Geng!

Tuesday, September 1

Kasar-kasar Aku Pun, Aku Pandai Menjahit Lah!!

Sebagai seorang wanita, aku tak pandai sangat buat kerja wanita. Kawan-kawan aku pun menggelarkan aku separa wanita. Ces..bedebah. Maybe perwatakan aku yang kasar ni agaknya. Ada aku kisah?, bak kata Azwan Ali.


Dua hari lepas, mama call. Mama tanya, "Nak buat biskut raya apa kita kali ni, Er?". Mama tanya sambil gelak. Huh..memang setiap kali raya, setelah ketiadaan Wan, kitorang pakat beli je biskut raya. Sebab kalau buat, rugi. Lebih banyak yang hangus dari yang elok. Aku jawab kat mama "Tunggu Er balik la baru buat biskut" <---memberi harapan nampaknya!


Mom di Kajang yang rajin buat biskut raya pun dah ala-ala bosan nak buat. Mom itu mak saudara nombor tiga belah mama aku. Mom cikgu di Seri Bintang Utara (ke Selatan?), pandai masak, dan biskut coklat chip dia sangat heaven ok. Sila buat untuk raya kali ni. (Wahhh, puji ada makna).


Pernah sekali lepak-lepak rumah Mom di Kajang, niat hati nak buat kek ke coklat chip (lupa), aku konon-konon nak tunjuk bakat. Pakat pakai mixer nak kacau telur dengan gula, 3 kali pusing je mixer tu, habis jahanam. Rosak terus. Masa tu aku yang pegang mixer tu. Aku kah yang bersalah? Duhh.. Nanti saya dah kerja, saya belikan Mom mixer baru, ye. (Skema gila guna kata ganti nama 'saya').


Ok. Habis cerita buat biskut raya. Raya lambat lagi.


Masa aku praktikal Degree dulu, aku pernah berhajat nak masuk kelas jahitan. Aku rasa kalau pandai menjahit, memang wanita habis la. At least, kalau orang kutuk-kutuk aku, aku leh jawab "Kasar-kasar aku pun, pandai menjahit tau. Ko apa tau?". Lebih kurang macam gitu la. Tapi, hajat tu tinggal kenangan je la. T_T Tak de point la nak jawab kalau kena kutuk.


So kisahnya, masa hari konvokasi aku hari itu, kawan terbaik di dunia datang lebih awal (merujuk kepada Marzihan). Kawan terbaik aku ni pandai menjahit. Oh..sangat wanita lah beliau kalau begini. Aku pun dikesempatan itu, aku usha-usha dia jahit manik. Memang skill habis. Agak-agak bertuah la si Sarijani beristerikan kawan terbaik aku itu.


Si kawan terbaik sudah pulang. Meninggalkan kesan di baju aku. Cuma di lengan. Aku belek-belek plastik beg berisi manik. 'Ah, banyak lagi', bisik hati. Aku ambil jarum dan benang, masukkan manik. Bermula dengan kalimah Bismillahirrahmannirrahim.


Tadaaaaa....Ini hasilnya.

T_T
Kagum tak? (Lengan belah kanan belum siap)

At least kalau kena kutuk, aku boleh jawab "Aku pandai jahit manik, ko apa tau?".


Psttt.. maksud aku disini, menjahit memberi nilai tambah kepada seorang wanita. Memasak-masak tu tak payah cerita la kot. Perempuan kot. Mesti pandai.

