belum sampai taska lagi pun, baru on the way nak ke taska, dia dah nangis "Bu, akmau school. Akmau" -- Ada satu ketika tu, kitorang nak pegi Giant tapi kebetulan jalan nak ke Giant tu satu jalan nak ke taska dia. Haris punya melalak, ya ampuuunnn tahap memang boleh syak "Cikgu ni dera anak aku ke kat taska" haaaa sampai tahap macamtu la dia punya buruk sangka. Dah la dia nangis sebut "Mummyyyyy..mummy", merujuk kepada tukmummy nye ye. Takkan ada mummy lain kot? Kahkahkah.

Aku pun ada la buat sikit reading (maksudnya aku ni takde lah malas sangat membaca ye dak?) -- aku google la jugak "Anak enggan ke taska", atau "Taska dera *kahkahkah*", atau "Anak menangis punca-punca taska" semua tu lah. Banyak jugak lah aku baca pengalamn mak-mak yang menerima nasib yang sama dengan aku.

Aku pun buat jugak siasatan kat cikgu taska tapi takde lah aku tanya direct macam "Cikgu dera anak saya ke?", takde lah aku ni sebangang tu kan? Aku tanya cikgu dia macamni "Dia nangis lama ke?" cikgu akan jawab "Tak lama, kak. Kejap je dalam 5 minit, pastu elok je dia main dengan kawan-kawan yang lain". Pastu aku tanya lagi "Dia ada meragam tak kat taska?", cikgu pulak jawab "Takde kak. Dia kalau nak tido je merengek sikit, yang lain sume ok". Pastu aku tanya lagi "Ada budak tolak-tolak dia ke, ke dia gaduh dengan kawan ke?", cikgu akan jawab "Takde kak, dia main ngan kawan-kawan elok je"

Tapi, aku macam ragu-ragu lagi. So, bile setiap kali aku hantar dia, aku akan pusing balik, tengok dia ok ke tak? Ada ketika cikgu tengah peluk dia, ada ketika dia duk diam kat hujung, ada ketika cikgu pujuk dia. Banyak kali jugak aku tengok adegan cikgu peluk pujuk dia sambil kawan-kawan pun sekali duk kerumun dia konon nak pujuk la hahahahaha so cute.

Tapi yang bestnye, setiap kali balik, muka dia happy macam takde masalah langsung. Cikgu pulak cakap "Ni kuat drama ni, kak. Geram. Saya rasa nak rakam je tunjuk kat kak yang dia nangis sat ja". Oh, mungkin pengaruh Aaron Aziz dia saja nak attention. Ke? Tapi still. Aku siap nak letak hidden camera lagi. Rupa-rupanya macam-macam jenis hidden camera yang ada kat pasaran sekarang ni. Ni kalau orang salah guna ni, memang saja laaaaa.


Lighter. Kalau letak dalam beg, cikgu perasan pastu mesti cikgu cakap "NI ape jadah bawak lighter pegi taska", ye dak?
Pen. "Kau ingat anak kau dah pandai menulis?"

Ni bagus ni, gantung kat beg pastu rakam. Ke?

Aku tidaklah meneruskan hasrat untuk letak benda-benda ni, macam teruk sangat la aku ni. Aku dapat jugak instinct yang mengatakan yang mungkin Haris nak duk umah Maktok dia, sebab Maktok dia memang tak pernah marah dia pun, naik mua la dia aipp biase nih. Sebab ape aku cakap dia nak duk umah Maktok dia? Sebab, bila sampai kat simpang umah Maktok dia, dia tunjuk "Ni, ni. Mah tuk", tak pun, "Nak tukkkk". Aku pun alahaaaaaiii takkan nak duk umah Maktok kot, dah la hari Jumaat memang booking Maktok (taska tutup). So, aku pun tak layan permintaan dia. Aku tetap hantar ke taska. Bila tiba hari Jumaat, aku nak tengok akal dia -- kalau betul dia nak duk umah Maktok, kalau aku tinggal dia mesti ok kan? Ek eleh, dia nangis jugak bila aku tinggal umah Maktok dia.

Jadi, aku buat kesimpulan, dia manja dan dia taknak ditinggalkan. Dia mengalami separation anxiety (sila google)

So, aku ambil pendekatan memujuk. Tiap-tiap malam, aku cakap dengan dia (dia tengah tidur), aku cakap "Haris, esok pegi school ye. Haris kan pandai", contohnyaaaaaaaaa. Pastu aku baca-baca la apa yang patut. Apa yang patut? Takkan itu pun nak ajar, cari aaa sendiri. HAHAHAHA. Masa on the way ke taska pun, aku pujuk-pujuk dia, "Yeaaaaaayy, school", buat suara ceria sikit. Yang nak tergelaknya, bila aku buat macamtu, dia pun "Yeaaay kuuull", tapi sampai depan taska, melalak jugak lol!

Pastu, "Haris school arini? School best, school ada kawan, ada teacher. Petang ni Ibu ngan Ayah fetch Haris, k" -- walaupun 2 minggu tak jalan jugak tapi cuba je lah. Dalam 2 minggu ni, aku dan Mucid kena car pool (pergi keja sekali) sebab kalau hantar sorang-sorang memang lagi lawak keadaan Haris taknak gi taska. Dia melompat ke driver seat terus bile cikgu nak datang amik dia. So, bila aku pegang dia kat sebelah, ayah dia drive, boleh aaa aku pujuk-pujuk dia, then bila cikgu nak amik dia -- aku la yang pegi hantar ke tangan cikgu. Takde lah dia terasa macam makbapak dia nak tinggal dia selama-lamanya kat situ *tolong lah Haris*

So, Alhamdulillah. Usaha kami membuahkan hasil. Dua hari ni, dia pulak yang depangkan tangan bila cikgu nak amik dia kat pintu keta. Bila cikgu dah amik, dia pulak yang "Bye..bu"

Terus, aku pulak yang tak percaya anak aku dah ok.

