Hari ni.
Aku bangun awal pagi. Bersemangat lain macam. Aku gosok baju, aku mandi dan buat lain-lain perkara yang sepatutnya. Hari ni tak boleh lewat. Hari ni special.
Tepat pukul 8, capai kunci kereta, kunci rumah, beg tangan - aku keluar rumah. Muka senyum, penuh confident.
Macam biasa, hidupkan enjin, kasi panas. Bukak radio.
"Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Walaupun semua bercuti hari ni, saya disini tetap setia menemani anda"
Cuti?
Cuti?
Apa ni?
*termenung*
Ok. Baiklah. Hari ni cuti. Baru tahun ni hari ni cuti. Nasib baik aku tak sampai ofis lagi!!
Pandai jugak Kerajaan Malaysia bergurau dengan aku.
Fakta Hari Malaysia : Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia (sibuk je!) dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan pada 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 komen:
Post a Comment