Geng!

Thursday, December 31

Aku Tutup 2009 Dengan Entri Yang Memalukan Ni.

Tahun baru? Apa tu.
Tak ada makna.

Johor tak cuti.


Sempat jugak aku buat entri penutup tahun duaribu sembilan ni. Umur makin meningkat, walaupun masih muda terasa lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keliling.

Ini kejadian hari Sabtu lepas. Aku dan kawan-kawan berlibur tak ingat dunia. Lepas main pool (2 game), main boling 2 game (menang), karaoke, lepas tu repeat main pool lagi (2 game). Punyalah suka main pool, sampai teros ada niat nak beli meja pool untuk buat hantaran kawin nanti. Gila.

Agak penat, tapi still boleh layan. Pergi Teluk Danga seround, cari beg kuliah dan selipar sepuluh ringgit. Niat hati nak balik kolej, sebab dah pukul 10 tapi meneruskan kerja gila layan midnite pulak. Sherlock Holmes. Midnite.

Tak familiar langsung kat Leisure Mall Pelangi, JB. Sebelum masuk muvie hall, aku bergegas ke tandas dulu. Kebiasaannya macam tu. Tak boleh menahan, aku jalan laju-laju tak toleh kiri kanan dan sebagai gadis pemalu, aku masih jalan menunduk.

Sampai kat muka pintu toilet, ada orang tahan aku. Apa hal? Nak ngorat pun, biar aku setel hajat dulu lah.

"Eh..eh", dia cakap.

Aku angkat muka, teros terpancar muka pelik. Kerut kening, muka bagi garang. Biar dia tau aku tak suka dingorat. Aku ngorat orang takpe.

"Ha, kenapa?", suara aku bagi keras sikit.

Dia pinpoint jari dia kat satu arah.
Aku toleh.



"Erk. Sori-sori".

Angkat tangan, muka manis. Pusing belakang, lari laju-laju, masuk toilet diam-diam, gelak sorang-sorang.

Nasib baik baru masuk separuh.
Kalau masuk teros macamana?

Malu lah ai.

Monday, December 28

Entri Bergambar. Masih Dalam Mood Bertunang. Poyo Kau, Reen.





What friends are for.
Sedih.
Apatah lagi gembira.

Paling cuak ok, jangan kata paling bahagia masa ni.
Sejuk kaki tangan leher hidung semua.
Semua!!

Ini lah masa yang aku cerita entri lepas.
Masa ni lah.
Malu aku sesekor.

Dan dapat cincin, pakat curi strawberi daripada hantaran sendiri.
Buruk siku kau, Reen.

Mama.
Tuan rumah ni.
Nasib baik takde salam keruk.
Kalau tak mesti dah kaya mama aku.

Dia ni lah yang suka-suka conteng muka aku.
Dah lah garang.
Nasib lah aku ni penyabar orangnya.

Bincang lah korang apa yang patut.

Muka je senyum, tapi lapar gila.
Meraban je aku time ni.
Orang ajak ambil gambo pun dah buat alasan sakit perut.




Lastly.
I'm enganged!

Scary.

Tuesday, December 22

Jadi Diri Sendiri? Boleh, Tapi Tolong! Jangan Sampai Orang Benci.

Sessi borak-borak malam semalam dengan teman sebilik, buat aku mau tulis pasal ini.
"Jadi diri sendiri".

Baik, it's a good things i should admit, bila kau jadi diri sendiri. Kau rasa kau jujur, yakin diri, tak hipokrit, bla bla bla bila kau rasa kau menjalankan kehidupan kau dengan menjadi diri sendiri. Aku faham apa yang kau nak tunjukkan disini. Kau boleh bangga lah kalau kau tak hipokrit.

Aku pun mengaku aku ni hampeh.
Cakap lepas.

Let's see. Macam ni lah pendapat aku. Kita boleh jadi diri sendiri, tapi sila agak-agak sikit supaya perangai menjadi diri sendiri kau tu tak mendatangkan perasaan menyampah daripada orang lain. Get it? Ini peringatan untuk diri sendiri jugak lah.

Situasinya macam ni lah. Kau jadi diri sendiri, kau buat kerja kau, tak pedulikan orang lain, tak kisah tak ada kawan. Fine! Hebatnya kau sebab kau fokus. Orang tegur, bagi salam pun kau buat tak tahu. Bagus sangat. Konon fokus. Tapi bila kau dalam susah, kau nak pertolongan, kau mintak tolong orang lain like nobody's business. Mula terhegeh-hegeh cari kawan. Bila perangai kau macam tu, orang lain kata kau poyo, selfish sengsorang. Kau rasa? Best?? Seronok sangat ke jadi diri sendiri?

Ataupun, situasi yang lain macam ni. Kau kasar, kau suka cakap lepas. Dengan sorang ni, kau selalu marah-marah, macam semua benda tak kena. Bila budak yang kau selalu marah ni tanya kenapa selalu marah dia, kau akan jawab, "Aku memang macam ni, aku kasar, kau kena terima lah". Ok, make sense lah. Tapi bila kau dengan orang lain, kau jadi macam pak turut, lembu cucuk hidung, kenapa pulak?

Hipokrit memang tak bagus. Tapi hipokrasi itu kadang-kadang membawa kesejahteraan. Contohnya macam kau tak suka dia, kau tak payah lah tunjuk sangat depan dia yang kau tak suka dia. Boleh bawak gaduh, pecah belah silaturrahim, itu kau suka?

Tidak-tidakpun, kalau kau taknak digelar hipokrit, kau gunalah perkataan diplomasi. Kiranya macam, kau nak orang jaga hati kau sangat, kau ada ke jaga hati orang. Selalu-selalu lah tanya diri sendiri. "U want respect, u should give respect to people also". Kira macam tu.

Ok. Kalau kau rasa kau bagus, kau bagus lah sorang-sorang. Kau tak payah nak tunjuk sangat kat semua orang yang kau bagus. Pada aku, kau bagus kalau orang lain kata kau bagus. Macam tu.

Aku malas nak cakap lebih, nanti ada pulak yang sound aku, "Ala, Reen. Macam kau bagus sangat nak nasihat orang".


Haru pulak.

Friday, December 18

Gelabah di Hari Aku Bertunang

Aku sudah bertunang.
Sudah selesai semuanya.

Pada hari-hari sebelumnya, aku relaks-relaks aje. Aku kemas-kemas, aku buat tak tau aje. Sampai member best yang tolong watkan hantaran, QayQay asyik duk tanya aku, "Hazerin, ko tak takut ke nak bertunang ni?". Aku cakap, "Tak, biasa jek".


Buat biasa. Tak macho lah kalau gelabah.

Pada pagi hari bertunang tu, aku pegi rumah sebelah, tolong la apa yang patut. Habis, ingat aku raja sehari, goyang kaki je. Mana boleh. Tak wanita lah kalau tak menolong di dapur. Ye tak? Makngah aku dah mula bising, "Awak tak siap-saip lagi. Dah pukul berapa ni?". Aku kilas jam kat handphone, "Relaks lah Ngah, baru pukul 9. Rombongan pun belom sampai. Kalau angah takot sangat, Angah jek lah yang pergi siap-siap untuk Er. Boleh?"

