Geng!

Saturday, May 22

MANA NAK DAPAT? (Khas Untuk Abang Terbaik Di Dunia)

Aku ingat lagi, waktu tu aku gaduh dengan boyfren (incik tunang sekarang). Jarang-jarang gaduh, sekali gaduh haaa hambek kau sampai meletup. Masa tu aku ingat lagi aku lari keluar dari kolej, pukul 9 lebih - malam. Mana nak pergi, aku dah la tak biasa keluar malam tak berteman. Aku angkat phone, aku call abang aku;

"Kau kat mana?"
"KJ la. Kenapa?"

"Nak lepak dengan kau"
"Apesal tetiba ni?"

"Boleh ke tak? Tak boleh aku cari tempat lain"- bajet berani.
"Ha, datang la sekarang, gila. Dah pukul berapa dah ni. Aku tunggu LRT KJ"

Aku naik teksi, beli tiket Putra, terus stesen Kelana Jaya. Abang aku jemput naik kereta member dia, tak tanya banyak, terus bawak aku pergi rumah sewa. Sampai sana, aku lepak luar rumah, atas buaian - banyak gila nyamuk. Member-member dia (aku dah kenal) lalu lalang, senyum je. Lepas tu, walaupun aku tau dia tak berduit sangat, dia bawak aku makan kat kedai mamak area situ dengan kawan-kawan dia. Dia biarkan aje aku layan diri sorang-sorang, dia rancak borak dengan member-member dia. Dem! Padahal hari-hari jumpa, masih nak borak ke? Tak tau ke aku nak ngadu ni.

Nak dekat pukul 1 gitu, baru la dia tanya sepatah, "Kau kenapa?"

Bla! Bla! Bla! Pung pang pung pang aku cerita, boleh dia jawab, "Kau tu yang emosi sangat. Dah - amik phone ni, kol dia suruh ambik kau kat sini". Disebabkan beberapa masalah teknikal, aku tak dapat dijemput. Gila, nak jemput naik apa malam-malam, kan. End-up, aku lepak dengan abang aku sampai pukul 5.30 pagi - padahal esok pagi pukul 9 dia ada test.

(Aku tak tau la dia boleh jawab test ke tidak)

Itu : antara siri cerita yang membuktikan betapa abang aku care dengan aku walaupun diri sendiri pun tunggang langgang.

Kepada : Hairul Izwan a.k.a Turtle

Walaupun kau:
  1. selalu buat perangai luar jangkaan
  2. selalu hilang dari rumah sampai mama cari tak jumpa, lepas tu mama call aku - kau kat Kuantan, aku kat JB kenapa mama cari aku pun aku tak tau
  3. muka toya, meroyan, gila-gila, suara tak sedap tapi over-confident nyanyi lagu Anuar Zain atau Hazami tak bley blah
  4. susah gila nak kejut bangun tidor - lain kali tak payah nak pesan "Tolong kejut aku bangun, esok aku kerja"
  5. selalu sepahkan rumah yang telah dikemas, minum air sampai bergelas-gelas depan TV tapi tak pungut
  6. hilangkan kunci rumah, lepas tu panjat pagar macam pencuri sebab balik lambat
  7. selalu pau duit mama, kadang-kadang duit aku
  8. sengal - tak sedar diri dah tua.
  9. senget
  10. perasan kacak
Tapi aku tau, kau :
  1. best
  2. cool
  3. penyabar
  4. pak lawak
  5. baik hati
  6. akan jaga family kita
  7. akan defend family kita
  8. akan happy kalau kitorang happy
  9. akan ada bila kitaorang perlu
  10. akan sama sedih bila kitorang sedih
Dan yang paling penting sebab aku tau;

KAU, SATU-SATUNYA ABANG AKU
DUNIA AKHIRAT

Aku sayang kau, gila.

Happy 26th birthday, big brother.

