Selain daripada boleh berjangkit ngan anak, selsema jugak meremehkan kerja harian aku. Aku tak pasti aku sebenarnya selsema ke resdung. Tapi selsema lah aku rasa, sebab air hidung meleleh-leleh (iyeeww) dan tak selesa, bersin-bersin.
Semalam aku ada dua kelas. Niat aku memang nak cancel je, sebab aku memang tak tahan. Hidung aku jadi gatal-gatal, muka aku jadi merah, mata jadi buruk. Tapi terpaksa jugak buat kelas sebab dah selalu cancel atas sebab-sebab yang
Kelas pertama, ngaja steady lagi. Sebelum kelas kedua, aku turun bawah amik marker. Jumpa Su, dan diberi ubat selsema selepas tengok keadaan aku macam lembu mati laki. "Ubat ni tak ngantuk", katanya.
Start kelas kedua. Finance. 15 minit aku brokkbrekk brokkbrekk kat depan, satu topik je. "Ok, buat latihan. Soalan 1-4" *dasar malas*. Aku dengar suara budak-budak ni berbincang. Aku tunduk ke bawah meja, nak lap lelehan hingus (iyeeww sekali lagi) yang menjejes keluar. Suara budak-budak ni makin lama makin jauh.
Lama. Aku rasa cukup lama dorang ni buat latihan. Takkan 4 soalan amik masa lama kemain. Padahal baru topik senang, belum masuk calculation yang susah lagi.
Aku angkat kepala. Budak-budak ni dah start packing buku masuk dalam beg.
"Kitorang dah lama siap. Kitorang dah try kejut Puan, tapi Puan tak bangun. Kitorang tunggu je lah"
Aku tido dalam kelas. Depan budak-budak ni? Dennggg!