Monday, March 3

Terakhir



Pagi tadi, 3 March 2014. Aku bukak deepfreezer, aku keluarkan satu botol EBM beku yang terakhir -- masukkan ke dalam bekas yang diletakkan air. Tarikhnya 9 Julai 2013, hampir 8 bulan yang lepas di'express'kan dan dibeku. Lepas pada tarikh ni, seingat aku, aku tak bekukan lagi. Hanya fresh EBM aku bagi pada Haris. Bukan senang sebenarnya untuk aku carikan yang terakhir ni. Aku sayang. Aku jadi kaku. Aku termenung 4,5 minit. Untuk lupakan perasaan, aku sibukkan kaki dan tangan -- memasak untuk keperluan taska Haris.

Dah siap masak, normalnya aku/suami akan sediakan bekal susu ke taska pulak, tapi tak. Aku buat benda lain - buat-buat rajin. Kemas beg taska, masukkan botol susu.

Lepas tu, aku pegi ke bekas tadi. Kali ni, aku nak buat sendiri sebab selalunya sumai yang buat. Jumlahnya satu botol, 5 oz, aku amik 2 botol, aku bahagikan dua. Aku campurkan dengan susu yang baru perah. Siap. Letak dalam peti, nanti nak keluar rumah baru keluarkan dan letak dalam cooler bag.

Seperti yang aku cakap di awalnya, bukan senang aku nak cairkan botol terakhir ni.

Aku ketap gigi -- airmata jatuh laju.

Aku menangis, suami tanya kenapa -- aku diam. Suami panggil Haris - "Haris, ibu nangis." -- Haris pulak "Bu...."

Aku peluk Haris. Lagi seminggu lebih, usianya nak capai 2 tahun (kalender Masihi). Kalender Hijrah, dah 2 tahun dah pun. Huuuuuu...

p/s: Sorry lah, aku memang emo tak memasal, nowadays. Kahkahkah!

Thursday, February 6

Breastfeeding Journey - Wean-off Idea #1

Haa, gempak tak title post? *maaf, ini mungkin untuk bacaan para ibu sahaja*

Haris dah tak lama dah nak 2 tahun, dah besar sobs sobs. So, maknanya sikit lagi Ibu dia nak dapat PhD untuk breastfeeding (bf) (fully tanpa campur susu lain -- Alhamdulillah dengan keizinan Allah dan usaha).

Bila Haris nak masuk 2 tahun ni, kami suamiisteri bercadang (wink!) la nak menambah ahli keluarga. So, first step kenalah wean-off kan Haris daripada bf. Nak masuk 2 tahun ni, dia sangaaaaaaaaaaaaaattt lah kuat mengempeng dan menyusu. Pantang Ibu dia rilek sikit, dia pun "Bu, Kak (bukak). Nak nek (nak susu)" -- alahai anak. So, kadang-kadang nak bagi dia lupa seketika pada menyusu, Ibu dia pun buat-buat rajin la buat kerja kat dapur padahal bapak la malasnye nak ngemas.

Satu malam.

Dia menyusu, menyusu, menyusu dan menyusu. Haris ni style tido awal gile, pukul 8-9 malam tu memang time dia la, tido sampaaaaaaaaaaaaaii pagi okeh. Bangun merengek-rengek pun sebab nak susu then bile susu, tido balik. Malam kejadian, dia sikit-sikit bangun, sikit-sikit bangun. Penat aku nak masuk bilik nyusukan dia ulang-alik dah lah Ibu tengah syok layan FaridKamil Jodoh Itu Milik Kita lol. Bila dah malas nak ulang-alik, kitorang angkat je Haris ke depan. Dia terbangun la pulak dengar iklan susu dutch lady Mia Sara.

Bila dia terbangun tu, dia nak nyusu semedang ngan aku, huih penat weh. So, aku dapat satu idea untuk bagi dia tak nyusu. Aku rasa mustahil la dia tak kenyang -- daripada kul 8 nyusu setiap jam sekali -- mustahil. Ni mesti kes nak manja jek ni.

So, aku pun cakap kat Mucid "Yang, amik selotep hitam" -- dan aku pun tampal ditempat berkenaan (aku dah warning, untuk bacaan para ibu sahaja)

Haris pun -- bila nampak selotep hitam, dia buat bunyi "Eee", aku pun buat muka sakit dan "Haes, Ibu sakit". Hahahaha. Dia respon "Bu kit, yaaaan ibu (Ibu sakit, sian ibu)". Dia pergi kat ayah dia. Ayah tepuk-tepuk, tertidur budak tu. Alahaaaaaaaiiii. Aku tak sampai hati, wehh. Belum masanya lagi. Aku terus sedih.

Dah besar anak aku.*sobs*

Wednesday, January 29

Flying Fox

Langkawi.

Mula-mula aku masuk balik dalam firm sekarang, aku dapat kes di Langkawi, masa tu aku kena pergi dengan Encik Rosli sebab dia memang win la bab-bab tanah, rumah, jalan-jalan di Langkawi. It is to give me exposure to Langkawi land.

Kes ni, tanah dia atas bukit. Kalau nak daki memang berpeluh la ikut dusun buah, ikut tanah orang. back from Langkawi. macam biasa. Buat calculation for market value, report. Bila sound market value to client, client tak satusfy dengan harga dan suruh KIV the report until further instruction. Market value rendah sebab tanah dia 45 degree sloping, no access, nak develop susah.

Ok, takpe dah tu. Minggu lepas client call. Suruh proceed dengan report dan maintain the market value yang kite indicate earlier.

Aku cakap kat Encik Rosli "En. Rosli, klien yang tanah kat Langkawi tu suruh proceed dengan value yang kita bagi haritu. Dia kata nak buat firefox"

Aku dah tersilap cakap masa tu, aku dah aware dah. Flying fox, bukan firefox lah gile. Aku tunggu reaksi En. Rosli.