Wednesday, May 5

(Part 1) : Pengalaman Ngeri Waktu Praktikal di Sektor Kerajaan

Tarikh : Akhir 2007
Tempat : Pejabat Kerajaan
Tujuan : Latihan Praktikal (10 minggu yang hazab)

Semester dua, tahun ketiga pengajian masa Degree dulu- student macam aku (course aku), diwajibkan pergi Latihan Industri (praktikal). Ingat lagi masa nak isi borang pilih tempat mana nak praktikal, berebut-rebut semua orang nak praktikal kerajaan. Kalau tak dapat, memang tak senang duduk beb. Puncanya satu - kalau praktikal kerajaan, senang dapat A. "Sembilan kredit, kalau dapat B plus, sia-sia je lah pointer kau memang jatuh terok gile punya", benda ni memang menakotkan kalau betol-betol terjadi. Ha, aku pun terbabit sama terpengaruh maka aku pun apply la kat jabatan kerajaan area Kuantan ni je. Dekat dan senang. Lagipun, masa diploma aku dah try private.

Ok. Aku praktikal 4 orang, semua satu kelas. Al-kisah mula-mula praktikal, ketua puak untuk kitorang, sorang pegawai Encik Z namanya. Aku dengan sorang mamat ni diletakkan kat bahagian Admin, dua orang lagi Linda dan Lia, kat bahagian pelan. Peh-seronok gila duduk admin boleh gelak ketawa sebab admin best. Kakak admin tu sempoi gila sporting sampai boleh cakap, "Ala, korang praktikal je, nak buat kerja susah-susah buat apa." Saya setuju sangat lah. :). Sangat. Sangat.

Kadang-kadang aku jengok-jengok jugak apa cerita budak Lia dengan Linda bahagia pelan. Kat bahagian ni, ada tiga orang staff. Adam (baya aku-23 tahun masa tu), Kak Z (30-an) dengan Kak S (50-an : tetap suruh panggil kak, tak mengapalah). Peh-serius gila dorang buat kerja. Kalau aku datang je, belom start bukak mulut, Kak S sound, "Tempat awak kat depan ye, jangan kacau sini". Dan mulut pon melopong sambil dalam kepala otak berpikir, apalah nasib aku kalau aku kena kat sini. Tak lama lepas tu, aku dengan mamat ni pulak kena duduk bahagian pelan. Tolong simpati.

Seperti yang kujangka terjadi (lirik oleh KRU), memang aku tidak digemari oleh Kak S dan berikut adalah punca-punca utamanya (rasa-rasa aku lah):
  1. Dia kata aku sombong sebab mula-mula masuk tak tegor dia. Memang lah silap aku tapi menangis kak nak tegor semua orang. Staff bahagian penilaian pun saya sombong jugak, tak sempat nak beramah mesra lagi masa tu. Baru seminggu dua masuk. Selow-selow lah, saya budak baru belajar. Kang kalau ramah tak bertempat kang, aku dicop gedik pulak. Lagi ngeri doh kalau orang kata aku gedik.

    Sampai pernah Encik Z (ketua puak) lalu kat bahagian pelan, dia cakap gini, "Encik Z, ni budak ni, masuk tempat orang tak bagi salam". Siap point finger kat aku. Mamat yang masuk sekali dengan aku tu pon tak bagi salam jugak. Apesal aku sorang je kena? Ke aku yang nak sangat masuk bahagian pelan ni?

  2. Dia kata aku suka buat bising - lah pulak dah

  3. Dia kata aku - kurang ajar. Sebab - panggil seorang staff (senior aku masa sekolah kot) dengan panggilan nama dan ber'aku-kau' sahaja. Peh-kepada staff tu, "Aku mintak maap bro, kalau kau rasa aku kurang ajar. Tapi aku ingat lagi kau jugak yang pesan kat aku yang kau tak suka aku panggil kau 'abang', kan?"

