Geng!

Tuesday, October 13

"Orang Lain Pun Bayar Tiket Bas"

Dua hari lepas, aku pulang ke Kuantan untuk selesaikan hal-hal berkaitan pinjaman Yayasan Pahang. Seperti biasa, pelajar macam aku lebih cenderung balik kampung menaiki bas. Malah, selalunya, aku naik bas malam dengan muka peramah habis. Naik tangga bas, aku mesti senyum pada pakcik pemandu bas.

"Bawa bas elok-elok ya, pakcik".

Aku jalan kearah tempat duduk aku, dan sebelum duduk dalam kesamaran aku nampak ada seorang lelaki duduk di belakang. Aku senyum sikit, alih-alih dia paling muka dia ke arah tingkap. "Boleh tahan sombong. Macam lah kacak sangat", aku cakap dalam hati.


Sepanjang jalan, aku tidak pula tidur sepertimana kebiasaan. Mungkin sebab aku lupa nak telan ubat tidur sebelum naik bas agaknya. Lagi satu mungkin sebab lelaki sombong dibelakang aku. Kaki tak boleh duduk diam, asyik nak tendang-tendang kerusi empuk aku. Nak aku tegur nanti, tak manis pula.


Dalam pada itu, telefon dia berbunyi-bunyi. Cakap sudah la kuat bukan main, sampaikan boleh dengar satu bas. Lagi pula, bahasakan diri dia 'abang' dan si pemanggil 'adik'. Boleh tahan geli. Daripada perbualan dia, aku agak-agak si 'adik' nak perkenalkan 'abang' dengan seorang gadis. Si 'abang' mula-mula menolak, segan dan malu-malu. Keluar pula ayat standard, 'Abang tak hensem. Nanti dia tak mahu pada abang'. Lepas sessi merendah diri si 'abang', dia habiskan perbualan dengan ayat "Adik hantar gambar budak itu untuk abang".

Perbualan tamat. Lega sikit, sebab kurang bising. Dalam 10 minit berlalu, bilamana aku mula nak lelap sikit-sikit, dia bersuara lagi.


"Wah, adik. Comel lah budaknya, dik. Boleh..boleh. Bagi abang nombor telefon dia". Dia sambung sembang lagi, boleh tahan lama. Daripada masuk Tol Yong Peng sampai ke Bandar Segamat. Dia borak, dia gelak. Dia borak kuat-kuat, dia gelak kuat-kuat.


"Ok la, adik. Abang sampai Segamat dah. Nanti kita sambung borak".


Sampai stesen bas Segamat, lelaki berkenaan ambil beg dia. Baru melangkah dua tiga tapak dari tempat duduk dia, orang sebelah aku tahan dia.


"Bang, lain kali kalau naik bas, cakap telefon agak-agak sikit ya. Orang lain pun bayar tiket bas juga"

Terbaik.

Dia turun bas pun dah nak terlanggar orang lain. Jalan pun senget-senget sebab kena ceramah dengan budak Darjah 6.

23 komen:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

muahahaha~

padan muka beliau~

kerek sungguh~

macam dia sorang ada tepon~

eh kak, aku tetiba emo~

Unknown said...

cam sial je perangai camtu....

zonaku said...

ffuuuyyooooo.. kem salam la kat budah Darjah 6 tu.... kagum aku...

lumut said...

hahah,
gile cool budak darjah 6 tuh.
apesal ko x amik nombor tpon budak tuh.
aku nk bekenalan sbb cool hbis.

ha chemo said...

wahahahaha
[[tumpg gelak]]

dasar laki xbet0l mmg cmtu.ad skali tu ad s0rg mmat ni rendahkn seat die ke blkg.huhh,smpai nk senget bdan p0m xleh..haih

StingRay said...

aduh la....kena sound ngan budak-budak.Kalau kena sound masa bas bergerak x tau la.Mesti terus tidur.haha


pedih pedih pedih....

Apit_SP said...

padan muka dia..duk buat bas tu cam basikal apa..mmg patut r bdk dajah 6 tu sound dia..

Jard The Great said...

ahahaha... reen... da lama tak YM dgn ko.. sibuk ka? rindu laaa....

nways.. entri membuat ku gelak guling2 laa..... love this entri.. ehehe

Hazerin said...

Zara.
ha'ah. kerek betul.. kerepek pun x kerek mcm tu. hahaha. sabar, cikgu... sabar... x boleh emo, cikgu..



~0~
memang



zonaku.
x smpat amik no. fon

Hazerin said...

lumut.
x sempat, beb. dh la dia duk ngn mak dia.. x kan aku nk ngorat plak. hahaha



ha chemo
itupon aku pnah kena. gile tamak haloba nye org mcm tu



stingray.
hahaha. btul2.. aku rsa dak tu dh pndam prasaan lma kot. aligh2 tersound jugak

Hazerin said...

Apit_SP
nek beskal pun x leh jwb phone. kang eksiden




jat.
thanks. hahahaha. aku busy jat. busy2.. busy.. entri pun x byk

smokey78 said...
This comment has been removed by the author.
Jard The Great said...

uish... hazerin... smokey salah taip tu.. aku gi promote blog hang kat die... patutnya tulis REEN bukan jard...

hahaha

smokey78 said...
This comment has been removed by the author.
smokey78 said...
This comment has been removed by the author.
smokey78 said...

ni lagi mangkuk ayun sorang ni.. tapi kan .. selalunye memang camtu.. bile dah ade something yg tarik minat tak kire lar mamat ke minah ke.. mula ler lupa org sekeliling.. kan kan kan jard.....
:D

p/s : betul kan balik ayat.. c jard dah dok kutuk gue sebab salah taip...

moment said...

cet! klu aku.. mmg aku sound terus weh...

ko sgt penyabar ok.. aku kagum!

tak tdo lg la aku kagum! hahah

Sharif John said...

MAlu malu.... hehehe

farah said...

padan muka.

nasib baik ada org sound dia.

haha.

salam singgah.

:)

Firol said...

kalau gua jumpe gua hentak..buat malu kampung je...

Fairuz said...

sejak bila kau jadi sopan..musykil aku...

Hazerin said...

jat.
ko ni jat..xde keja len, slalu je gelakkan org. hahaha



smokey78
dia ingat dunia ni dia yg pnya agaknyaa.. hehehe.. ko gelakkan balik si jat tu.


wafa.
kagum aku x tido?? syhhh...diam2 sudah!!

Hazerin said...

sharif john.
tu yg jalan pun x betul tu


farah.
tu ah. klu dak tu x sound, mesti dia x sedar.


firol.
hahahahahaha. lupa lak. org kampung kau rupanya. haha. kim slam skit.


fairus.
aku mmg sopan. ko jek yg xtau. hahaha