"Haaa..ok lah kalau nak buat firefox, aku memang dah duk rasa kalau buat firefox kat situ ok"
KAHKAHKAH. Aku pulak yang gelakkan dia. "Apa salah kaaa aku cakap?"

"Flying fox la, Encik Rosli. Bukan firefox"

"Dah tu, hang yang cakap firefox tadiii...!!"

p/s : aku dah recover password blog. Hebat terus rasa.

Thursday, July 18

Pencarian Taska di Alor Setar Oi Oi Oi.

Alor Setar, 18 Julai 2013.

Hari ke 5 aku sefamili di Kedah. Sekarang ni, aku malas aa nak cerita tentang kesedihan lara jiwa pilu apa semua tu. Sebab, sapa laa yang tak sedih bila terpaksa berpisah dengan family sendiri dan merantau jauh pulak di negeri orang. Semuanya pulak serba baru. Cuma, aku ingat pesan mama "Takpe la, kat sana ada mama ngan baba. Famili jugak. Sama jek. Kalau susah-susah, leh tumpang dorang"

YEAAHH! Famili mertua sangat sporting best gila nak mam. Ok, over reaksi pulak.

Kerisauan aku kini adalah mencari taska untuk Haris. Buat masa sekarang, Haris diasuh oleh MFIL. Bila balik kerja, seronok jugak dengar cerita mamababa tentang peel si dakmok tu kat rumah. Ketuk pintu bilik cari ibu, panjat badan tokwan bila tokwan tengah tido, cium tokwan, minum susu sikit lari pastu datang minum balik sambil tengok YaHanana punya CD. Macam-macam. Patut la cikgu kat taska yang dulu kata Haris sangat aktif sampai boleh pengsan tapi belum la pengsan betul-betul. Kan.

Pagi ni tadi aku pi (amboi slang kedah) cari taska untuk Haris. Ok, requirement aku untuk taska, tak banyak.

1. Boleh handle susu ibu.
2. Easy access (dekat tempat kerja/rumah, mudah dicari)
3. Bersih.
4. Cikgu boleh dianggap mesra.
5. Tak ramai anak-anak sangat.

Bab yuran bulan tak kisah la, takkan nak berkira untuk anak, ye dak? Bab-bab makan aku tak kisah sebab Haris memang berbekal ke Taska. Susah macamana pun aku bangun pagi, mesti aku pulun (amboi lagi salng Kedah nampaknya) untuk masak *tepuk bahu sendiri*

Ok. Taska pertama aku pergi.

Requirement No 2 lulus. Dekat dengan tempat kerja. No. 3,4,5 pun lulus. Aku time tu dah eksited dah, kira jadi la ni, monthly pun RM200 kire murah aa. Pastu aku cakap kat cikgu tu, "Anak saya nyusu badan. Boleh handle susu ibu dak?"

Dua orang cikgu tengok sesama sendiri. Satu cikgu macam terkelu lidah, dan sorang cikgu bersuara "Kami tak biasa handle, dulu ada la sorang. Pastu rasa macam susah. So, mak dia bekalkan susu tepung kat kami"

OH, BIG NO! Terus mintak borang untuk jaga hati dan mintak diri. Hantar Mucid ke office dan aku sendiri ke destinasi kedua.

Aku terus ke taska satu lagi. Kali ni taska ni berdekatan dengan rumah sewa, tapi jauh sikit nak u-turn bila balik kerja tapi takpe aa takkan nak berkira duit minyak dengan anak kaaaann (kali kedua cakap pasal berkira).

Soalan pertama adalah pasal susu ibu, dan YESS! Taska ni biasa handle susu ibu. Budak tak ramai (tick for requirement 1,2,5). Aku berbincang tentang bayaran, RM270 sebulan + RM50 registration + RM60 yuran tahunan (walaupun tahun ni dah bulan 7 dah ni kak oiii nak jugak kee). Aku ok je. Takkan nak berkira untuk anak hehehe!

Lepas bincang pong pang pong pang, aku mintak masuk ke dalam untuk tengok keadaan taska, tapiiiiiiiii terus akak tu "Err, nanti sat". Then aku tunggu la. Pastu akak tu keluar balik "Err, boleh dak mai pulak petang nanti untuk tengok taska? Budak-budak tengah mandi". Jeng! Jeng! Jeng! Kak, ko dah kenapaaaa duk err err sangat? Apa salahnya budak tengah mandi, saya nak tengok taska, bukan nak tengok budak bogey.

Aku terus amik borang dan buat janji palsu untuk datang kembali petang nanti. Akak tu mintak duit booking RM30, dan aku dah tipu sunat dengan mengatakan dompet tertinggal kat opis. Boleh akak tu percaya, padahal aku drive keta kot takkan lah aku tak bawak lesen. Bagus akak tu, bersangka baik.

Esok sambung cari taska lain. Mintak-mintak dapat yang baik. Semoga Allah permudahkan.

Thursday, April 4

Anak masuk 6 bulan? Jom cuba puree!

Ahaha. Tajuk nak gempak je. Sengal betul diriku ini.

So, harini terpanggil untuk buat entri pasal solid food. Bukan terpanggil pun, sebenarnya ade makcik comel ni request buat entri pasal solid food for baby.

Bonda Zafran, sila bagi upah menaip!
Ok, here we go! Alhamdulillah syukur, SETAKAT INI, Haris masih menyusu badan dan makan 90% homemade food (tepuk bahu sendiri sebab rajin bangun pagi *muntah*) -- excluding biskut, roti (maknye tak reti nak buat roti ngan biskut, diknon!)