"Budak ini"

Jiran-jiran aku pun dah mula nak backing Makngah aku sebab aku tak siap-siap lagi.

"Ha'ah ye. Kak Nurul ni relaks je Makcik tengok"

"Hehehe...relaks la makcik. Bukan nikah pun. Tunang je", habis tenang dah aku jawab.

Buat-buat mengalah, aku kembali masuk dalam rumah. Mak andam pun dah start terhegeh-hegeh bawak bekas mekap, nak tenyeh muka aku ni. Masa mekap, aku suh buat soft mekap pun, dia buat bodoh jek.

*Bengang

Siap mekap-mekap semua. Aku dikelilingi sahabat-sahabat.

*Terharu.

Aku mula duduk tak senang. Si belah lelaki call, kata sudah mau sampai. Selamba je gelabah datang menjenguk aku masa tu. "Reen, cuba la ko duduk diam-diam".


"Aku cuak ni"

Lepas tu, Jihan ibarat memulang paku buah keras "Ala, rileks la yang. Baru bertunang. Belom nikah lagi". Entah macamna dia tahu aku guna ayat tu kat makcik jiran pun aku heran jugak. Padahal dia baru sampai. Aku syak, dia pakat lah dengan makcik jiran tu.


Kat luar, dah bincang-bincang dua keluarga.


"Pihak perempuan diminta keluar, untuk disarungkan cincin"

Gelabah ayam. Dekat 5 minit jugak lah aku main tolak tarik dengan Jihan. Aku tarik, dia tolak, aku tarik, dia tolak. Macam tuh lah 5 minit. Orang luar dah tunggu. Last-last, mama aku yang masuk, tarik aku keluar. Sejuk tangan tak payah cakap. Hilang macho.


Aku keluar.
Semua pandang.
Aku sengih. Paling buruk aku rasa.
Dem!


Saat sarung cincin, aku dah lupa tatasusila Melayu. Lupa nak salam dulu. Apa punya gelabah? Tadi rileks bukan main. Aku agak, kalau makcik jiran tau, mesti dia gelak kat aku. Tapi dia tak tau kot, masa tu aku rasa dia tengah sibuk angkat lauk-pauk nak bagi orang makan. Heh!


Tapi, lepas sarung cincin, aku coverline semula. Aku cium tangan bakalmakmertua. "Alamak, terlekat lipstick pulak", aku cakap, gelabah, cuak, kuat pulak tu. Aku dah tonyoh-tonyoh tangan bakalmakmertua aku, bagi bersih dari lipstick. Orang keliling dah gelak-gelak. "Takpa, takpa, biaq pi lah dia nak melekat", bakalmakmertua tolong cover untuk bakalmenantu.



*Wink wink
Best gila dapat member cover line baru.

Wednesday, December 9

Cara Mendidik Anak?

Masa aku belajar dulu (macam la sekarang bekerja), Dr. H pernah katakan kepada kami yang ibu bapa adalah contoh terbaik kepada anak-anak.



Diberinya situasi.
Bapa menghadap televisyen, dan berkata kepada anak "Pergi baca buku". Anak mesti tertanya-tanya, kenapa si bapa boleh menonton televisyen sedangkan dia perlu membaca buku. Sepatutnya bapak perlu bersekali dengan anak membaca, barulah anak akan mengikut kata.


Terfikir.


Macam jugak bapak suruh anak pergi solat, padahal si bapak tidak bersolat.


Nak jadik role model bukannya senang.


Aku pun pelik kenapa artisartis boleh mengaku diorang tu role model kepada masyarakat.
Macam hampeh!

Wednesday, December 2

(Episod 1) Hal-hal Pertunangan Aku.

Klik sini.







Aku?
Punya la penat.
Nak menaip pun malas.



Thanks, Qay sebab tolong taip untuk aku.
Hahaha.

Saturday, November 28

Sapa Lagi Nak Jual Blook? Meh Aku Beli.


Firol
sudah (dapat free).


Jamil Hapacrita sudah.


Fynnjamal pun sudah (tiga sekaligus).


Ada siapa-siapa lagi nak jual blook? Meh bagitau aku meh.
Biar aku beli.
Banyak sangat duit dalam bank ni.
Tak tau nak beli hape.




Hahahaha.


Yang benar,
Budak 'sekolah' yang bercuti dengan penuh kebosanan.

Monday, November 23

Update Lembap. Sambungan Interview Pertama.

Bulan ni prestasi update burok bangat.
Aduhai.
Baru satu entri untuk sebulan.
Parah.
Busy.
Assignment.
Mama masuk hospital.
Serabut.
Sekarang dah tenang. Sikit.



Mari sambung cerita interview pertama.

  1. Dah tertinggal pulak pendrive kat bilik, kol rumet mintak kunci kereta, pinjam kereta dia gi balik kolej. Pekerjaan la kalau aku nak jalan kaki macam selalu aku buat, kan. Sebelum tu, bajet-bajet nak ambil berkat lecturer untuk interview. Pergi ke bilik Dr. M. Bagi salam, disuruh masuk, dan aku senyum.

    "Ha. Nak interview hari ni, kan?", Dr. M mula bicara.
    "Ha'ah. Bapak cuaknya Dr. My first ever nih.."
    "Alaaa. Rilek-rilek sudah, jangan gelabah."

    Borak sepatah dua kata.

    "Ni pendrive plak tinggal kat bilik. Nak gi amik la ni"
    "Pergi la cepat, kang lewat pulak interview"
    "Saya pergi dulu, Dr. Doakan la ye"
    "Ha. Ye la, elok-elok jalan. Jangan tersungkur sudah"

    Sabor je la aku. Hahaha. Dr. M yang baru aku kenali, sangat sporting. Muda. Oh, beliau salah sorang panel interview aku. Anak-anak Dr. M comel, ok. Sumpah. Buktinya di bawah ini.

    Kalau la aku boleh pinjam anak Dr. M ni, kan best.


  2. Sampai kolej, aku naik ke atas. Tingkat 3 menaiki tangga (kurusnya tidak jugak). Sudah amik pendrive, sampai kat kereta. Tangan rasa macam kosong. Dompet pulak tertinggal kat atas. Naik kembali, dengan sumpah seranah. Plis! Penat ok. Kembali ke kereta.


  3. Drive dengan tenang, ke tempat parking yang tadi. Tanggal selipar jepun, sarung trus kasut bertutup. Separuh jalan ke fakulti, cek tangan. Pendrive mana? Dalam kereta. Ok, jalan kembali ke kereta. Masih sabar dalam kesukaran memakai kasut bertutup tu. Amik pendrive. Jalan kembali ke fakulti.


  4. Separuh jalan, hampir tersungkur, jalan licin. MasyaAllah, Dr. M pesan bukannya sia-sia. Tengok kiri kanan, takde orang kalau tidak, malu aku dibuatnya. Berdiri tegak kembali, jalan dengan slow n steady. Benci ah pakai kasut. Pakai selipar jepun tak boleh ke? Dorang bukan nengok kaki aku pun.


