Long, dia sangat manja dengan arwah Wan aku. Sangat-sangat sampaikan, apa yang dia mahukan, semua akan dituruti.
Aku masih ingat, dulu bilamana Long minta sesuatu daripada Wan, kalau tak dapat Long akan mengamuk sakan, dan hempas-hempas pintu. Sebab tu, tidak cepat, lambat, mesti Long akan dapat apa yang diinginkan. Dah dia dapat apa yang dia mahu, dia susah berkongsi dengan orang lain. Jangan berangan mahu pinjam, mesti takkan dapat.
Masa kecik dulu-dulu, mainan game boy hanya Long yang ada. Long punya kedekut, takkan dapat terbayang dengan mata kasar. Sangat-sangat kedekut. Kalau teringin main game boy, perlu tunggu waktu dia pergi sekolah. Itupun selepas main perlu letak di tempat asal, jangan bagi kesan bergerak pun.
Zaman kecil memang agak bodoh.
Aku cucu sulung perempuan, tidak terlalu dimanjakan. Kontra sungguh dengan cucu lelaki yang dimanja-manjakan. Kalau aku kalau tak duduk atas meja, buat kerja sekolah mesti dah kena marah dengan Aki, tidak-tidak pun Wan. Beza pula dengan Long yang sentiasa tengok kartun, semuanya 'tidak mengapa'.
Keputusan peperiksaan Long selalu nombor 3 daripada belakang. Tak kena marah. Pernah sekali waktu masih dalam Tahun 4, aku dapat nombor 6 untuk pertama kalinya (walaupun 4A 1B). Perasaan takutnya mengalahkan apa, nak balik rumah pun teragak-agak.
Aku pernah perli dia masa dia dapat keputusan corot.
"Nama je Hakim..tapi habuk pun tak ada"
Gedeganggg!!
Pintu dihempas. Lagi.
Bersambung..
19 komen:
sambung ke.... 1st
2nd
kan aku dah kata
3rd......
yeaha....
4th..... hahahahaha
5th!!~
6th!~ haha
7th!!~ haha
bole wat kelas mengira ni.. kikiki
(ko jeles tu ngan Long..hahah)
8th .....
9th...~ terus mengira
10th.... cukup sepuluh...
aku nk kire smpi 100 bleh?? haha
hehe. Ooo. Kira tak puas ati la eh skrang nie? hehe. Well, standard la. dalam satu famili nak taknak mesti ada yg akan dpt lebih n ada yg akan dapat kurang. Dan selalunya, yg kurang tu la bila dah besar akan bantu diorang.hehe.
Gua nak jemput lu dtg kenduri kat blog gua.
Follow terus pun xpa.Ikut baca doa.
Blog gua tu dah tak seimbang.Ramai budak berat belah punk.
Gua dah 6 hari merantau jemput kenduri ni.
gua kira number bape plak ni?
boleh plak mengira camtue eh.. iskkk
ooo...skang ni sumer sepupu kau dah takut sama kau la...kau tu dah macam monster agaknya..haha
er.. cepat la sambung :)
errr...errrr... Long mmg patut di jelesi..
tak best gak kan..dulu adik aku pn mak aku jatuh syang lebih..mmg aku sound je depan2 mak aku..
"haa..tu la ank ksygn mak...haa..sayang sangat.."
pergh.derhaka lak bunyi..ahahahaha
oh oh...bestnye jdi along....semua dapat....
Post a Comment