    Tapi brader ni sempoi gila, doh. Bila aku ngadu je kat dia, dia boleh cakap, "Kau buat bodoh je kat makcik tu. Aku tak kisah pun, yang dia nak kisah pasal pe". Peh- memang harapan nusa bangsa. Sila bagi anugerah staff terbaek kat dia ni. Patut la anak kau nama Johan, bapak dia juara. :)

  4. Sebab aku gemok. Kot. Yang ni aku agak-agak je. Sebab selalu sangat kalau dia nak lalu, dia akan cakap. "Tepi sikit, tak muat nak lalu". Memang makan dalam. Takat Adam cakap aku budak banyak air, aku boleh blah lagi (Tapi yang ni pun aku ingat sampai bila-bila)
Aku yang garang dalam hati ada taman ni memang takot doh bila dia ugut macam ni - "Nanti saya nak report kat Encik Z tentang perangai awak ni". Ya ampun. Peh memang gila lah, nak report. Aku bukan takot hape, tak pasal-pasal aku dapat gred rendah. Matlamat utama praktikal kerajaan, ingat tak? - dapat A, maintain pointer cemerlang. Dengan pantasnya, sebelom dia bertindak, aku dah masuk bilik Encik Z bersama-sama Lia dan Linda sebagai saksi.

Masuk-masuk bilik Encik Z, aku suarakan masalah dengan hasrat nak tukar tempat praktikal teros. Kalau boleh campak lah aku kat jabatan kerajaan yang lain, janji bukan kat situ.

Baru puas hati.

Tapi Encik Z tak benarkan.


To be bersambung.........

Monday, May 3

Aku Turun 9kg Sebab Minum JusMate 5

Dulu, sebelom aku bertunang dengan incik tunang, aku bercita-cita betol mahu kurus. Dalam hati aku, "Cukup-cukuplah berbadan sasa". Ye lah, nak jugak nampak cantik. Ye, NAMPAK cantik, walaupun tak cantik tak apa. Macam-macam agenda pengurusan badan dah aku coba kau coba. Berikut adalah antara senarai aktiviti pengurusan berat badan yang pernah aku cuba, dan sebab-sebab tak menjadi (peh-macam jawab final exam) :

  1. Tak makan nasi - pening beb tak dapat nasi. Lidah melayu kot, kawan.

  2. Makan nasi sikit, ambik sayur banyak - harga makanan sebegini lebih mahal. Student price tak diambil kira

  3. Joging/ Berjalan kaki - mula-mula je semangat, lepas tu penat. Trek joging tu jauh (joging dalam UTM, apa barang)

  4. Tak makan malam - yang ni paling tak boleh blah sebab mengganggu keselesaan waktu tidur malam. Kalau tak lena tidur, aku ngantuk dalam kelas.

  5. Heavy breakfast, skip lunch, light dinner - pun tak menjadi sebab heavy breakfast bermaksud Nasi Lemak Ayam Goreng, Sotong, Kerang, Sambal lebih, tambah teh tarik.

  6. Dan lain-lain lagi
Kesimpulannya, memang tak leh tahan kalau tengok makanan. Tapi terpaksa rela berusaha untuk cantik di hari pertunangan, cehwah poyo disitu. Maka, pada suatu hari selepas dapat duit biasiswa untuk belajar, aku dengan member-member berjalan-jalan area Taman U. Tiba kat satu kedai, banner muka Dr Rozmey tu terpampang. Eh eh tetiba kaki aku masuk kedai yang jual jamu banyak gila tu.

Niat aku sekadar bertanya, ramai ke yang menjadi makan Jus Mate 5 ni? Peh kakak tu punya cerita memang meyakinkan habis, kalau dia tipu pun memang aku percaya lah kiranya. Tak pasal-pasal aku TERguna duit untuk beli Jus Mate 5. TERguna sampai beli 3 kotak sekaligus. Dah siap packing 3 kotak, aku ajak member-member pekena KFC kat lot kedai sebelah. Kakak tu alih-alih bersuara, "Dik, makan Jus Mate 5 ni bergantang-gantang pun tak guna kalau tak kawal makan".