  5. Sampai fakulti, masuk pejabat jalan dengan tenang. Malas nak kusut-kusut. Petangnya aku ada exam pulak. So, biarkan aje. Siap aku makan-makan breakfast yang disediakan. Candidate lain tak nak makan. Sebab? Tak faham aku. Makan tetap on, lah! Oh, ada 3 orang yang ditemuduga untuk jawatan itu di Jabatan Pengurusan Harta termasuk aku. Ketiga-tiga kami fresh graduate. Tapi yang lagi2 tu, tengah bekerja. Aku ni je yang terkontang-kanting tak ret-reti habis belajar. One good advantage for them, kan? Sambil menunggu tu, aku borak-borak la dengan diorang. Bagi jiwa tak kacau.


  6. Panel-panel yang akan meng'interview' lalu. Menegur ditegur. Kesemuanya lecturer aku. Sorang candidate tu kata, "Awak ada advantage la, panel semua kenal dengan awak". Aku balas senang je, "Advantage hapenye, mencuakkan aku lagi ada. They might put high expectation on me. Harapan tipis la nampaknya. Preparation zero. Petang ni nak exam." Dan aku orang kedua yang diinterveiw. Masuk muka manis tahap boleh diabetes, present apa patut, jawab mana boleh, aku keluar.

    Lega.
    Muka lega.
    Hati tenang.
    Jawapan ntah hapa-hapa.


    Soalan interview dan jawapan aku. Ada la dalam 20 soalan semua skali. Aku senaraikan 10 aje la. Yang lain aku ingat-ingat lupa.

    1. Describe yourself = Bla..bla..bla.. Paling tak boleh blah, aku cakap, "I'm proud to say that I'm a product of UTM". Aku pon tatau la kenapa aku jawab gitu. Yang pasti, jawapan ni, menjerat aku ke soalan-soalan yang lain. Ces!~

    2. Recently, in Bajet 2010, do u take note on what PM have present related to real estate? = Sorry, i did not.

    3. Why UTM? = Because UTM is my centre of excellent. Mana aku dapat ayat ni pun, aku tatau. Hahahaha.

    4. Why do u want to be a teacher instead of anthing else? = Knowledge is about sharing..bla bla bla! Apa aku merepek ntah.

    5. What subject do u love the most = All management subject, and some valuation subject. Walaupunnnn matematik kebencianku. Walaupunnnn...

    6. Have you ever heard about Manual Aset Negara = No, i have not. Burok laku betul aku ni. Tadi ngaku suka management. Ntah hape-hape.

    7. List me some academic journals that u are familiar to = Bla! Bla! Bla! Brapa jek aku senaraikan, pastu lupa nak senaraikan journal keluaran dari Fakulti tu. Sampai Dr. S tanya,

      "Have u heard about MAJORE?"
      "Yes, i did"
      "So, what is your opinion on MAJORE?"
      "Sorry, saya tak pernah bukak MAJORE"
      "So, you should start reviewing MAJORE"
      "Ok", dengan rasa bersalah yang amat.

    8. Since you are a product of UTM (kan aku dh ckp, menjerat) and you are so familiar with this faculty, can u give me the weakness of the staff of this faculty? = *Blur*

    9. Give me one good reason why we should take you. What is your kelebihan to compare to us here? = *Blur*. Nak suh aku compare dengan diorang yang superb hebat yang dah ada Prof Madya, prof dan Dr. di depan nama? Mau tak blur. Aku jawab "I can be more friendly to students". Pastu diorang bantai gelak.

    10. If we were to send you to study PhD abroad, are you willing to? = Soalan yang aku nanti-nantikan la. Soalan ni paling confident aku jawab begini "I looooooveee to. Please send me". Hahahaha. Diorang bantai gelak lagi.



    Ok. Itu aje la pengalaman interview pertama aku.
    Peluang???
    50-50
    Kalau dapat, Alhamdulillah.


Wednesday, November 4

Pengalaman Interview Saya. Ye. Saya.

Sempena interview pertama.
Banyak nya dugaan Ya Allah.

  1. Mula-mula dapat tahu aku layak untuk ditemuduga tu, aku kat bilik research, duk syok buat assignment yang tertunda. Alih-alih datang supervisor PSM aku yang dulu, encik-tinggi-kurus. Dihulurnya aku surat. "Apa ni, Encik B?", aku buat muka curious sangat-sangat nak tahu la konon. "Surat interview, nama awak naik". "Hah? Bila ni?", muka jadi putih, agak-agak kalau dihirishiris ni, darah pun segan nak keluar. "Eh, Encik. Saya ada exam time ni". Haih, mampos. Encik tinggi-kurus suruh aku ikot dia ke pejabat, bincang katanya. "Ini peluang awak. Dalam batch awak, awak sorang je yang lepas. Sekarang, awak buat pilihan. Nak pegi exam ke pergi interview ni". Tung-tang-tung-tang diskus punya diskus, aku rasa aku boleh tunda exam ke waktu petang. 4 November 2009. Exam, interview. On the same date. Cuak. Assignment yang tadinya bersemangat nak buat, sampai sudah tertunda.


  2. Aku rileks lagi. Interview tu require aku untuk bagi speech, based on topik yang disediakan. Ala, enteng, kata hati aku. Aku fokus dulu exam pertama. Habis je exam kedua, aku pasang hajat nak sediakan material untuk interview. Member ajak tengok wayang pun pandang sebelah mata. Padahal, sebelum ni pantang diajak.

    Padahal tak siap pun material nya. Ceh! Kalau aku tau, baik pegi layan movie.


  3. Lagi dua hari nak interview, aku rileks lagi. Study lebih penting, exam lebih penting. Fokus. Fokus hapa jadahnya, asal nak study, asal nak bukak nota, ingat interview. Asal ingat interview, aku mula rasa loya-loya nak muntah macam tanda orang nak mengandung. Haish. Tak boleh jadi. Dalam pada tu, nota-nota exam aku review jugak sikit-sikit. Sikit aja lah. Apa pasal sikit pun, aku tak tau.


  4. Malam nak interview. Baru la aku terhegeh-hegeh mak limah nak sediakan slides untuk presentation. Hoho. Time tu la pressure gila pulak. Mana nak study for exam, mana nak interview. Siapkan slide ala-kadar, rasa lega sikit. Baru la boleh fokus on study.


  5. Hari interview. Mekap? Rumet yang suruh, kalau tidak mati kering la aku taknak mekap. Pakai kasut tutup la, apa la. Hish, rimas. Aku siap awal, interview jam 1030, pukul 900 aku dah tercangak di fakulti. Bawak laptop berat zaman firaun ni, aku naik ke bilik research. Kasut dalam kotak, aku pegang dengan tangan. Pakai selipar je dulu, nak masuk blik interview, baru sarong kasut. Betapa la keserabutan melanda aku. Dah sampai bilik research, semangat sakan aku nak praktis, pendrive tinggal kat bilik. Dem!


bersambung...
=P

Thursday, October 29

Cerita Pantun Aki.