Bagi baby yang sudah masuk 6 bulan, ibu-ibu ada PILIHAN samada nak meneruskan penyusuan secara ekslusif ataupun memberi makanan tambahan untuk anaknya. Ingat, 6 bulan ye -- not less than that (tapi kalau nak bagi awal, ia juga pilihan anda. Your baby, your responsibility). So, aku memilih untuk memberi Haris makanan semi-pejal (semi solid food) sebab budak bertuah tu kalau nampak orang makan kesian sangat ropenya, meleleh-leleh air liur nak. Tapi jangan harap lah Ibuayah nak bagi. Tambahan pula (gilee formal), orang keliling terutama tukmummy nya sibuk "Bilaaa laaaa Haris boleh makan ni?" *tak sabar betul nenek dan cucunya ni*

Untuk permulaan, berilah anak anda makanan berasakan semulajadi (ayat iklan habis). Big NO to nestum/cerelac ke hape ke ye, mommies. Banyak sangat kandungan gula dalam tu, hidden of course! Carilah masa. Ade masa malam, buat waktu malam. Kalau tak, buat weekend. So, untuk Haris, aku bagi puree -- samada puree buah ataupun puree sayur-sayuran. Serius syok buat puree. First day Haris consume Apple puree. Cara buat puree adalah semudah ABC -- ibu-ibu yang bekerja pun boleh membuatnya! Dan, puree juga boleh disimpan dalam freezer (tahan selama 2 bulan)

Kantoi. Sebenarnya Ayah Haris yang sangat rajin buat puree anak!

Cara buat puree - stim buah yang betul-betul masak/sayur pilihan anda sehingga lembut. Dah lembut, blendkan buah/sayur tadi guna blender kecik tu. MUDAH kan? Aku tak mampu untuk beli baby bullet (sila google). Sebab aku rasa sekejap sangat pakainya pun. :) JIKA PERLU, tambah sikit air (guna air stim buah/sayur tadi)

Cara nak bagi baby makan puree - Bagi permulaan, cukuplah sekadar bagi baby merasa. Cukup dengan 1-2 sudu, sekali sehari. Untuk introduce puree, letakkan puree dalam bekas, campurkan susu yang baby minum (samada EBM atau FM). Suapkan dengan penuh kasih sayang. Kalau baby taknak, jangan paksa. Itu tandanya dia belum bersedia. Tapi kalau dia nak, bagi lah. Jangan kedekut dengan anak sendiri ehehehe.

Reaksi pertama Haris ketika disuap Puree Epal. Tak suka. AHAHAHAHA! Tu, tengok tangan yang bagi makan- tukmummy dia lah tu yang excited sangat nak bagi cucu makan!
Cara nak handle frozen puree - keluarkan puree dalam freezer ikut banyak mana anak anda makan, letak dalam bekas, panaskan guna air panas. DOUBLE MUDAH, kan?

p/s : Untuk sesuatu jenis puree, pastikan ikut 4 days rule -- satu puree untuk tempoh 4 hari. Ini untuk tengok tahap elergi anak kita pada satu-satu makanan. Aku cuma buat 3 days je -- jenis tak menyempat nak cuba puree lain. :) Lepas tu, bila anak dah pass 2 jenis puree (contoh pisang + pear), boleh mixkan puree tu, untuk rase yang lebih luar biasa dan syedapp nom nom nom!

p/ss : Kalau anak refuse, tak semestinya dia taknak terus. Keep on offering. Dia mencuba benda baru, takkan la terus suka. Tak kenal maka tak cinta, kan? Lagi satu, tak semestinya anak orang suka makan tu, anak kita pun suka. Setiap anak silahirkan unik, berbeza antara satu dengan yang lain. Haris paling suka cauliflower (kobis bunga), brokoli ngan pear puree!

p/sss : Jangan letak garam + gula tambahan untuk makanan anak. Percayalah pada taste buds anak anda. Setiap makanan (buah/sayur), ada rasa yang tersendiri.

p/ssss : Jangan pilih makanan yang ANDA suka. Biar anak anda pilih apa yang disukainya :) Offer anak anda setiap jenis buah/ sayur (hijau atau sebaliknya) -- ini untuk mengelakkan anak jadi picky eater di kemudian hari!

p/sssss : Bubur nasi boleh offer bila dia 7 bulan. Waktu ni, boleh campur dengan puree buah/puree sayur!

p/ssssss : Rajin-rajin la gali ilmu untuk anak. Buka facebook tu, macam-macam kita boleh dapat. Yang baik, yang buurk -- pilihan kita. So, ni link untuk ke grup homemade solid food ye

1. https://www.facebook.com/groups/128804727194687/
2. https://www.facebook.com/groups/solidsemisolidfood/
3. https://www.facebook.com/groups/solidsemisolidfood/

K, bye! Penat dah taip! Dalam kelas pulak tu. Keh keh keh!


Tuesday, February 26

Kenapa Saya Benci Selsema

Aku benci selsema.

Selain daripada boleh berjangkit ngan anak, selsema jugak meremehkan kerja harian aku. Aku tak pasti aku sebenarnya selsema ke resdung. Tapi selsema lah aku rasa, sebab air hidung meleleh-leleh (iyeeww) dan tak selesa, bersin-bersin.

Semalam aku ada dua kelas. Niat aku memang nak cancel je, sebab aku memang tak tahan. Hidung aku jadi gatal-gatal, muka aku jadi merah, mata jadi buruk. Tapi terpaksa jugak buat kelas sebab dah selalu cancel atas sebab-sebab yang tidak munasabah heww heww.

Kelas pertama, ngaja steady lagi. Sebelum kelas kedua, aku turun bawah amik marker. Jumpa Su, dan diberi ubat selsema selepas tengok keadaan aku macam lembu mati laki. "Ubat ni tak ngantuk", katanya.

Start kelas kedua. Finance. 15 minit aku brokkbrekk brokkbrekk kat depan, satu topik je. "Ok, buat latihan. Soalan 1-4" *dasar malas*. Aku dengar suara budak-budak ni berbincang. Aku tunduk ke bawah meja, nak lap lelehan hingus (iyeeww sekali lagi) yang menjejes keluar. Suara budak-budak ni makin lama makin jauh.

