Geng!

Sunday, March 29

PUNYA PACAR BARU

kembalinya semula Che Det pada UMNO

ibarat pucu dicita ulam mendatang

sireh pulang ke gagang


pstt... paklah mesti bengang (buat-buat senyum)
KJ dah tentu duduk tak senang

aku pulak = menunggu utk dibicarakan. hoho.




Thursday, March 26

BESTNYA BILA ADA CINTA


maaflah, kawan.
aku terpaksa jugak buat entri ini.
walaupun kau-kau ada yang tak suka
aku janji lain kali tak ada entri macam ni.
setahun sekali saja.

Walaupun : dari dulu aku gemuk dan sekarang tambah gemuk
Dia : tetap sayang aku

Walaupun : aku kasar tak agak-agak
Dia : tetap sayang aku

Walaupun : aku suka bebel-bebel (biasalah pompuan)
Dia : tetap sayang aku

Walaupun : aku suka pau suh dia belanja makan padahal dia jauh
Dia : tetap sayang aku (dan bank-in $ nya sekali)

Walaupun : aku bengong suka buat sakit hati orang lain
Dia : tetap sayang aku

Walaupun : aku suka protes tanda tak puas hati
Dia : tetap sayang aku
.
.
.
dan aku?.
.
.

Walaupun : dia kurus 20kg dari aku (padahal aku yg gemuk)
Aku : tetap sayang dia

Walaupun : dia suka tangguh keja penting yang aku suh dia buat (degil)
Aku : tetap sayang dia

Walaupun : dia super pendiam dan hanya cakap beberapa patah (padahal guna celcom plan 1+5 yg free tu)
Aku : tetap sayang dia

Walaupun : dia jauh dari aku
Aku : tetap sayang dia

Walaupun : dia hanya ada keta second-hand stok orang tua pakai (beli cash 13ribu plak tu)
Aku : tetap sayang dia (dalam hati : boleh laaa...)


We compliment each other very well.
Sikap kami yang kontra ni la yang jadikan kami serashi bershama (damn u, ajai).
Oh, itulah magisnya cinta. cehhh.. sudah-sudah la tu.

26 Mac 2004 - 26 Mac 2009
Happy Anniversary, sayang
Tahun kelima untuk kami.
Boleh bangga untuk cinta jarak jauh, kan?

"Aku hanya inginkan kau setia
Kerana hanya setia mencipta bahagiaku"
(bagi can la sket)


pstt : orang kata, cinta mampu menutup kekurangan insan
aku plak kata : sorry skit, ye. bukan macam tu. cuma yang kurang boleh dperbaiki dengan adanya cinta.


aku sangat takut bila dengar orang cakap, selalunya bercinta lama-lama tak kekal. baiklah, encik. saya akan buktikan. haha. doakanlah yang terbaik buat kami. dah dekat dah bau nasik minyak ni (tipu)

oh, lagi satu. berkat pesanan teacher patung cendana, aku bersemangat siapkan artikel. dah siap pon.. lalalalala!~~

Tuesday, March 24

Boleh diam tak?



aku sangat terdesak.
aku perlu siapkan artikel PSM aku
at d end of this week.
tapi ketika aku bosan
aku suka sgt layan video ini.
bisa buat aku happy.
dan bersemangat semula.

selamat nonton.
dan tersenyum.

aku cilok dari youtube.

Saturday, March 21

SI SEMUT MENJADI PELAJAR.


aku nak berbicara tentang semut dan aplikasinya dlm kehidupan aku sebagai student.
(sebuah cerita penghargaan kepada haiwan)



sang semut :
ade sebutir nasi, yg berat dr badannya. erkk..tak boleh angkat. pggil kwn2 la. kwn2 sang semut pun datang dan willing utk tolong angkat.
sang aku:
kes biasa : ada assignment. tak tau mcamana nk buat. terbeban. erk. mintak tolong kwn2 satu group. yes! diorang willing utk tolong. mcm kwn2 semut.
kes luar biasa : ada assignment. terbeban. mcmana ni? mintak tolong group mber la. buat bodoh dan tak tahu je. hampeh! mnyusahkan lagi ade.




sang semut :
ada gula. manis. bwk balik ke sarang dan bg pada queen mereka. queen happy, diorg hapy, dan ckp terima kasih sbb happykan queen. (agaknya la)
sang aku :
kes biasa : ada assignment. buat. bagi pada lecturer. lecturer happy with the work. kita happy, masing-masing say thank u to each others. even pegi makan sama-sama.
kes luar biasa : assignment. buat. bagi lecturer. lecturer happy. aku je la yg happy ke? not even a word of thank you. siot!



sang semut :
jalan-jalan. jumpa kwn, mesty berhenti. perasan tak?
sang aku :
jalan-jalan. kadang berhenti say hi, kadang tidak. tapi the most berhenti la. ada kawan aku tu lalu sebelah pon mcm x nampak. macam bagus. senyum pon susah sgt ke.


sang semut :
menyemak je kat bilik aku.
sang aku :
tak reti-reti bahasa la ko ni semut. semak mata aku nengok ko kat blik aku ni.* kat atas katil pon ko lepak ek. aku tau la aku manis. dangg...!~~~


p/s : kes biasa = terjadi apabila aku dan group mber aku memilih diri sendiri utk wat asgmnt
kes luar biasa = terjadi apabila lecturer pilihkan group members. pllleeaasssee. serik aku!


*kawan aku, majihan lagi teruk. dia tengah baring, semut naik atas badan dia. ingat highway ke hapa?

aku dh buat entry psal kau, semut. puas hati?
are u happy enough?
dah boleh pergi dari bilik aku?
pergi la bilik mas.
dia pun manis jugak.


Wednesday, March 18

CINTA JARAK JAUH. SANGGUP?

kita mohon kekuatan
dan tuhan memberi kita kesulitan-kesulitan
untuk membuat kita kuat.

kita mohon keteguhan hati

dan tuhan
memberi kita bahaya
untuk diatasi
dan untuk kita sama-sama belajar menyayangi
dengan cara yang sempurna

cinta jarak jauh.

kata orang : menguji kesetiaan, kejujuran
kata aku : tak perlu uji


kata orang : buat kita kuat
kata aku : memang perlu kuat

kata orang: menguji sayang dan rindu

kata aku : arggghhh...memang la. sangat setuju.


kata orang : menuntut kepercayaan yang tinggi

kata aku : aku percaya. titik.


kata orang : hati sentiasa curiga.

kata aku: tak.

kata orang: boleh elak maksiat.

kata aku : senyum sambil tertunduk insaf.. =)


apa pula kata anda?