Sejenak tadi aku lihat
Seorang ibu menjamah sarapan
Bapa memeluk anak dalam gendongan
Satu tangan memegangnya erat manja belai
Satu tangan menyuap nasi si kakaknya pula
Haru pilu, dan aku jadi terganggu
Tuhan
Aku harap bakal suamiku mampu begitu
Mampu memberi bila keadaan meminta
Sanggup tolak ansur
Boleh berlebih atau berkurang
Di saat susah ataupun senang
Andai boleh Kau beri aku lebih masa, Tuhan
Aku mahu lebih bersedia
Untuk jadi rusuk kirinya yang paling hampir sempurna
p/s : 14 hari menanti.
Hazerin
Johor Bahru
20 May 2011
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
1 week ago
6 komen:
menghitung hari ek?
takut tak?
*interview*
tahniah! semoga berbahagia hingga akhir hayat :)
perasaan : belum takot lagi. tak tau la 2-3 hari sbelum majlis :)
selamat tunggu 12hari lagiiiiii. ;)
selamat tunggu 12hari lagiiiiii. ;)
reen, selamat pengantin baru k..
n welcome to the club (ayat standart)
hehe :))
Post a Comment