Geng!

Tuesday, September 14

Versi Raya (1) : Duit Raya

Tahun ni, sebagai insan yang sudah bekerja aku punyalah bersemangat tukar duit raya sampai 4 rat. Aku syak, mesti budak-budak ni menempel-nempel kat aku mintak duit raya. Aku standby note singgit-singgit, lima ringgit-lima ringgit, sploh ringgit-sploh ringgit.

Singgit-singgit untuk budak-budak biasa.
Lima ringgit-lima ringgit untuk yang rapat.
Sploh ringgit-sploh ringgit untuk yang betul-betul rapat.

Dan, aku pun dah menjangka daripada awal yang aku takkan dapat duit raya tahun ni. Dah bekerjayalah katakan.

Bila menziarah rumah orang, aku duduk dan makan. Bila tiba waktu salam-salam, aku salam. Bila tiba time tuan rumah nak hulur duit raya, diorang mesti tanya :
"Ni dah kerja, kan"

Aku pun jawab:
"A'ah dah kerja, tapi belajar master tak habis lagi"

Pastu, diorang pun jawab balik:
"Oh, kira belajar lagi lah tu", sambil hulur sampul duit raya.

Aku dah cakap, sapa kata orang bekerja tak boleh dapat duit raya????

Thursday, September 9

Hari Ini Hari Raya

Sate sudah dilidi
Kuah kacang dalam periuk

Rendang sudah di kuali
Saudara mara hiruk pikuk

Bunyi mercun sana sini
Baju raya sudah digosok

Duit raya sudah diisi
Memang bengkok lah aku esok.

Dan kini,
Barulah rasa suasana aidilfitri,
Walaupun sekarang tak macam dulu lagi,
Kerana yang disayangi telah pergi,
Pastinya mereka sentiasa diingati,
Diiring doa dalam hati,
Buat Arwahnya wan dan aki,
Semoga kita bertemu nanti.

Buat semua yang disini,
Salam Lebaran Aidilfitri.
Mohon ampun maaf, ikhlas dari hati.


Daripada,
Nurul Hazerin, dan keluarga.
Kuantan, Pahang.

Friday, September 3

Tolong Jawab Soalan Abang Aku

Minggu lepas punya cerita.

Aku dan abang aku pergi buka buffet dengan papa. Masa bukak puasa, perbualan kami tertumpu kepada topik - papa ada kucing parsi sebanyak 10 ekor. Punyalah orang tua tu sayang pada kucing dia, sampai aku mintak sekor pon tak dibaginya.

Dalam perjalanan balik, aku dengan abang aku borak lagi pasal kucing.

Aku : Kucing papa tu comel gila, mula-mula dua ekor je. Punyalah aktif, dah 10 ekor dah jadinya. Mesti baby kucing tu pon comel.

Abang aku : Oh, mula-mula kucing papa tu sepasang je lah?

Aku : Ye lah, kalau tak, mana nak dapat anaknye.

Abang aku : Aku konfius ni.

Aku : Kenapa?

Abang aku : Kucing papa tu, mula-mula 2 ekor, kan. Sekor jantan sekor betina, kan? Aku konfius. Macamana kucing betina tu boleh tau yang kucing jantan tu pakwe dia?

Aku : La. Dia tau laa.

Abang aku : Macamane dia tau?

Aku : Dia tau la. Ish, ko ni tanya soalan bukan-bukan lah.

Abang aku : Ye lah, kenapa kucing betina tu boleh terima kucing jantan tu jadi pakwe dia? Kenapa dia tak cari kucing lain?

Aku : Woi.

Abang aku : Ye laa. Pelik jugak aku. Oo..entah-entah sebab takde kucing jantan lain, maka kucing betina tu terpaksa la terima,kan. Mesti dalam hati kucing betina tu, dia cakap macamni, "Jadi lah daripada takde"

Aku : Bongok!

Thursday, August 26

Kurang pahala puasa aku lah!

Assalamualaikum.
Peh- lama tak jengok ini blog bersawang ni.

Peh jugak - boleh tahan penat lah puasa tahun ni sebab aku dah start kerja. Kerja yang perlukan aku keluar pergi tengok property, pergi sana, pergi sini, tengah-tengah rembang panas matahari. Dia punya dahaga, tak boleh nak cakap. Silap-silap haribulan, boleh TERbukak puasa pon ada.

Ni, aku nak cerita kisah hari ni.

Awal-awal tengahari tadi aku dah keluar daripada opis. On the way. Panas. Sesak. Lori banyak. Laju. Kereta kecik aku tu bergegar-gegar lalu sebelah lori. Arah tujuan - Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Dorang ni baru je dapat title Majlis Perbandaran. Dengar cerita, masa perasmian haritu, artis pon ada. Jadi, aku syak bila barang baru dapat ni, servis dia lebih baik lah, kan. Parking pon 50sen jek.

Ehem.