23 komen:

Jard The Great said...

aku nk tmepah baju kat ko je la.. bole?

momentinlife said...

adik lelaki kau pn pndi jait mcm ni yang.. kikiki

eh tpkan, serius!~ klu tak tabah.. xlh jait pny.. sgt2 leceh~

Hazerin said...

jat.
aku x reti jahit baju jat.. jahit manik boleh kot. beli manik la... aku boleh tolg jahitkan.



wafa.
memang leceh. pening kpala pon iye jugak..eh, kak wafa...kan sy ni adik ipar akak. hahahahaha

zonaku said...

huhuhuhuuu... x pandai menjahit bukan pompuan????

apekah?? apekah???

lumut said...

hoho...
dah abes pompuan la ek kalau pandai jahit.
masak x yah ker?
=p

AkuAyie said...

haaaa....bgus... lpas ni bju raya aku plakss...
wakaka~

Hazerin said...

zonaku.
haaa.. lebih wanita la kalau pndai jahit. nnt leh jahit bju mak mertua. hohohoho.




lumut.
memasak tu basic kot. klu pompuan x pndai msak...x tau nk ckp la



AkuAyie.
boleh. sila isi borg tempahan

Kapten Luffy said...

ada kelebihan perempuan 'keras' ni

Sharif John said...

Wah... sungguh ayu... wakaka... jgn lupa kirim kuih raya tau nnt hehe

Hazerin said...

kapten.
tenkiu. ko sungguh memahami. aku terharu.



john.
ayu?? arghhh...pktaan ayu itu x sesuai utk sy kot. =P

Fairuz said...

weii..jahit manik je pun...yang lain cam memasak? tu pun penting gak...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahha~

gua pun pandai ajhit baju~

dulu mak paksa gi belajar menjahit~

Hazerin said...

apai.
eh eh ehhh..aku dh ckp kan. memasak tu basic apai. sbb ko la aku edit entri tu, junior. cehh cehhh



Zara.
wow. sgt wanita la ko, dik zara

sharamli said...

ala...
main jahit2 pandai la...

nak mas0kkan benang p0n da teketar2..ha3....

Firol said...

pasni gua ingat nak suruh buat baju mak ngan adik gua bleh??

Precious said...

Wahhh ... at least ko pandai jait manik. Tahniah!!

Hazerin said...

sharamli.
mueheheee. x ckup vitamin tu klu tketar2.



firol.
boley...boley...no hal pnya. sila pos bju tu. siap dgn upahnye skali keh..



precious.
tahniah utk aku... lalalala. tenkiu

hang nadim said...

aku pun nak sepasang Baju Melayu Telok belanga kat gang buleh...

Yern Ain said...

waaaahhhhh.. lawaa laaa. nk puji ni.. haha.. lawa.. lawa..

dr hr tu tym cuti sem ingt nk jahit manik gak.. tp pk2 blk.. kang kena basuh xleh guna mesin, kena pakai tgn.. terbantut niat.. haha..

anyway.. sgt cantikkk!
*ceh pas ni bole la ajar2 eh* hee

Pekerja Kontrak said...

1. cusor ko apahal satu mesia???
2. Tidak semestinya pandai menjahit boleh menambahkan nilai wanita. Jadi seorang lelaki yang pandai menjahit bagaimana pula.
3. Pada zaman ini, orang lelaki lebih pandai memasak dari wanita. Jadi itu ( merujuk kepada perbuatan memasak ) telah di gugurkan dari nilai-nilai wanita atau kewanitaan.
4. Satu je yang tinggal nilai2 kewanitaan yang masih ada pada wanita tapi tu pun dah ada kaum laki buat 'pirate',RUPA BENTUK.

Hazerin said...

hang nadim.
aku x pndai mjahit. letak manik kt bju melayu boleh ke??



YernAin.
aku pun budak bru blaja gak. hehehe. tenkiu sbb puji.



PekerjaKontrak.
nk kta rupa pras aku x mcm pompuan la tu. cehh.. malas aku nk bertekak dgn ko, masri!!!

n cursor aku bkn satu malaysia. itu namaya bendera malaysia. ko pnah dgr perkataan bendera x??

Pekerja Kontrak said...

marah nampak....!!!! hahahahahaha

Hazerin said...

PekerjaKontrak
mana ade. dh ko tu tnya pjg2. apa? buang tebiat ke?