Geng!

Monday, May 3

Aku Turun 9kg Sebab Minum JusMate 5

Dulu, sebelom aku bertunang dengan incik tunang, aku bercita-cita betol mahu kurus. Dalam hati aku, "Cukup-cukuplah berbadan sasa". Ye lah, nak jugak nampak cantik. Ye, NAMPAK cantik, walaupun tak cantik tak apa. Macam-macam agenda pengurusan badan dah aku coba kau coba. Berikut adalah antara senarai aktiviti pengurusan berat badan yang pernah aku cuba, dan sebab-sebab tak menjadi (peh-macam jawab final exam) :

  1. Tak makan nasi - pening beb tak dapat nasi. Lidah melayu kot, kawan.

  2. Makan nasi sikit, ambik sayur banyak - harga makanan sebegini lebih mahal. Student price tak diambil kira

  3. Joging/ Berjalan kaki - mula-mula je semangat, lepas tu penat. Trek joging tu jauh (joging dalam UTM, apa barang)

  4. Tak makan malam - yang ni paling tak boleh blah sebab mengganggu keselesaan waktu tidur malam. Kalau tak lena tidur, aku ngantuk dalam kelas.

  5. Heavy breakfast, skip lunch, light dinner - pun tak menjadi sebab heavy breakfast bermaksud Nasi Lemak Ayam Goreng, Sotong, Kerang, Sambal lebih, tambah teh tarik.

  6. Dan lain-lain lagi
Kesimpulannya, memang tak leh tahan kalau tengok makanan. Tapi terpaksa rela berusaha untuk cantik di hari pertunangan, cehwah poyo disitu. Maka, pada suatu hari selepas dapat duit biasiswa untuk belajar, aku dengan member-member berjalan-jalan area Taman U. Tiba kat satu kedai, banner muka Dr Rozmey tu terpampang. Eh eh tetiba kaki aku masuk kedai yang jual jamu banyak gila tu.

Niat aku sekadar bertanya, ramai ke yang menjadi makan Jus Mate 5 ni? Peh kakak tu punya cerita memang meyakinkan habis, kalau dia tipu pun memang aku percaya lah kiranya. Tak pasal-pasal aku TERguna duit untuk beli Jus Mate 5. TERguna sampai beli 3 kotak sekaligus. Dah siap packing 3 kotak, aku ajak member-member pekena KFC kat lot kedai sebelah. Kakak tu alih-alih bersuara, "Dik, makan Jus Mate 5 ni bergantang-gantang pun tak guna kalau tak kawal makan".

3 kotak kot aku beli, kak! T_T

Hoh, member-member aku yang teman tu pun dah siap merangka-rangka jadual pemakanan aku. Nasi? Jangan harap. Aku mula buat alasan, weh weh nanti aku pening tak leh study pun diorang tak layan. Peh terbaik. Hah, ni pulak antara sebab-sebab aku berjaya turunkan 9 kg dalam masa sebulan sebab melantak Jus Mate 5 (peh-memang macam jawab final exam pun)

  1. Jus Mate 5 ni aku makan 1 kotak (20 paket) je. 2 kotak lagi aku jual kat kawan-kawan yang berjaya aku teror gila pengaruhi untuk sama-sama kurus (Juna, jangan buat-buat lupa yang dah Juna terpengaruh dengan akak).

  2. Minggu pertama paling hazab sebab minggu kedua bulan Syawal. Apa gila, lepas raya, kuih muih aneka rasa dan warna tersedia, tapi aku tak boleh makan. Tambah kacak lagi, aku pulak diserang gatal-gatal seluruh badan. Makanan berasaskan telur, ayam, seafood, gatal-gatal tu memang tak leh makan, gila. Mee kuning pun hazab. Kalau TERmakan, akan bertukar menjadi monyet kena belacan. Jadi, minggu pertama mentelaah Jus Mate 5, aku turun 3kg sebab CUMA makan meehoon sup sayur semata-mata. Teruja tak teruja tak.

  3. Minggu kedua pulak, trip ke Pulau langkawi dengan lecturer dan kawan sekelas. Makanan memang mantap, tapi dek sebab kegatalan melampau, dan poyo nak diet, tahan reen tahan napsu. Turun 2kg.

  4. Kawan-kawan memang membantu sangat-sangat sampai kalau teringin makan Mekdi atau KFC, akan cakap "Reen, sayang duit. Mahal ko beli Jus Mate 5 tu, rugi kalau tak menjadi". Ye tak ye jugak. Tak cukup dengan tu, ada yang sanggup tak pergi makan sebab kesian kat aku tak boleh makan macam dia makan. Peh terharu, dimana kan ku cari ganti sahabat macam ni, kan.