Semalam petang, masa aku bertungkus lumus salin nota, telefon atas meja berbunyi. Aku toleh sikit, tengok nama si pemanggil. Agak-agak sapa-sapa yang tak penting call, aku berniat untuk malas nak angkat.

Aki. Aku mula-mula buat tak tau. Eh, Aki??? Aku angkat cepatcepat. Apahal ni?

"Hello, Aki cakap ni", Aki start keluar suara ala-ala manja-ngada-ngada pulak. Hahaha

"Ye, Aki. Napa eh?"

"Aki masak bubur betik petang tadi. Aki makan bertiga dengan adik-adik kembar ni."

"Ok, lepas tu?"

"Makan bubur petang-petang sedapkan. Dapatlah idea nak buat pantun. Tapi komeh* puas mikir tak dapat wehh nak ngabihkan pantun keh* ni. Aok* tolong la sikit yeh"

"Ha. Pulak dah. Ok, apa pembayangnya"

"Dengor yeh.. Petang ini petang rabu, bubur betik warnanya merah. Aki puas mikir, lama-lama. Aok tolong sambung sikit pantun Aki ni"

Haihhh..haru.

"Em, Aki. Idea tak datang lagi. Nanti Er telefon balik la ye."

"Yeaahhh. Aok pun tak reti juga yeh. Blaja unibersiti tu..", Aki balas sedas sambil gelak-gelak. Konfem ada niat nak ngutuk aku. Cet. Mana boleh ngaku kalah, cicit pahlawan Melayu Pahang ni.

5 minit pikir, dapat.

Aku sms Aki, serangan balas.

Tak dibalas balik.

Tak puas hati, aku call Aki.

"Amacam Aki? Gempak tak?"

"Boleh laaaa.."

"Hahaha. Aki jangan la buat ayat pasrah macam tu. Ada ala-ala nak insaf tak pantun Er tu Aki?"

"Insafffffff.."

"Lain kali nak kutuk lagi tak?"

"Tengok dulu la macamana"

Cehh. Tak nak kalah.


Petang ini petang rabu,
Bubur betik warnanya merah,
Ingatlah Allah, Tuhan yang satu,
KepadaNya jua kita berserah.

Muka pasrah Aki.
Aku dapat bayangkan.
Hahahaha.


Please la, Aki. Budak sekolah pun leh buat.
Peace!


Glosari bahasa (Pahang)
Komeh = Kitorang, kami
Keh = Saya
Aok = Awak

Saturday, October 24

Aku Tau Aku Lemah Tanpa Kawan-kawan

Ya Allah. Aku nak exam tak lama lagi, tapi sekarang aku sangat lemah.


Aku lemah tanpa semangat daripada sahabat aku yang dulu. Yang sama-sama berada disini, di tempat ilmu ini satu detik dulu. Semua mereka ada haluan sendiri, dan aku bahagia kerana itu.

Rindu sangat-sangat ni la yang buat aku makin lemah. Aku biasa study sama-sama mereka, cara revision dan study yang sambil gelak-gelak dan main-main, tapi berisi. Study sambil borak-borak ilmu dan baring-baring. Kalau aku sedang lepak-lepak dan malas study, datang sorang dan kata, "Fuyoo..dah habis study. Rilek nampak. Takot aku". Hei, mana boleh jadi kena perli macam ni. Terus menerus je aku bangun semangat menghadap nota periksa. Nampak main-main kan waktu itu? Tapi kami telah lepas satu fasa berjaya dengan cara itu. Mereka telah sama-sama berjaya dengan aku.

Oh, sumpah aku rindu.

Tapi sekarang, dengan cara apa aku nak study ni? Yang dengan duduk sorang-sorang dalam bilik. Yang dengan menghadap assignment di waktu exam makin menghimpit? Yang dengan aku study sendiri, tanpa motivasi daripada mereka untuk aku study? Ini takkan boleh buat aku sukses, faham tak? Aku makin stress kalau terus macam ni.

Ya Tuhan yang Maha Penyayang,
Kirimkan aku sahabat-sahabat aku yang dulu,
Yang lebih membahagiakan daripada menyakitkan,
Yang menenangkan ketika aku sedang sakit dengan hidup,
Yang menghiburkan dengan lawak-lawak kurang pandai,
Yang makan dan bercakap dalam waktu yang sama,
Yang boleh disakat tanpa rasa sakit hati.


Rindu.
Dah aku katakan, sahabat adalah nadi aku.
Semangat.



Yang lain,
Doakan aku lebih kuat.
Untuk exam yang menyesakkan otak ni.


Thanks.
=)

Sunday, October 18

(Sajak). Cinta Itu Apa?

Ini dapat ilham.
Daripada pengalaman seorang kawan.
Sedang sengsara kerana cinta.
Lalu aku nukilkan untuk dia.
Khas.
Tak bagus pun tapi ikhlas untuk dia.


Cinta itu pengorbanan apa ha?
Kalau kau mau aku korbankan hati
Aku sudah sampai parah
Kalau kau mau aku korbankan jiwa
Aku serah sampai lemah
Jangan kata masa
Pun sudah aku bagi
Jadi mau apa lagi?
Aku sanggup beri
Asal kau tak minta bukan-bukan
Bukan-bukan yang dilaknat Tuhan.


Jadi pengorbanan ini apa balasannya?
Janji setia?
Hidup bersama?


Kadang-kadang aku pun sudah berasa penat
Untuk tunggu apa yang aku takkan dapat.



Kakak sayang kamu, Dik.
Cukup lah bersedih.

Tuesday, October 13

"Orang Lain Pun Bayar Tiket Bas"

Dua hari lepas, aku pulang ke Kuantan untuk selesaikan hal-hal berkaitan pinjaman Yayasan Pahang. Seperti biasa, pelajar macam aku lebih cenderung balik kampung menaiki bas. Malah, selalunya, aku naik bas malam dengan muka peramah habis. Naik tangga bas, aku mesti senyum pada pakcik pemandu bas.

"Bawa bas elok-elok ya, pakcik".

Aku jalan kearah tempat duduk aku, dan sebelum duduk dalam kesamaran aku nampak ada seorang lelaki duduk di belakang. Aku senyum sikit, alih-alih dia paling muka dia ke arah tingkap. "Boleh tahan sombong. Macam lah kacak sangat", aku cakap dalam hati.


Sepanjang jalan, aku tidak pula tidur sepertimana kebiasaan. Mungkin sebab aku lupa nak telan ubat tidur sebelum naik bas agaknya. Lagi satu mungkin sebab lelaki sombong dibelakang aku. Kaki tak boleh duduk diam, asyik nak tendang-tendang kerusi empuk aku. Nak aku tegur nanti, tak manis pula.


