Geng!

Wednesday, November 7

Cerita Pasar Malam

Sumber : Google
Dua tiga kali dah aku dan Mucid pergi pasar malam mencari benda alah kat atas ni. Semalam, jumpa - bukan takat kucing, ade arnab. So, instead of kucing, we chose arnab for Haris, sebab kat rumah tu dah ade kucing betul. Aku tanya brader yang jual, "Berapa ni?", brader tu jawab, "Seploh ringgit", dan serentak dengan jawapan tu, Haris memandang brader tu dengan mata bulat dan brader tu terus cakap "Napa pandang pakcik macam tu? Ok la, kalau beli kucing ni, pakcik bagi belon Angrybird ni free, belon ni harga dia lima ringgit tau"

Syok.

***********

Duk meronda-ronda cari makanan, ade sorang budak lingkungan 3 tahun gitu memintas aku, dengan laju. Terkejut, aku toleh ke belakang nak tengok mana maknya. Takde. Aku tengok budak tu lagi, tak nangis. Aku tanya orang lalulalang, tu anak siapa - risau pulak dibiarkan sorang-sorang. Budak sekecik tu, meluru terus ke gerai menjual mainan, ralit dia memegang semua mainan yang ada.

Mucid cakap, "Budak ni macam dah biasa je area ni. Selamba je ni. Anak orang meniaga jugak ni". Tak puas hati betul aku. Tak risau ke mak dia?

***********

Dah selesai beli barang. Nak balik. Kat depan aku ade sorang budak lelaki umur dalam 6-7 tahun gitu berjalan dengan atukneneknya. Dia singgah gerai mainan, nak mainan kucing. Neneknya tak bagi. Atuknya diam aje. Cucu dah nangis, nak jugak. Atuknya kata, "Mahal"

Cucu kata, "Dah tu, orang takde apa-apa pun lagi", sambil tunjuk tangannya yang kosong. "Ni, makanan banyak ni", kata neneknya.

"Makanan taknak. Kalau taknak beli mainan tu, Atuk beli yang pistol tu tadi", cucu cuba nasib pada atuknya pulak. "Ha, kalau pistol boleh. Jom! ", kata Atuk, sambil seluk poket cari duit.

Atuk memang steady!

Thursday, November 1

(2) Kelas Ngaji : Mesej Daripada Ustazah

Kelas Isnin.

"Kenapa dalam haji ada ibadah sai'e, antara Safa dan Marwah?", ustazah tanya. Kelas diam. "Ibadah tu untuk ingatkan kita pada besarnye pengorbanan seorang ibu, merujuk kepada kisah Siti Hajar yang berulang alik mencari sumber air demi anaknya, Ismail"
Harini, dapat mesej :

Assalamualaikum, saya ustazah jamilah memohon maaf atas salah silap selama saya mengajar akak2 dan acik2 semua..saya baru je dapat tahu yang saya mengajar kelas pagi sampai minggu ni shj, minggu depan Isnin akan diganti dengan ustaz lain..insyaAllah jika jodoh kita masih panjang, saya akan masuk kelas hari Isnin kejap, salam sayang dari saya untuk acik2 dan akak2 semua. Maaf salah silap. Wasalam.

*sebak tak memasal*

Kitorang dimaklumkan yang ustazah ni memang nak berhenti mengajar sebab nak ikut suaminya further study kat ibukota KL, tapi tak tau bile. Tau tak perasaan dia, bila kita belum bersedia untuk ucapkan goodbye tapi terpaksa?Aku balas mesej ustazah dengan pandangan mata yang kabur, berkaca-kaca.

Sedih.

Ustazah balas : Saya sebenarnya lagi sedih dengan keputusan mendadak macam ni. Apa2 pun saya sentiasa doakan moga akak mendapat guru yang lebih baik daripada saya. Amin ya Rabb.

Tambah sedih.

Monday, October 29

Bila Nak Tambah Anak?


"Bila lagi nak tambah anak? Muda-muda ni la senang, beranak banyak, nanti boleh rehat"

Ayat ni, singgah dua tiga kali jugak kat deria pendengaran aku. Dulu, masa aku belum ada anak, aku selalu sakat orang - suh tambah anak cepat-cepat. Ayat seperti "Bila lagi nak dapat adik?", selalu bermain kat mulut aku ni. Hakikatnya, setelah mengalami sendiri, ia bukanlah semudah kata-kata yang dikeluarkan.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku dan Mucid MERANCANG untuk kehamilan yang kedua. Faktor pertama, anakanda pertama kami, Haris breastfeed (bf) sepenuhnya (setakat hari ini - Alhamdulillah) dan aku berhasrat untuk meneruskan niat/ usaha bf anak aku sehingga usianya 2 tahun. Moga dipermudahkan Allah. Maka, apabila niat nak 2 tahun bf, adalah LEBIH BAIK untuk tidak mengandung. Bukan tak boleh bf anak ketika mengandung, tetapi ia memerlukan tenaga yang lebih dan ada pendapat pakar yang mengatakan ada kebarangkalian untuk berlakunya keguguran kerana bila menyusukan anak, rahim akan mengecut. TAPI, ada jeee malah ramai je yang berjaya  menyusukan anak dan mengandung dalam masa yang sama.