Sampai compound MPPG, aku parking dekat-dekat dengan pintu masuk. Masuk-masuk je building dorang, dia punya air-cond Ya Rabbi punyalah sejok. Dah tu, aku tekan nombor giliran. Aku duduk, kerusi dia Ya Rabbi punyalah empuk! Memang seronok betol. Tak sempat 3 minit aku menikmati air-cond sejuk, kerusi empok dengan lebih lama, nombor giliran aku kena panggil. "Punyalah tangkas servis dorang ni", aku puji-puji dalam hati.

Aku hulur borang, dengan cek. Masa tu, aku agak mesti tak sampai seminit dorang ni buat kerja. Muka petugas kaunter tu, dah la comel. Senyum pulak manis.

30 saat lepas tu, ada sorang minah berbangsa India ni cakap kat aku "Tepi sikit", dan teros potong line. Dari perbualan dia dengan minah kaunter tu, aku syak ada problem dengan tempahan dewan yang dia buat sebelum ni. Nasib baik lah bulan puasa kan, aku sabar je. Aku biarkan. Dah bagi can, punyalah lama dia bincang. Aku dah mula menyirap.

Aku tepuk bahu minah India ni.

"Excuse me. Kalau nak bincang pun, boleh tak tunggu urusan saya settle dulu. Saya nak cepat ni", kata aku.

"Saya kerja sini, bukannya orang luar", kata minah India tu, muka bangga tak hingat.

"So what? U ingat u kerja sini, u boleh potong Q? U ingat u kerja sini, u bagus sangat ke? I'm your customer!"

Kan.... kan dah kurang pahala puasa aku!!!

Thursday, July 22

Goodbye, Sayang.

Rumah mama aku kat Kuantan, ada sekor kucing gemok-tak sedar diri. Makan banyak, kuat lepak, kuat tido, kuat cari gaduh.

Nama : Oyen Tabby.

Antara kucing-kucing yang pernah singgah kat rumah aku, Oyen paling baik. Mula-mula aku adopt (culik) dia dari rumah kawan aku, dia tak berbunyi. Dalam hati, sah kucing ni bisu. Ah, bisu pon bisu lah janji dapat bela kucing.

Aku pau aki (arwah) duit RM50, buat beli sangkar dia. Aku takot dia lari, tak lari pon aku takot dia jalan merata-rata, sesat, tak pon kena pukul dengan anak cina hujung rumah aku tu. Anak cina tu jahat gila suka seksa binatang - pukul anjing dengan kayu sampai anjing tu berdarah, baling kucing dengan batu. Aku syak, dia yang bunuh kucing aku yang dulu - Boroi, dengan cara mengkoyakkan mulut, patahkan kaki. Lebih tragis lagi, dah dia kerjakan Boroi, dia letak depan pintu rumah.

Macamana aku tau anak cina tu buat? Aku agak je, sebab dia je yang paling kejam dengan binatang. Binatang punya manusia. Gitu lah lebih kurang.

Ok, berbalik pada Oyen. Sayang kitorang pada Oyen lebih sikit sebab dia jenis diam je. Kalau lapar, tak bising-bising mintak makan. Aku suka kucing baik. Baik dia sampai tahap, kalau takde makanan kucing, makan roti pon boleh. :). Ye, Oyen makan roti.

Dan Oyen - suka landing kat merata-rata tempat. Kalau dia rasa dia penat, dia pedulik hape.














"I'm sleepy, Mak! Can i sleep in your room?"


















Bawah ampaian pon jadik lah. (Time ni, aku tengah main dengan dia dengan hanger baju, dia penat lalu ketiduran :) )














"Get lost. This is my territory!" (Ini- bila aku nak masuk tido, aku tengok makhluk Allah ni dah landing dulu. Aku end-up tido sipi-sipi katil)














"Atas fridge also, ok!" - muka tak puas hati sebab ngantuk.

Baiknya makhluk Allah yang sekor ni, bila dimandikan pon tak meronta dan berbunyi. Diam je.














Yang paling heaven sekali, dia pernah terkurung dalam bilik mama. Dia meow-meow takde sapa nak bukak (Oyen tak bisu, me'meow' bila perlu). Lalu, sekonyong-konyongnya Oyen telah menghadiahkan bahan kumuhannya ke atas handbag BARU mama! Yes!! Itu paling jahat Oyen pernah buat. HAHAHAHAHA.

The very special of Oyen is he can urut! Presenting to youuuuu. Urutan cakar kucing!!!



Dan malam ni, bila dapat panggilan dari adik - Oyen dah mati - aku diam. Tak leh nak cakap apa. Bila mama call, crying very hard for Oyen, aku pon ikot sama. Kata mama, Oyen mati kena racun. Hidung dia keluar buih, mulut dan telinga dia keluar fresh blood. Mesti sakit sangat. Kesian Oyen. Kesian Oyen.

Kitorang dah takde kucing lagi. Mama kata, mama dah tak sanggup hilang kucing lagi. :(


I'll miss this gemok-tak sedar diri cat. Forever will do! Er loves u, Oyen.


Entri ni mungkin bodoh, sebab aku dedikasi hanya untuk seekor kucing. Maaf.