Dalam pada itu, telefon dia berbunyi-bunyi. Cakap sudah la kuat bukan main, sampaikan boleh dengar satu bas. Lagi pula, bahasakan diri dia 'abang' dan si pemanggil 'adik'. Boleh tahan geli. Daripada perbualan dia, aku agak-agak si 'adik' nak perkenalkan 'abang' dengan seorang gadis. Si 'abang' mula-mula menolak, segan dan malu-malu. Keluar pula ayat standard, 'Abang tak hensem. Nanti dia tak mahu pada abang'. Lepas sessi merendah diri si 'abang', dia habiskan perbualan dengan ayat "Adik hantar gambar budak itu untuk abang".

Perbualan tamat. Lega sikit, sebab kurang bising. Dalam 10 minit berlalu, bilamana aku mula nak lelap sikit-sikit, dia bersuara lagi.


"Wah, adik. Comel lah budaknya, dik. Boleh..boleh. Bagi abang nombor telefon dia". Dia sambung sembang lagi, boleh tahan lama. Daripada masuk Tol Yong Peng sampai ke Bandar Segamat. Dia borak, dia gelak. Dia borak kuat-kuat, dia gelak kuat-kuat.


"Ok la, adik. Abang sampai Segamat dah. Nanti kita sambung borak".


Sampai stesen bas Segamat, lelaki berkenaan ambil beg dia. Baru melangkah dua tiga tapak dari tempat duduk dia, orang sebelah aku tahan dia.


"Bang, lain kali kalau naik bas, cakap telefon agak-agak sikit ya. Orang lain pun bayar tiket bas juga"

Terbaik.

Dia turun bas pun dah nak terlanggar orang lain. Jalan pun senget-senget sebab kena ceramah dengan budak Darjah 6.

Sunday, October 4

Keluarga Tak Sempurna



Ini keluarga aku

Aku ada Aki dan arwah Wan yang cukup menyayangi
Aku ada Mama yang penuh cinta, kasih sayang dan tak dijangka *sengih
Aku ada Abang yang gila dan tenggelam timbul
Aku ada Adik Kembar yang pandai, tapi kuat makan dan chubby-chubby


Aku ada Maklong yang hampeh, tak berperasaan tapi mengingati
Aku ada Makngah yang keras hatinya, tapi
Aku ada Makde yang cun, sporting, anggun tapi garang
Aku ada (tapi sudah tiada), arwah Ateh yang hensem, tapi mengelirukan wataknya

Dan.
Aku ada sepupu-sepupu yang bermacam ragam dan perangai


Dimana ayah?
Aku ada dua ayah, seorang disini, seorang disana.
Dua-dua sama sahaja, ada tempat dihati aku juga.


Keluarga aku mudah, dan tidak sempurna tapi paling menenangkan.


InsyaAllah, akan aku dapat sebuah keluarga sempurna dan lebih besar bila nanti dua keluarga bersatu.

Tunggu, nanti aku beritahu.




Monday, September 28

"Kau Belajar Tinggi-tinggi Pun, Ke Dapur Jugak Perginya"

Kenapa aku masih disini?


Sebelum aku meng'gamble'kan diri sambil menjerat leher kembali semula ke UTM, aku selidik-selidik semula dan aku seringkali tanya pada diri aku, "Tak muak ke aku belajar 6 tahun sejak habis SPM, dan aku masih ada hati sambung untuk beberapa tahun?". Dulu, kalau anak gadis menyatakan hasrat belajar universiti, sang bapa atau ibu mesti keluar ayat "Kau belajar tinggi-tinggi pun, ke dapur jugak perginya". Paling tidak, "Kau belajar tinggi-tinggi, dah kahwin nanti dibawak laki jugak". Aku cukup la berangin satu badan kalau orang bagi dua ayat ni kat aku. Dan biasa nya sedas dua aku akan balas seperti ayat dibawah:

"Nak beli mekap, takkan nak mintak duit laki"
(Walaupun tak pakai mekap)

Takpun,
"Esok-esok kalau laki aku mati eksiden, aku nak survive macamana kalau takde education?"

Paling tidakpun, aku bagi ayat penyedap,
"Belajar tinggi mak mertua sayang oooo.. Sebab nanti cucu dia pandai"

Oh,ya. Aku memang suka menjawab.

Tapi, kadang-kadang aku tewas jugak dengan kata hati dan keadaan sekeliling. Tengok kawan-kawan yang semakin membina empayar kerjaya sendiri, aku rasa aku ketinggalan di belakang. Mau join diorang lepak-lepak pun aku jadik segan. Mau juga setahun dari sekarang, bila aku baru amik scroll Masters di atas pentas, dan baru merangkak-rangkak membina kerjaya aku sendiri, kawan-kawan aku sudah mampu bangga dengan duit gaji besar dan kereta sendiri. Aku? Pinjam kereta mama lagi? Ahhh..malu nya kalau difikirkan.


Tengok sahabat-sahabat dah kerja, datang rasa menyesal la pulak sambung belajar, aku pun rasa macam nak kerja. Nak ada duit sendiri. Mula la bosan nak study, ada je alasan, susah la, banyak assignment la. Sekali-sekala ada jugak aku usha-usha line kerja kosong kat tenet. Tapi tak pernah mencuba sebab aku fikir diorang ni gebang je lebih, buat iklan kosong banyak-banyak, padahal dah ada calon yang pakai kabel suka-suka hati mak bapak diorang je.


Apa yang aku nak sebenarnya pun, aku tak tau.

Kerja?
Study je sampai habis?
Ntah.


Mungkin manusia seperti aku tak pernah puas hati dengan sesuatu. Berfikir kembali, lama-lama. Ahhh..mungkin ada la rezeki yang lebih baik untuk aku di masa akan datang, insyaAllah.

Ni je la buku aku, bekalan untuk Masters
Tak pasal-pasal blook si Firol pun masuk senarai buku ilmiah aku (Rujuk warna kuning)

First attempt.
Penenang hati penyejuk jiwa.
Alhamdulillah

Sunday, September 27

Republik Cinta di Teluk Chempedak

Tempat: Teluk Chempedak, Kuantan. (Bandar Plama ----> apa yang palma pun aku kurang pasti)
Tarikh: 22 September 2009 (4 Syawal)



Ini Adelina a.k.a baby G.
Always will be my favourite cousin.
Umur dirahsiakan.


(Dari kiri) Adik, G, Kakak, Mat, Ain.


Sessi mencari ketam bermula.
Ranap la ekologi pantai kalau dengan budak-budak ni.
Aku tak campur.
Aku memerhati dari jauh je. Hahahhaa.
Pemalas.

Si lelaki, Iqbal (Sepupu No.2)
Kalau tengok gaya dia tertonggeng-tonggeng layan budak-budak cari ketam
Hilang terus karisma ko kerja Petronas, Bal
Hilang muka ganas
Hahaha

Sessi memujuk budak ni.
Ain, anak sulong arwah Ateh aku.
Sentap sebab takde sapa nak layan dia kutip ketam kat celah batu.
Aku? Mana muat nak masuk celah batu.
Sangkut pulak kang.
T_T

Aiman Haikal a.k.a Cik Mat.
Cousin terkecik, anak kedua arwah Ateh aku.
Rambut tak bleh belah nak remos tiap-tiap kali mandi.
Aku pulak nak kena buat untuk dia.