Lama. Aku rasa cukup lama dorang ni buat latihan. Takkan 4 soalan amik masa lama kemain. Padahal baru topik senang, belum masuk calculation yang susah lagi.

Aku angkat kepala. Budak-budak ni dah start packing buku masuk dalam beg.

"Kitorang dah lama siap. Kitorang dah try kejut Puan, tapi Puan tak bangun. Kitorang tunggu je lah"

Aku tido dalam kelas. Depan budak-budak ni? Dennggg!

Friday, February 22

Salah

Keluar dari ofis mama. Mata tertancap di skrin telefon yang digenggam di tangan kiri, tangan kanan memegang kunci kereta. Picit butang unlock, untuk buka pintu yang terkunci. Alarm berbunyi 2 kali, tanda sudah dibuka.

Mata masih di skrin telefon. Kaki melangkah ke kereta. Kunci di tangan kanan beralih ke kiri. Tangan kanan mengagau pemegang di pintu kereta. Cuba bukak. Gagal. Cuba lagi, gagal lagi.

Mata masih di skrin telefon. Ada yang menarik perlu di baca di laman sosial. Cuba tekan butang, alarm bunyi sekali tanda pintu dikunci. Tekan sekali lagi, alarm berbunyi 2 kali tanda pintu di unlock.

"Betul lah, dah bukak"

Cuba bukak pintu. Gagal.

Haih. Apa masalahnye?

Pergi ke depan kereta. No plat tak biasa dihafalkan.

Deng! Salah kereta. Apek kedai telefon dah bantai gelak.

Friday, February 15

Petronas R&R Simpang Pulai

Balik daripada bercuti di Kedah. Dah malam, mata pun dah ngantuk. Aku bawak keta daripada Sumgai Petani ke Simpang Pulai. Itupun untung sebab Haris tido dengan ayah dia kat seat belakang. Biasanya lajak ke Tanjung Malim, tapi sebab Haris dah bangun dan teriak dah susu, aku terpaksa akur.

R&R Simpang Pulai ni besaq tapi tutup pulak dah. Nasib bek Petronas bukak. Boleh lepaskan hajat dan makan-makan yang ringan. Haris dengan ayah dia duduk, aku pegi beli makan. Aku amik sandwich, pau daging dua, megi in cup satu. Beratur. Ada orang potong q. Hangat hati tapi boleh sabar lagi. Haris pulak dah bising, suh bukak kilang susu. Sabaq sat sabaq sat.

Bile tibe turn aku, budak cashier lelaki tu tanya aku amik ape. "Sandwich satu, pau daging dua, megi in cup satu", aku cakap.

Dia tekan. Terberhenti. "Amik ape tadi?"

"Sandwich, pau daging dua, megi in cup satu", aku ulang.

Dia punch. Kertas habis pulak. Dia mintak aku tunggu dan panggil sorang cashier pompuan. Kesian budak laki ni, dia la cashier, dia la buat jagung, dia la buat waffle. Mai sorang staff pompuan, masukkan kertas dalam mesin tu. Alih-alih je dia tanya brader sebelah aku. "Ye, bang. Makan ape?". Bukan patutnye dia punch aku punya dulu ke? Pastu staff lelaki tu cakap "Weh, punch akak ni punya dulu. Sandwich, pau daging dua, megi cup satu".

Tapi tak. Lepas dia punch brader tu punya, dia gi punch order sorang akak ni pulak. Lepas tu punch lagi sorang punya.

"Awak ni agak-agak lah. Bukan awak patutnya punch saya punya dulu? Saya dah tunggu dari tadi lagi ni", akhirnye aku naik suara. Dah la aku penat, ngantuk, kena tunggu lama. Anak aku pulak nak susu.

"Mana lah tau, saya baru masuk je"

"Kan aku dah cakap kat kau tadi. Kau pekak ke hape?", budak cashier laki tu pulak sound member, dia pun penat agaknye. Dah tu, dia amik alih tugas kat cashier "Ye kak, makan ape tadi?"

Budak laki ni pun satu sengal. Nak 3 kali jugak dia tanya aku makan apa.

Friday, December 21

Kawan

Aku ni dah macam mak nenek ah semester ni. Mak nenek sebab aku selalu bagi nasihat ala-ala mak-mak pada student aku. Kadang-kadang rasa macam "Hek eleh, macam la bagus sangat ko ni pun" tapi, still. Aku rasa dorang layak diberi nasihat. Agak kelakar bile aku bagi nasihat, muka serius tapi sendiri rasa macam nak gelak. Bila tiba bagi nasihat tentang mak bapak, rasa nak nangis. Emosi tak stabil plak. So, semester ni aku suka sangat bagi nasihat berbunyi,

"Pandai-pandai lah pilih kawan. Kawan adalah cermin kepada diri kita. Orang lain kalau nak menilai diri kita, dia hanya perlu tengok pada siapa kita berkawan"

Haaaa, macam mak-mak kan? Tapi kadang-kadang ade jugak aku nasihat "Emm. Sapa-sapa yang nak kawin, saya nasihat kan kawin lah" tapi student gelakkan aku. Apa dorang ingat aku main-main bab nikah kawin ni. Serius lah woi budak-budak.

Ok, berbalik kepada cerita kawan tadi.

Aku bersyukur sepanjang zaman belajar kat U, aku telah memilih kawan yang betul, yang sama-sama boleh belajar, sama-sama boleh "malas la baca, stop kejap boleh tak?" pastu gelak, sama-sama boleh makan semangkuk, tidur sebantal, share syampu kalau syampu dah habis, contohnye. Nak-nak bila ade kawan yang balik kampung then balik asrama bawak nasik ngan lauk. Memang kesian kat dia, sebab dapat kawan kebulur macam aku. Hahahaha!