3 kotak kot aku beli, kak! T_T

Hoh, member-member aku yang teman tu pun dah siap merangka-rangka jadual pemakanan aku. Nasi? Jangan harap. Aku mula buat alasan, weh weh nanti aku pening tak leh study pun diorang tak layan. Peh terbaik. Hah, ni pulak antara sebab-sebab aku berjaya turunkan 9 kg dalam masa sebulan sebab melantak Jus Mate 5 (peh-memang macam jawab final exam pun)

  1. Jus Mate 5 ni aku makan 1 kotak (20 paket) je. 2 kotak lagi aku jual kat kawan-kawan yang berjaya aku teror gila pengaruhi untuk sama-sama kurus (Juna, jangan buat-buat lupa yang dah Juna terpengaruh dengan akak).

  2. Minggu pertama paling hazab sebab minggu kedua bulan Syawal. Apa gila, lepas raya, kuih muih aneka rasa dan warna tersedia, tapi aku tak boleh makan. Tambah kacak lagi, aku pulak diserang gatal-gatal seluruh badan. Makanan berasaskan telur, ayam, seafood, gatal-gatal tu memang tak leh makan, gila. Mee kuning pun hazab. Kalau TERmakan, akan bertukar menjadi monyet kena belacan. Jadi, minggu pertama mentelaah Jus Mate 5, aku turun 3kg sebab CUMA makan meehoon sup sayur semata-mata. Teruja tak teruja tak.

  3. Minggu kedua pulak, trip ke Pulau langkawi dengan lecturer dan kawan sekelas. Makanan memang mantap, tapi dek sebab kegatalan melampau, dan poyo nak diet, tahan reen tahan napsu. Turun 2kg.

  4. Kawan-kawan memang membantu sangat-sangat sampai kalau teringin makan Mekdi atau KFC, akan cakap "Reen, sayang duit. Mahal ko beli Jus Mate 5 tu, rugi kalau tak menjadi". Ye tak ye jugak. Tak cukup dengan tu, ada yang sanggup tak pergi makan sebab kesian kat aku tak boleh makan macam dia makan. Peh terharu, dimana kan ku cari ganti sahabat macam ni, kan.

  5. Kalau lapar dan terbayang nasi ayam tandoori, cepat-cepat telan buah. Muak gila makan buah pear hijau hari-hari.
Dah cukup sekotak aku makan, aku stop sebab bila timbang dah turun 9kg. Ah biar ah, memang aku ni jenis cepat puas hati. Walaupun tak nampak beza sangat (85 kilogeram ke 76 kilogeram), tapi boleh la. Longgar jugak baju-baju aku yang ketat tu kan. Sekarang ni, walaupun tak makan pun JDM5 tu, aku maintain je tak da lah makan Nasi Lemak Ayam + Kerang (pagi), Nasi Campur Aneka lauk (lunch), dengan Nasi Ayam Tandoori (malam). Aku sayang diri aku sekarang ni. Hahaha.

Ah, jangan pulak ingat aku buat entri ni sebab nak promote Jus mate 5 tu, woi! Lagipun, aku rasa fungsi jus ni satu je, melwaskan sistem perkumuhan. Jadi, aku nak cakap balik hape yang kakak jurujual tu cakap, tapi modify sikit:

"Kau telan lah ubat kurus, jus diet ke hape benda tu semua berguni-guni pun, kalau kau tak kawal makan, tak ada gunanya, kawan"

Apa?? Upload gambar sebelum dan selepas? Sorry, der. Aku bukan ejen jurujual Jus Mate 5, lagipun arwah Wan aku pernah cakap, "Tak baik riak"

Sumpah, rasa nak gunting rambut depan Dr. ni
Dengan bow-tie dia sekali

Status : kembali makan nasi seperti biasa

Friday, April 30

"Kita Minum-minum Dulu, Dik", kata Brader Tukang Cat Kepada Aku

Lokasi : Johor Bahru (2010)

Pagi tu, aku tolong member. Mau pergi satu syarikat, untuk temuduga kerja. Jarak ke Skudai-JB makan masa dalam 15 minit jugak, so aku pun hantarkan member aku ni. Sampai sana, aku tengok building tu tengah jalankan kerja cat mengecat. Brader tu senyum sama aku. Sebab lama tak bersedekah, aku pun senyum semula.