Cakap dah la gagap-gagap, aku pun dah jangkit gagap dia.
Tiap kali kena sakat dengan aku, dia sound
"Tak baik buat macam tu, Mat ni anak yatim"
Sabo je la aku, usik sikit pun tak boleh.

Masing-masing buat muka bangga
Sebab dapat seksa ketam, masuk dalam botol.
2 bijik botol mineral tu penuh dengan ketam.
Berapa kali aku suh balik pun, buat tak tau je.
(Subhanallah, view cantik)

Republik cucu-cucu Aki yang degil.
Di Teluk Chempedak.
Balik rumah, ketam-ketam tu semua mati.
Sapa nak jawab??

Tuesday, September 22

Stail Raya Budak Hingusan.

Tengah potong kek pisang, aku dengar budak bagi salam.
Tapi kat rumah depan.
"Eh, tak lalu sini pun dak-dak ni", aku wonder jugak.


"Assalamualaikum. Kami nak raya"'

Dua tiga kali jugak la budak-budak tu bagi salam. Tuan rumah depan bukak pintu. Budak-budak tu tak masuk pun. Lepak atas tangga. Tuan rumah depan suruh masuk, makan kuih.


"Taknak makan. Nak duit raya je"



Kurang asam punya budak.
Masa aku kecik-kecik dulu, aku takde buat kerja kurang ajar macam tu.




Aku usha budak-budak tu. Aik..macam kenal.

Oooo....budak-budak ni la yang kena halau dengan abang aku tahun lepas.
Sebab buat benda yang sama kat umah Aki aku.




Patut la tak berani bagi salam kat rumah ni.

Wednesday, September 16

Salam Aidilfitri Dari Si Pembuat Dosa





Maaf atas segala khilaf
Ampun kerana selalu silap.
(Rasa-rasanya tahun depan ulang lagi buat jahat)
Apa-apapun dosa-dosa yang pending ni, harap di 0-0 kan.



Salam Aidilfitri, kawan-kawan.



Status:
Bersiaran langsung dari McD Stesen Larkin.
Balik kampung.. Oh..oh...oh balik kampung.




Bercuti mid-sem untuk seminggu.
Tapi beban assignment berlambak-lambak.
Baik tak payah cuti la UTM!



Friday, September 11

Dasar Pemalas!!

Ramadhan kian berlalu, tapi aku tak pernah menulis tentang Ramadhan kali ini.

Bukan tak mau menulis, tapi apa yang mau ditulis?



Sudah 4 tahun aku berpuasa di Skudai ni. Ini masuk tahun keempat. Walaupun Johor amik cuti 1st Ramadhan pun, aku tak balik ke Kuantan. Sebab? Sebab aku tak boleh naik bas ketika berpuasa. Pening. Kalau pening, tak selesa. Perjalanan membebankan dari Skudai ke Kuantan (6 jam), dalam keadaan tak selesa? Mungkin tidak. Sambut Ramadhan disini aja pun boleh.


Aku mau rangkumkan aktiviti sepanjang Ramadhan aku disini. Pada tahun ini. 2009.

  1. Sebagai student yang senior, pengalaman banyak la katakan, seminggu sebelum Ramadhan, aku dah beli tiket balik Raya. Hoho. Kalau beli tiket lambat, alamatnya naik bas tambahan la. Huh! Sangat tak feel la kalau tak naik bas ekspress balik kampung.


  2. Sahur. Aku memasak setiap hari untuk sahur. Ya! Setiap hari. Menunya berubah-ubah. Rajin? Tak. Jimat punya pasal. Belajar Masters ni dah macam join reality show Survivor puna ada. Dah la masak guna rice cooker secara haram (tak daftar). Sekali kantoi dengan orang pejabat kolej. Tak pasal-pasal burn duit macam tu je. Awal pagi, akan menapak turun ke bawah, makan dengan bebudak lelaki. Aku rasa aku dah macam mak diorang dah.


  3. Buka puasa. Bosan! Bosan! Tiap-tiap hari kena pergi bazaar Ramadhan. Nak masak sendiri, tak feel pulak. Sebab tak boleh rasa. Hahaha. Pergi bazaar Ramadhan pun tak tau nak pilih makanan apa. Kuih-muih kat bazaar Ramadhan tu semua sama je. Supplier sama ke apa? On the way pergi bazaar Ramadhan pun boleh nipis pahala puasa aku. Orang Johor ni bawak kereta macam hampeh. Tak hormat langsung kat orang lain.


  4. Bulan puasa ni, apesal otak aku jem semacam?? Siang hari, aku langsung tak boleh fokus pada study, assignment dan cari bahan untuk buat artikel. Perkhh. Ada kaitan ke perut lapar dengan otak jem?? Ada? Memang tiap-tiap hari aku tak tidur malam. Siapkan assignment di malam hari. Takut pun ada, tapi fikir positif "Bulan puasa mana ada hantu. Dah kena ikat". Lepas sahur dan apa-apa yang patut, baru tido. Bangun pun, mata lebam, macam panda pun ada. Kelas pagi memang haram aku tak pergi la.


  5. Aku rasa tahap kesabaran aku di bulan puasa ni makin kurang pulak. Banyak pulak yang mencabar kesabaran aku.

    Contoh 1 : Budak-budak tahun 1 sepanjang row kat bilik aku ni. Macam sakai. Waktu maghrib dan tengah malam nak terjerit-jerit secara berjemaah macam beruk mat nyeh. Dorang tak tau ke hormat waktu maghrib? Dorang tak tau ke aku ni siang-siang hari tak boleh buat kerja, malam je aku fokus?? Dah berapa kali aku sound, tak jalan jugak. Aku tak harap pun dorang respect aku sebagai senior, tapi respect la aku sebagai sesama student. Aku nak balas dendam lah. Agak-agak nak final exam nanti, aku nak bakar mercun depan bilik dorang. Rasanya dorang marah tak? Maafkan sebab dorang tahun 1? Sorry sikit. Itu alasan bangang. Umur dah 18 kot masing-masing. Adik aku pun pandai respek orang.

    Contoh 2 : Seorang kenalan. Lelaki pulak tu. Nak sentap-sentap dengan aku sebab dia kata aku ni cakap kasar dan asyik nak marah-marah dia sepanjang masa. Ya Rabbi.. Ko ingat aku tak da keja lain ke, asyik nak melayan ko aje? Nak aku layan macam anak raja? Tolong la sikit. Ko lelaki kot, sempoi-sempoi sudah la. Nak sentap-sentap pulak. Apa ko ingat aku awek ko ke, nak kena cakap lembut-lembut dengan ko? Awek ko yang sedia ada tu sikit punya sebaik-baik umat pun, ko merungut-rungut macam-macam. Ko ingat ko perfect? Belajar la bersyukur. Dah la. Malas aku nak jadi "Umpama anjing menyalak bukit". Dah macam Karam Singh Walia dah.

Tuesday, September 8

(Jiwang). Wajah Rahsia Hati.