Faktor kedua, nasihat doktor. Doktor nasihat untuk menjarakkan kehamilan kerana aku melahirkan Haris secara c-sect. Dinasihatkan, aku jarak kehamilan dalam tempoh 2 tahun, supaya luka-luka dalam perut aku yang kena toreh-toreh tu sembuh sepenuhnya. Perut kita ni, ada 3 - 4 lapisan yeeeee. Dapat bayangkan tak, lapisan + lemak-lemak tu dah la tebal, ingat senang ke nak baik. Umpama luka di tangan nampak berdarah, luka di perut siapa yang tahu *tetiba meroyan*. TAPI, ade jeeeeee yang lepas setahun lahirkan anak secara pembedahan, pastu keluar pulak anak kedua. Ade je. Kuasa Allah, siapa mampu menghalang?

Faktor ketiga, kewangan. Aku nak kukuh kewangan untuk SETIAP anak. Ye, tak payah cakap la aku tau. Aku tau setiap anak dilahirkan dengan rezeki masing-masing. Tapi aku jugak yakin yang rezeki anak adalah untuk kita mencari dan mengusahakannya. Biarpun tak mewah, aku nak anak aku ada. Bila dia nak belon, dia ada belon. Bila anak orang lain ade mainan, dia pun ade mainan - waima mainan pasar malam sekalipun. Semalam, abang aku cakap, "Nanti kalau anak kedua ko lelaki jugak, pakai baju Haris je la". Aku sedih tak memasal, sebab aku taknak anak kedua aku rasa dia dapat barang second hand. Kesian.

Faktor keempat, mahu memanjakan lebih lama. Aku nak anak aku manja dengan ibuayah dia lamaaa sikit. Biar at least dia dah pandai cakap, pandai lari, pandai main sendiri, pandai makan sendiri. Takpun, biar sampai, "Haris, tolong amikkan pampers adik", pastu dia boleh amikkan. Haaaa nampak tak penindasan berlaku? HAHAHAHAHA!

Tapi, aku nak tegaskan kat sini;

Kalau Allah nak bagi jugak, sapa yang taknak? Anak itu anugerah Allah.

Tuesday, October 23

(1) Kelas Ngaji


Aku dengan sorang student, ade ikut satu kelas ngaji. Pada satu pagi, ustazah membaca surah Yusuf beserta tafsiran lalu menceritakan kisah Nabi Yusuf yang hensem. "Apabila Zulaikha menceritakan betapa hensemnya Yusuf kepada orang, semua tak percaya. Sampailah satu hari, Yusuf ditunjukkan kepada umum. Nak cakap betapa hensemnya Yusuf, sampai ade yang terpotong jari"

*meremang*

Lepas tu, Ustazah cerita pulak pasal syurga, "Di syurga nanti, akan ade bidadari yang sangat cantik. Ada seorang bertanya kepada saya, kalau lelaki dapat bidadari, perempuan dapat bidadara ke? Ye, akan ade bidadara, tapi untuk yang belum berkahwin. Untuk yang sudah berkahwin, dia akan bersama dengan suaminya di syurga, yang mana bila kita masuk syurga, kita akan LEBIH cantik daripada bidadari. Itulah untungnya jadi wanita solehah"

*meremang kuasa dua*

Lepas tu, ada sorang makcik ni tanya, "Ustazah, kalau suami kita dah meninggal. Lepas tu, kita kawin lain, nanti kita dengan suami yang mana kat syurga?". Ustazah jawab, "Kita akan bersama dengan suami yang terbaik. Kenapa makcik, suami dah meninggal ke?"

"Eh, tak lah. Ade lagi."

"Gaye makcik tanya tu macam suami dah meninggal pulak", Ustazah melawak.

Satu kelas gelak besar.

Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam : 19 Oktober 2012

Budak yang selalu layak digigit

Gayat. Ibu pembuli.

With Ayah.
Tunggu besar sikit ye, nak. Tunggu dapat kaki, akan Ibu rendam kamu dalam air pantai walaupun hakikatnya Ibu tak suka pantai.