Bile time study, "Wei, dah baca?", bila dia cakap "Dah, sikit-sikit" padahal nota dia dah complete, oiiii takut oi terus semangat nak study. Aku pun terus "Ko nak sedapkan hati aku ke apa ni? Ko ni memang saje kan? Ko tunggu. Ko tunggu. Aku pun nak gi baca ni. Ko tunggu" *gelak kuat*

Bile time puasa, sedey. Masing-masing makan megi, bukan sebab takde duit eyh. Tapi best jugak sebab, orang ni makan megi kari, ada makan megi asam laksa, ada makan megi goreng. So, mangkuk megi tu akan bertukar-tukar. Then, bila dah bosan makan megi, semua pakat "Wei, esok tolong la sapa-sapa masak sahur". Bila orang yang sepatutnya masak sahur tu tak bangun, memang sajaaaaaaaa la.

Bila sakit, kawan tolong jaga, tolong risaukan kita. Rindu. Pernah aku kena gatal-gatal satu badan. Ntah ape penyakit tah. Bayangkan tergaru-garu macam beruk, malam-malam takleh tido. Makan ayam tak leh, makan telur tak boleh. Apa gile, makan nasik ngan sayur? Kalau gi kafe, nak angkat ayam "Rin, ingat sikittttttttt, ko tu gatal-gatal" Eh.

Bila tak semayang lagi, ade member tolong "Dah semayang lom?". Pernah sekali aku amik wudhu, time tu ada sorang member sama-sama kat sebelah. "Rin, siku tak kena. Amik semula". Sampai sekarang aku ingat. Aku takkan lupa. Semayang terawih paling best. Best sebab main pijak bayang-bayang. Hahahaha bodoh ah!

Bile aku rasa pakaian aku tu dah habis cantik, dah habis sopan dah, ade member tolong tegur "Yang, ketat yang. Macam tak sesuai lak ko pakai baju ni". Takyah nak terasa lah, memang kalau dah namanya kawan sejati, yang pahit tu adalah kebenaran. So, pegi lah tukar. Hentikan syok sendiri yang berpanjangan. Bahhahahahaha!

Aku masih ingat, saat terakhir kita berkonvo bersama. Kita berjaya bersama. Sebaknya bukan kepalang.

Kepada sahabat-sabahat ku. Korang tau korang siapa. Terima kasih. Terima kasih kerana menjadikan aku kawan. Terima kasih kerana sudi terima baik buruknya aku. Terima kasih untuk kenangan yang indah pahit. Terima kasih untuk semua.

Sudi-sudilah kiranya kita berkawan sampai mati. LillahiTaala.

Friday, December 14

Pesan Aki


Harini mode rindu Arwah Aki, badly. Kenapa Arwah Aki? Sebab Arwah ni dia ade karakter yang boleh buat orang errr geram gile kat dia. Homeh, tau homeh?

  1. Aki ni susaaaaaaaaaaaah gile nak ajak makan. Dia selalu kejut aku bangun pagi, "Bangun, bangun. Aki lapar, buat la sarapan sikit" -- then, dia blah pegi keliling rumah, aku pun bangun buat makanan untuk dia. Bila dah siap masak, "Akiiii, dah siap. Moh la makan". Tak berjawab. Aku pergi turut orang tua ni, jenguk apa benda dia tengah buat -- cakap dengan pokok. Comel. "Aki, jom la makan. Tadi kata lapo sangat", aku ajak sebab aku pun dah kebulur masa tu. "Kejap la, kejap lagi. Belum lapar lagi. Dah betul-betul lapar nanti baru sedap makan"
    Boleh faham tak perasaan orang yang dikejut bangun pagi, disuruh masak, tapi sebenarnya takde orang nak makan? Kalau tak faham, tolong fahamkan.

    TAPI SEKARANG, baru aku tau nikmatnya makan waktu betul-betul lapar. Kalau tak caya, waktu kerja cuba jangan makan lunch. Pastu balik nanti cari la nasik. Menggelepar tangan suap nasik dalam mulut.

  2. Aki niiiiii, susah gileeeeeeeeee nak ajak keluar. Arwah ni, kalau nak berjalan (amik pencen contohnya), dia akan make appoinment dulu dengan aku/ mama/ abang aku. "Esok ye, pukul 8 aok amik Aki yek", aku pun "Ok, set!"
    Tapi esok pagi pukul 8 pagi kita sampai rumah dia, dia masih dengan kain pelikat dia, tak mandi, then bila kita cakap "Laaa, semalam janji caner?" -- pastu sengih tunjuk gigi rongak dia dan cakap "Ingat tak jadik, sedap pulak duduk kat rumah ni" -- pastu dalam masa 10 minit dia dah siap pakai baju kot, seluar slack muka berbedak, badan wangi. Hensem. Dah mandi rupanya. 

    TAPI SEKARANG, baru aku tau memang "bercinta' jugak laaa nak keluar rumah, nak kena bersiap bagai.

    p/s : Tapi kalau bawak Aki pergi keluar duit pencen memang best. Best sebab RM100 confirm dalam tangan aku. Yeeehaaaa!

  3.  Arwah ni, kalau atas meja tu ada nasi dan banyak-banyak lauk, dia akan amik nasi dan satu lauk je. Kitorang ni salu la kena nasihat "Amik satu-satu", tapi taaaaaaaaaaaakkk, dah la nasik bertimbun, lauk pulak penuh pinggan -- pastu tak habis, buang membazir betul cucu-cucu dia ni.

    TAPI SEKARANG, baru aku tau yang kalau kita makan satu lauk je setiap kali makan, memang best. Sebab kita lebih rasa sedapnya lauk tu berbanding bila letak banyak-banyak lauk, kita akan confuse dah tak tau ni lauk apa, tu lauk apa. Berkecah pulak tu. Ntah apa-apa perangai.