Dia.
Cinta hati aku.
Muhammad Mursyid bin Romli.
No. I/C : 850908-02-58**
Alamat Rumah : No. **, Jalan **, Taman Malinja, Langgar, Alor Setar

Hari ini hari dia.
8 September 1985 ~ 8 September 2009
24 tahun.


Selamat ulangtahun, cinta.
Semoga dirahmati Allah hidupmu.
Semoga gembira selalu.
Aku tak mampu beri apa-apa.
Cukup lah dengan adanya hati aku pada kamu.


Dan.
Terima kasih kerana selalu ada.
Untuk aku.



Perkhhh!! Jiwang sudah!! Hahaha!
Ala..bukan selalu. Setahun sekali kot.
Tak pernah pun publish gambo dia kt blog ni..





Friday, September 4

Big Mac Free. Nyummy!!

Tahun lepas punya cerita ni.


Aku ingat masa tu aku drive tru McD. Masa tu kat McD TC, Kuantan. Sapa orang Kuantan, tak penah lepak MekDi TC, tipu sangat la. Memang homey type la kan. Huhu. Ok sambung cerita.


Aku masa tu dengan abang dan mama aku kalau tak silap. Masa tu McD ada buat promotion beli set, dapat satu kupon. So, alkisah, aku tak tau McD buat promotion itu. Beli 1 set, dan satu bege extra untuk aku. So, dapat la 1 kupon. Atas kupon tu, tertulis ini:


"Two all beef patties special sauce lettuce cheese pickles onions in a sesame seed bun"


Cabarannya kena sebut ayat tu semua, dengan betul dalam masa 4 saat, dapat Big Mac free. Abang aku suruh aku, "Ko pegi la, Er. BI ko dpt 1, BI aku 2 je". Duhh..alasan. Mama aku pun suruh pegi. "Untung-untung dapat Big Mac free", mama kata. "Ok. Ok. Baiklah". Aku pun pergi masuk dalam itu McD. Pakai selekeh gila, standard la orang beli McD drive thru kan.


Dalam McD.


"Saya nak buat ni", kata aku sambil tunjuk kupon. "Em. Ok. Jap ye", balas brader McD sambil tengok aku atas bawah.

"What's your problem?", kata hati aku. Dalam hati je.


Brader McD tu pass-pass pulak kat kawan dia. Kawan dia pass kawan kawan dia. Agak lama jugak la aku tunggu kat situ. Pastu datang satu awek McD ni.


"Ye. Nak buat promotion tu ye", tanya awek itu. Cun. Rugi abang aku tak turun. Heh!


"Iye. Dah lama dah tunggu ni", aku cakap sambil berdebar-debar. Debar siot. Macam nak ambil final exam pun ada.


"Ok. Jap. Saya amik jam", awek tu senyum sambil tunduk ambik jam macam orang nak lumba lari tu kat bawah meja. "Ok, boleh start".


Aku pun sebut perkataan tu. Awek tu tekan kat sisi jam tu. 3.78 saat, bacaan jam tu menunjukkan. "Em. Buat sekali lagi", awek tu cakap, ala-ala tak percaya pulak. Takpe, mungkin dia ingat jam tu rosak. Aku tau la aku Melayu, pakai baju selekeh, seluar trek budak kampung, tapi jangan la treat aku macam tu kot. Cis. Da la lama tunggu. Dah buat sekali, kena ulang pulak.


Aku pun layankan. Sebut sekali lagi. Bacaan jam, kali kedua. 3,89. Lambat dari yang tadi, tapi masih under 4 saat. "Ok, this is your Big Mac". Aku sengih. Hahahaha. Dapat Big Mac free aku hari tu.


Walaupun aku tak suka McD, sepanjang promotion tu berjalan, mau 4 bijik Big Mac free aku dapat. Lepak dengan Baby G and Mom kat Sungai Petani, aku bantai dapat 2 bijik lagi free. "You are crazy Er" kata Baby G a.k.a Adelina Ibrahim, si budak demok, kuat makan nasik.




Layann..!!

"Two all beef patties special sauce lettuce cheese pickles onions in a sesame seed bun"
Cuba korang try in 4 seconds. =)

Tuesday, September 1

Kasar-kasar Aku Pun, Aku Pandai Menjahit Lah!!

Sebagai seorang wanita, aku tak pandai sangat buat kerja wanita. Kawan-kawan aku pun menggelarkan aku separa wanita. Ces..bedebah. Maybe perwatakan aku yang kasar ni agaknya. Ada aku kisah?, bak kata Azwan Ali.


Dua hari lepas, mama call. Mama tanya, "Nak buat biskut raya apa kita kali ni, Er?". Mama tanya sambil gelak. Huh..memang setiap kali raya, setelah ketiadaan Wan, kitorang pakat beli je biskut raya. Sebab kalau buat, rugi. Lebih banyak yang hangus dari yang elok. Aku jawab kat mama "Tunggu Er balik la baru buat biskut" <---memberi harapan nampaknya!


Mom di Kajang yang rajin buat biskut raya pun dah ala-ala bosan nak buat. Mom itu mak saudara nombor tiga belah mama aku. Mom cikgu di Seri Bintang Utara (ke Selatan?), pandai masak, dan biskut coklat chip dia sangat heaven ok. Sila buat untuk raya kali ni. (Wahhh, puji ada makna).


Pernah sekali lepak-lepak rumah Mom di Kajang, niat hati nak buat kek ke coklat chip (lupa), aku konon-konon nak tunjuk bakat. Pakat pakai mixer nak kacau telur dengan gula, 3 kali pusing je mixer tu, habis jahanam. Rosak terus. Masa tu aku yang pegang mixer tu. Aku kah yang bersalah? Duhh.. Nanti saya dah kerja, saya belikan Mom mixer baru, ye. (Skema gila guna kata ganti nama 'saya').


Ok. Habis cerita buat biskut raya. Raya lambat lagi.


Masa aku praktikal Degree dulu, aku pernah berhajat nak masuk kelas jahitan. Aku rasa kalau pandai menjahit, memang wanita habis la. At least, kalau orang kutuk-kutuk aku, aku leh jawab "Kasar-kasar aku pun, pandai menjahit tau. Ko apa tau?". Lebih kurang macam gitu la. Tapi, hajat tu tinggal kenangan je la. T_T Tak de point la nak jawab kalau kena kutuk.


So kisahnya, masa hari konvokasi aku hari itu, kawan terbaik di dunia datang lebih awal (merujuk kepada Marzihan). Kawan terbaik aku ni pandai menjahit. Oh..sangat wanita lah beliau kalau begini. Aku pun dikesempatan itu, aku usha-usha dia jahit manik. Memang skill habis. Agak-agak bertuah la si Sarijani beristerikan kawan terbaik aku itu.


Si kawan terbaik sudah pulang. Meninggalkan kesan di baju aku. Cuma di lengan. Aku belek-belek plastik beg berisi manik. 'Ah, banyak lagi', bisik hati. Aku ambil jarum dan benang, masukkan manik. Bermula dengan kalimah Bismillahirrahmannirrahim.