Member aku naik sorang, aku tunggu kat parking. Dalam kereta. Lebih kurang 50 meter dari tempat brader-brader ni buat kerja mengecat. Sorang brader lalu, tegur "Sorang je dik?". Aku sedekah senyum sebijik lagi.

Mana boleh tahan lama-lama dalam kereta, panas. Aku keluar, duduk kat bendul tepi jalan, layan baca buku. Well, sebagai seorang student yang cemerlang, aku mesti bawa buku kemana-mana aku pergi. Buku bertajuk "Hati yang luka" aku buka pelan-pelan. Aku standby belah kanan aku Teh O Ais bungkus.

Baru nak start layan feeling jiwang, dah ada orang tegur. "Rajinnya dia membaca". Aku senyum. Aku syak, mesti brader ni bajet aku stok melayan. Dia bubuh nyanyi pulak "Bacalah bacalah mari membaca, budaya membaca budaya kita". Aku gelak, tapi muka pandang buku. Tahniah la, bang. Rajin tengok TV ye.

Agaknye, punya la dia tak puas hati sebab aku tak tengok muka dia, brader tu datang dekataku. Gulp.

"Dik", ayat pancing

Aku toleh, "Ye, boleh saya tolong?"

"Jom lah kita pergi minum-minum dulu"

"Takpe, saya dah ada air", sambil angkat Teh O Ais

"Ala, jom la minum air panas-panas sikit. Takut apa. Kawan-kawan je"

Aku geleng

"Ala, jom lah dik. Minum-minum je pon"

Bersungguh betol, kesian pulak aku nengoknya. Aku tutup buku, kesat seluar berbekas pasir. Baru jawab sepotong ayat, brader tu pudar muka. Putih lesi. Dia pun ajak kawan-kawan dia blah, pergi minum air agaknya.

Salah ke kalau aku jawab, "Takpe lah, bang. Saya tunggu suami saya"


Salah ke??

Thursday, April 15

(Gambar) Happy Birthday to Mama, Wanita Besi Keluli Tahan Karat

A father may turn his back on his child, brothers and sisters may become inveterate enemies, husbands may desert their wives, wives their husbands. But a mother's love endures through all

~Washington Irving

15 April setiap tahun
Hari untuk mama


















Tukang bawak jalan


















Tempat cari gaduh dan mengeluh
(muka harus nak nangis manjang)


















Tukang tolong bagi balance hidup anak-anak
(dan balance bot supaya tak senget hahaha)














Bidan terjun. Tukang cakap kat majlis-majlis keramaian dan keraian.
(Sekarang siapa fokus utama? Makde yang tengah sarung cincin atau Mama yang tengah sebok bercakap?)
































Tempat manja (anak sendiri dan anak orang tak kira) dan bercita-cita menjaga bakal cucu sampai gemok. Oh tidak, sangat menakutkan. Tolong tukar cita-cita.














Tukang bela kucing gemok. Gemok. Gemok punya kucing.














Tukang tolong bayar makan sushi


















Tukang masak secara paksa rela (chili crab on the go!!)


















Tukang bawak kereta, juga secara paksa rela.

Aku ini.
Yang bersyukur kerana bertuah
Kerana dibesarkan sendiri oleh dia
Tak ada kurang
Kalau ada, cuma aku yang mengada-ada.


HAPPY BIRTHDAY, BIG MOMMA!