  5. Kalau lapar dan terbayang nasi ayam tandoori, cepat-cepat telan buah. Muak gila makan buah pear hijau hari-hari.
Dah cukup sekotak aku makan, aku stop sebab bila timbang dah turun 9kg. Ah biar ah, memang aku ni jenis cepat puas hati. Walaupun tak nampak beza sangat (85 kilogeram ke 76 kilogeram), tapi boleh la. Longgar jugak baju-baju aku yang ketat tu kan. Sekarang ni, walaupun tak makan pun JDM5 tu, aku maintain je tak da lah makan Nasi Lemak Ayam + Kerang (pagi), Nasi Campur Aneka lauk (lunch), dengan Nasi Ayam Tandoori (malam). Aku sayang diri aku sekarang ni. Hahaha.

Ah, jangan pulak ingat aku buat entri ni sebab nak promote Jus mate 5 tu, woi! Lagipun, aku rasa fungsi jus ni satu je, melwaskan sistem perkumuhan. Jadi, aku nak cakap balik hape yang kakak jurujual tu cakap, tapi modify sikit:

"Kau telan lah ubat kurus, jus diet ke hape benda tu semua berguni-guni pun, kalau kau tak kawal makan, tak ada gunanya, kawan"

Apa?? Upload gambar sebelum dan selepas? Sorry, der. Aku bukan ejen jurujual Jus Mate 5, lagipun arwah Wan aku pernah cakap, "Tak baik riak"

Sumpah, rasa nak gunting rambut depan Dr. ni
Dengan bow-tie dia sekali

Status : kembali makan nasi seperti biasa

20 komen:

farwalis said...

jadinya rin, adakah berjaya atau tidak? sebab rasa nak gunting tu!

Hazerin said...

chaki : berjaya lah. nak gunting sebab dia sebok psal berat bdan org, imej sendiri entah hape hape

Queen Nadya said...

laaa, akak saya tengok xgemok langsung okayy :)

Anonymous said...

aik!!!!nama sy pun termasuk sekali ya...hehehehe..bagus3 menjadi jgk diet akak kan..sy jer yg tak jd2...
blm insaf lg kot huhuhuhuhu :(

Nazz@Purple said...

berhasil ye..nazz nak cuba..tp stil takot2 lagi..ar..jusmate leh gak tuk kempis kat perut kan..

myQza said...

tahniah!

Hazerin said...

nadya
wuhaiiii...rsa mcm nk terbang je bila awk puji akak x gemok. hahahaha


juna!
belom masanya :)


nazz
try la. kena ada kesungguhan dan will yang TINGGI

Hazerin said...

si TEDI
tenkiuuu

Azuan Shahri said...

Tu petua kalo duk dlm utm..kalo duk kat rumah aka kampung.camane pulak petua nye?

amu mejie said...

slogan hidup dr.rozmey yg tak penah didedahkan...

"biar serabut asal susut" ...

Jard The Great said...

70++kg?? tipu la ko.. ehehe.. apepon.. ko tetap chumel

Fairuz said...

dieorang ni sumer komen tak cukup power. nak jaga hati kau agaknya.

pada aku, sama je gemoknya kau. takde kurusnya pun..haha..

kalau dah tau melantak macam anak singa, kene la rajin bersukan. at least 3 kali ganda apa yang kau makan. tak telan jus tu pun boleh kurus gak.

yang penting, bersukan. joging salah satu. aku pernah berjaya. haha..pernah.

Hazerin said...

azuan
petua kalau kat rumah : makan sebanyak mungkin

amu mijie
ye ke ye ke? mcm tak penah dgr pon

jard
tenkiu jard, dan ye aku berberat bdan 70kg+++

apai
inilah komen drpd orang yg gemok, dan kalau berusaha menguruskan bdan pun, tak pnah mjadi. sian ko, apai. aku simpati.

moment said...

hah? jard kata ko chomel?

err nk kata ko chomel gk la.. hakhak

Hazerin said...

wafa
erk. ikhlas ke tak ni, yang?

Fairuz said...

kau lagi gemok..haha

Faizul said...

status tu hebat.

mrssyediz said...

kak rin, bleh share cemana minum jm5, sehari bape sachet, makan apa pagi, tghari, ptg, mlm? email kat saya ye, deyuda_yeni[at]yahoo[dot]com
tq

Anonymous said...

tipu jer.. aku makan tak turun pun...

Unknown said...

SAYA AMALKAN DAN MMG MENJADI...DRI BERAT SAYA 110KG SKRG HANYA TINGGAL 56KG...SO PADA YG NK JUMPE SAYA MEH DTG KELANA JAYA..SIAP BUKTI SAYA BG...TERIMA KASIH...DAH STOP KATA JM5 PENIPU...