  4.  "Bercakap bila perlu. Lagi banyak kita cakap, lagi banyak yang salah. Bila marah, baik diam daripada bercakap, sebab takut nanti kita sakitkan hati orang lain" -- ni arwah Aki selalu lah pesan pada aku sebab aku ni la cucu dia yang paling banyak cakap benda ngarut, dah la cucu perempuan sulong - tak sopan langsung. Bayangkan, tengah tengok drama pun boleh emosi tak memasal. So, memang kena lah!

    TAPI SEKARANG, keh faham dah maksud aok tu, Aki. Betul insaf ni, percaya lah kawan-kawan. Insaf sikit.

  5. Jangan minum air masa makan, nanti perut buncit. Tapi jenis mulut nak melawan jugak, "Alaaa, tercekik la Aki, nanti kalau tercekik mati pulak". Aki pun dengan power membalas, "Kalau taknak tercekik, kunyah la makanan tu slow-slow"

    Ok, dua benda ni sampai sekarang takleh nak buat. Hasilnya, lihat saja perut cucu-cucu dia yang membuncit tu. Kah kah kah!
Walau kau tiada disini ku tetap ingat semua pesanmu.
Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata-kata kepadaku---

Aki, kami semua rindu.


Tuesday, December 4

Kutu


Pernah main kutu? Aku dulu, bila arwah Wan kata dia main kutu, aku terus kabo "Tak geli ke? Kan kutu tu boleh lompat-lompat atas kepala Wan?". Ok, bodoh gile aku masa tu. Baru Darjah 1 kot, sape je yang cerdik yang boleh tau apa tu kutu, selain kutu kat kepala tu? *Back-up diri sendiri*

Kat opis ni, aku main kutu. Dah dua kali. Kali pertama aku main kutu lekat satu barang baeeeekkk punya! Aku beli deepfreezer untuk taruk EBM (Expressed Breast Milk) si Haris mok. Untuk kutu kali kedua, aku dapat paling awal - memang syok! Tapi taktau kemana plak perginye duit-duit tu.

Best main kutu ni, ia adalah salah satu cara menyimpan duit yang mudah. Suami aku pun main kutu. Satu hari, tengah kitorang borak kosong sama laki bini.

"Yang, Abang tukar dapat kutu bulan 1 - tukar dengan Amirul"

"Kenapa?"

"Amirul main 4 nama, so dia nak jarak-jarak. Tapi abang tukar balik dengan member abang sebab dia nak pakai duit untuk bukak sekolah. So, dia la dapat yang awal bulan 1"


"So, abang dapat bulan bape?"

"Awal bulan 4"

"Peeeeeehh. Cantek la tu!", aku happy tak tentu hala.

*bunyi cengkerik*

Bulan April adalah bulan hari lahir isteri tercinta kan kan kaaaaaannn?

p/s : Untuk suami yang sedang membaca dengan senyuman di bibir. Saya tujukan lagu Muara Hati dengan uacapan, "Ingat daku dalam kutu-kutu mu"

Wednesday, November 7

Cerita Pasar Malam

Sumber : Google
Dua tiga kali dah aku dan Mucid pergi pasar malam mencari benda alah kat atas ni. Semalam, jumpa - bukan takat kucing, ade arnab. So, instead of kucing, we chose arnab for Haris, sebab kat rumah tu dah ade kucing betul. Aku tanya brader yang jual, "Berapa ni?", brader tu jawab, "Seploh ringgit", dan serentak dengan jawapan tu, Haris memandang brader tu dengan mata bulat dan brader tu terus cakap "Napa pandang pakcik macam tu? Ok la, kalau beli kucing ni, pakcik bagi belon Angrybird ni free, belon ni harga dia lima ringgit tau"

Syok.

***********

Duk meronda-ronda cari makanan, ade sorang budak lingkungan 3 tahun gitu memintas aku, dengan laju. Terkejut, aku toleh ke belakang nak tengok mana maknya. Takde. Aku tengok budak tu lagi, tak nangis. Aku tanya orang lalulalang, tu anak siapa - risau pulak dibiarkan sorang-sorang. Budak sekecik tu, meluru terus ke gerai menjual mainan, ralit dia memegang semua mainan yang ada.

Mucid cakap, "Budak ni macam dah biasa je area ni. Selamba je ni. Anak orang meniaga jugak ni". Tak puas hati betul aku. Tak risau ke mak dia?

***********

Dah selesai beli barang. Nak balik. Kat depan aku ade sorang budak lelaki umur dalam 6-7 tahun gitu berjalan dengan atukneneknya. Dia singgah gerai mainan, nak mainan kucing. Neneknya tak bagi. Atuknya diam aje. Cucu dah nangis, nak jugak. Atuknya kata, "Mahal"

Cucu kata, "Dah tu, orang takde apa-apa pun lagi", sambil tunjuk tangannya yang kosong. "Ni, makanan banyak ni", kata neneknya.

"Makanan taknak. Kalau taknak beli mainan tu, Atuk beli yang pistol tu tadi", cucu cuba nasib pada atuknya pulak. "Ha, kalau pistol boleh. Jom! ", kata Atuk, sambil seluk poket cari duit.

Atuk memang steady!

Thursday, November 1

(2) Kelas Ngaji : Mesej Daripada Ustazah

Kelas Isnin.

"Kenapa dalam haji ada ibadah sai'e, antara Safa dan Marwah?", ustazah tanya. Kelas diam. "Ibadah tu untuk ingatkan kita pada besarnye pengorbanan seorang ibu, merujuk kepada kisah Siti Hajar yang berulang alik mencari sumber air demi anaknya, Ismail"
Harini, dapat mesej :

Assalamualaikum, saya ustazah jamilah memohon maaf atas salah silap selama saya mengajar akak2 dan acik2 semua..saya baru je dapat tahu yang saya mengajar kelas pagi sampai minggu ni shj, minggu depan Isnin akan diganti dengan ustaz lain..insyaAllah jika jodoh kita masih panjang, saya akan masuk kelas hari Isnin kejap, salam sayang dari saya untuk acik2 dan akak2 semua. Maaf salah silap. Wasalam.

