Sekolah menengah aku, sekolah menengah harian tapi ada hostel. Hostel ada 2 blok, untuk lelaki dan perempuan. Mendengar cerita-cerita kawan-kawan yang kata "Duduk hostel boleh kurus, Reen", aku pun terdorong untuk men'try'. Panas juga hati aku tiap-tiap hari masuk kelas dipanggil Big Show dan Chyna. Kalau tak kena gaya, boleh bawak ke gaduh.
Masuk minggu ketiga tu, aku dah mula taruh syak pada hasutan kawan-kawan aku yang dulu tu. Aku rasa diorang perangkap aku sebab minggu ketiga je berat badan aku dah nak masuk angka 9 kat depan. Mati. Patut la makin galak budak-budak ni nganjing aku.
Tiga minggu pertama masuk hostel, memang boleh tahan. Masuk minggu keempat seterusnya mula aku buat meroyan nak balik rumah tiap-tiap minggu. Hari Ahad balik semula hostel. Tiap kali aku balik, memang aku takde bagitau orang kecuali member-member yang terdekat dan member satu dorm. Ala, kalau senior carik aku, aku lari la balik masuk hostel. Rumah aku 5 minit perjalanan je kalau naik kereta. Gedik nak jugak merasa duduk hostel. Kebiasaan, hari Ahad mesti aku dah ada semula kat dalam dorm.
T_T
Kalau balik rumah, memang bawak bekalan baju untuk dibasuh oleh mesin. Satu wiken ni, aku balik rumah. Malas punya pasal, aku balik hostel semula hari Selasa. Sampai kat dorm aku packing semula baju yang dah siap basuh tu, bubuh dalam loker.
Masuk sorang budak Form 2.
"Hai, kak. Rajinnya. Buat apa tu?"
"Ni masukkan baju dalam loker"
"Cepatnya kering. Baru semalam je akak jemur"
"Bila masa akak jemur. Baru sampai je dari rumah ni"
"Eh, kak! Semalam saya nampak akak jemur baju kat hujung sana"
Ah, gila! Tak de keja lain hantu ni gamaknya.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
10 komen:
menyamar lah jadi benda menarik sikit..jemur kain? alah tak kelas betul hantu tu
betul tu firol
cuba menyamar tengah ulangkaji pelajaran ke. boleh hantu tu bijak sikit.
hantu oh hantu
klu berkemban lagi elok
hehe
hantu tu wakil ko la tu. karang kantoi ngan senior ko balik rumah.haha
antu menyamar jadik ko?
ko yg menaymar jadik antu?
misteri sungguh
*sambil kerut2 kening
Firol
aku rasa hantu tu mesti gelabah masa budak tu masuk dorm. cepat2 capai kain baju yg ada, buat2 sidai
farwalis
hantu tu bru nk amik UPSR agaknya. :D
joegrimjow
haishhh...dak kecik tak leh ckp begitu. hehehe
VV
senior punya perangia lgi hantu dr hantu
citah
hantu punya komen! aku chantek sgt, hantu tu admire aku.
hehehe....... teringin ade hantu menyamar jadi aku.. pastuh keje kat opis aku neh hah.. aku lak dok umah bole?
lu pun ada iras2 hantu dah gua tengok.. bukan silap budak tu dah~
hahahahaah....
jembalang menyerupai....
Post a Comment