*sebak tak memasal*

Kitorang dimaklumkan yang ustazah ni memang nak berhenti mengajar sebab nak ikut suaminya further study kat ibukota KL, tapi tak tau bile. Tau tak perasaan dia, bila kita belum bersedia untuk ucapkan goodbye tapi terpaksa?Aku balas mesej ustazah dengan pandangan mata yang kabur, berkaca-kaca.

Sedih.

Ustazah balas : Saya sebenarnya lagi sedih dengan keputusan mendadak macam ni. Apa2 pun saya sentiasa doakan moga akak mendapat guru yang lebih baik daripada saya. Amin ya Rabb.

Tambah sedih.

Monday, October 29

Bila Nak Tambah Anak?


"Bila lagi nak tambah anak? Muda-muda ni la senang, beranak banyak, nanti boleh rehat"

Ayat ni, singgah dua tiga kali jugak kat deria pendengaran aku. Dulu, masa aku belum ada anak, aku selalu sakat orang - suh tambah anak cepat-cepat. Ayat seperti "Bila lagi nak dapat adik?", selalu bermain kat mulut aku ni. Hakikatnya, setelah mengalami sendiri, ia bukanlah semudah kata-kata yang dikeluarkan.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku dan Mucid MERANCANG untuk kehamilan yang kedua. Faktor pertama, anakanda pertama kami, Haris breastfeed (bf) sepenuhnya (setakat hari ini - Alhamdulillah) dan aku berhasrat untuk meneruskan niat/ usaha bf anak aku sehingga usianya 2 tahun. Moga dipermudahkan Allah. Maka, apabila niat nak 2 tahun bf, adalah LEBIH BAIK untuk tidak mengandung. Bukan tak boleh bf anak ketika mengandung, tetapi ia memerlukan tenaga yang lebih dan ada pendapat pakar yang mengatakan ada kebarangkalian untuk berlakunya keguguran kerana bila menyusukan anak, rahim akan mengecut. TAPI, ada jeee malah ramai je yang berjaya  menyusukan anak dan mengandung dalam masa yang sama.

Faktor kedua, nasihat doktor. Doktor nasihat untuk menjarakkan kehamilan kerana aku melahirkan Haris secara c-sect. Dinasihatkan, aku jarak kehamilan dalam tempoh 2 tahun, supaya luka-luka dalam perut aku yang kena toreh-toreh tu sembuh sepenuhnya. Perut kita ni, ada 3 - 4 lapisan yeeeee. Dapat bayangkan tak, lapisan + lemak-lemak tu dah la tebal, ingat senang ke nak baik. Umpama luka di tangan nampak berdarah, luka di perut siapa yang tahu *tetiba meroyan*. TAPI, ade jeeeeee yang lepas setahun lahirkan anak secara pembedahan, pastu keluar pulak anak kedua. Ade je. Kuasa Allah, siapa mampu menghalang?

Faktor ketiga, kewangan. Aku nak kukuh kewangan untuk SETIAP anak. Ye, tak payah cakap la aku tau. Aku tau setiap anak dilahirkan dengan rezeki masing-masing. Tapi aku jugak yakin yang rezeki anak adalah untuk kita mencari dan mengusahakannya. Biarpun tak mewah, aku nak anak aku ada. Bila dia nak belon, dia ada belon. Bila anak orang lain ade mainan, dia pun ade mainan - waima mainan pasar malam sekalipun. Semalam, abang aku cakap, "Nanti kalau anak kedua ko lelaki jugak, pakai baju Haris je la". Aku sedih tak memasal, sebab aku taknak anak kedua aku rasa dia dapat barang second hand. Kesian.

Faktor keempat, mahu memanjakan lebih lama. Aku nak anak aku manja dengan ibuayah dia lamaaa sikit. Biar at least dia dah pandai cakap, pandai lari, pandai main sendiri, pandai makan sendiri. Takpun, biar sampai, "Haris, tolong amikkan pampers adik", pastu dia boleh amikkan. Haaaa nampak tak penindasan berlaku? HAHAHAHAHA!

Tapi, aku nak tegaskan kat sini;

Kalau Allah nak bagi jugak, sapa yang taknak? Anak itu anugerah Allah.

Tuesday, October 23

(1) Kelas Ngaji


Aku dengan sorang student, ade ikut satu kelas ngaji. Pada satu pagi, ustazah membaca surah Yusuf beserta tafsiran lalu menceritakan kisah Nabi Yusuf yang hensem. "Apabila Zulaikha menceritakan betapa hensemnya Yusuf kepada orang, semua tak percaya. Sampailah satu hari, Yusuf ditunjukkan kepada umum. Nak cakap betapa hensemnya Yusuf, sampai ade yang terpotong jari"

*meremang*

Lepas tu, Ustazah cerita pulak pasal syurga, "Di syurga nanti, akan ade bidadari yang sangat cantik. Ada seorang bertanya kepada saya, kalau lelaki dapat bidadari, perempuan dapat bidadara ke? Ye, akan ade bidadara, tapi untuk yang belum berkahwin. Untuk yang sudah berkahwin, dia akan bersama dengan suaminya di syurga, yang mana bila kita masuk syurga, kita akan LEBIH cantik daripada bidadari. Itulah untungnya jadi wanita solehah"

*meremang kuasa dua*

Lepas tu, ada sorang makcik ni tanya, "Ustazah, kalau suami kita dah meninggal. Lepas tu, kita kawin lain, nanti kita dengan suami yang mana kat syurga?". Ustazah jawab, "Kita akan bersama dengan suami yang terbaik. Kenapa makcik, suami dah meninggal ke?"

"Eh, tak lah. Ade lagi."

"Gaye makcik tanya tu macam suami dah meninggal pulak", Ustazah melawak.

Satu kelas gelak besar.