Tadaaaaa....Ini hasilnya.

T_T
Kagum tak? (Lengan belah kanan belum siap)

At least kalau kena kutuk, aku boleh jawab "Aku pandai jahit manik, ko apa tau?".


Psttt.. maksud aku disini, menjahit memberi nilai tambah kepada seorang wanita. Memasak-masak tu tak payah cerita la kot. Perempuan kot. Mesti pandai.

Monday, August 31

Selamat Ulangtahun, Sayang


Sudah 52 tahun rupanya.

Selamat menyambut ulangtahun, Malaysia.



Ulangtahun Kemerdekaan.




Walapun aku tak menyumbang apa-apa untuk Malaysia.
Aku tetap bangga aku anak Malaysia.




Saturday, August 29

Kalau Gastrik, Sila Jangan Puasa, Ok?

Kisah benar tetapi diolah ikut suka hati aku.


Berjantina wanita kedua-dua A dan B.
Si A beragama Hindu
Si B pula Islam, berpuasa di bulan Ramadhan.

Berbeza agama, tapi si A dan si B boleh gelak-gelak sama.
Jarang berjumpa, tapi kalau berjumpa boleh layan borak.


Di suatu pagi di bulan ramadhan, si A dan B berjumpa.


A: How are you, dear?
B: Feeling great. You?
A: I'm ok.


A:How was your puasa? How's your gastric? Still can puasa?
B: I'm surviving, dear. Buka puasa have to eat rice. Or else i'll die. Hahahaha
A: (gelak-gelak). Same goes to me. Cannot tahan if tak eat rice.
B: U doesn't eat that much, kan. See your badan. Skinny.
A: Hey. I ate a lot. Hahaha.


Si B masih ingat.
Dulu masa duduk bilik berdekatan di kolej, si A adalah supplier ubat gastrik untuk si B.


A: We are lucky because our gastric tak teruk sangat. Ada orang smpai muntah-muntah
B: Ya la. Lucky i can still puasa. If not, u have to buy me nasi during lunch time. Hahaha
A: Hahaha. I can buy u nasi. No worries. Hahahaha. But can simply-simply tak puasa?
B: Cannot simply tak puasa. Have to have reason. Gastric is the most reason la.


Tetiba si C menyampuk.

C: Ko gastrik? Macam tak pecaya je.
A: U better believe.



B: Ada jugak yang bukak puasa dengan selipar jepun kang.

Soalan:
Kenapa? Orang gemok tak leh gastrik ke?
Mama aku selamba je gastrik.

Eh eh..mama tak gemok.. mama mantap je.. Hehehe

Wednesday, August 26

Dah Lama Hidup Agaknya Budak Ni...

Rabu.
5 Ramadhan.



Hari ini ada kelas.
Kena pergi jugak sebab rajin. (Tipu. Sebenarnya dah 2 minggu ponteng).


Bergegas bangun. Semangat.
Pergi kelas pun jalan kaki.
Sampai-sampai di fakulti.
Aku ditegur satu suara.


"Feewwwiittt. Kak G", kata suara-suara itu.
Mendengar panggilan itu, aku sudah kenal siapa.
Mereka je yang panggil aku Kak G.


Aku angkat tangan.



"Kak G ni, saya tengok makin gemuk je".


Dalam hati, "Aku lempang kang"
Dalam hati je la tapi..
Nasib baik bulan puasa.


Cess!! Pagi-pagi dah bikin aku panas hati!!

Monday, August 24

Bulan Puasa : Boleh Rindu-rinduan Ke?


Aku dan Turtle yang perasan hensem.
Huh!
(Turtle itu abangku)
To mama.
I love u till the end of the world.

***********************************************************************************
Entri ini untuk kawan.


Sahabat,
Aku tak sendirian di bulan puasa kali ni. Aku ada kawan untuk berpuasa bersama. Tapi ramadhan kali ini tak seindah ramadhan yang dulu. Ketika kau-kau-kau bersama aku, sahabat.


Sudah aku katakan di ramadhan kita yang terakhir,kan?
"Ini la bulan puasa kita bersama-sama."

Dan di ramadhan itu kita habiskan waktu bersama.


Apa paling aku rindui ketika ramadhan bersama korang? Korang itu merujuk kepada sahabat dunia akhirat yang boleh dibuat gurau kasar tanpa ada terguris hati yang terlampau.

Ini antaranya :
  1. Ingat tak? Kita buka puasa sama-sama dan tanpa dirancang beli kuih yang banyak. Nak tak nak kena paksa habiskan. Sendat mendat perut tak payah nak cerita. Ambil ikhtibar, "Hari ni, aku beli kuih, kau jangan beli. Kau beli benda lain".

  2. Main masak-masak waktu sahur. Sang tukang kejut sahur = Masturah. Kejut sekali tak bangun, dua kali tak bangun. Kali ketiga, "Nurul Hazerin Ahmad Idris, bangun sahur". Sekali dia sebut nama daaaa. Hahahaha. Kalau Majihan yang kejut, konfem sekali je dah bangun. Rajin masak, makan sedap. Tak rajin kaluuu, makan megi la jawabnya. Sumpah aku serik makan megi waktu sahur.

  3. Perjalanan balik terawih bersama-sama. Main pijak bayang-bayang. Permainan dimulakan dengan ayat, "Aku pijak kepala kau", sambil pijak bayang-bayang kepala kawan. Lepas tu scene kejar mengejar bermula. Lari-lari naik bukit, lepas tu mengah macam nak mati. Ada yang memandang jengkel, mulut soseh-soseh. (Hei, ko bulan pose pun nk mengata orang, mind your own business ye. Jeles la tu, kawan ko tak sporting macam kawan aku. Hahahahaha).

(Gambar di entri yang lama)
Jaga diri ye, sahabat.
Ingat aku selalu.


Saturday, August 15

Mari Mari Tengok Gambo Eksklusif. Tak Tipu!!!

Bersiaran langsung dari tapak konvokesyen UTM.
Aku membantu sang baju kuning di studio fotografi.



Gambo ini, dong. Ekslusif ngak??
Itu lelaki kedua tertinggi di dunia.
Ya.
Di dunia.


Sang kedua tertinggi didunia dalam siri jelajah Malaysia untuk mengutip dana pembedahan kaki (yang panjang itu) yang patah akibat eksiden. Sudah seluruh dunia beliau pergi, masih tidak cukup dana pembedahannya. Tsk. Sedih.


Ketika mau ambik gambo ini, aku mula-mula posing segan-segan. Lepas tu sang kedua tinggi di dunia itu ambik tangan aku. Aku fikir dia mau hi-5 dengan aku. Aku pun high-5 dengan dia. Alih-alih dia angkat tinggi tangan aku. Aku gelabah ayam tiba-tiba. Sudahnya dia letakkan tangan aku disebelah tangannya untuk dibandingkan. Sumpah aku terkejut dan segan (sila rujuk muka aku untuk efek terkejut).


Orang keliling dah gelak-gelak.


Sebab malu, tangan kiri tiba-tiba keluar lambang pis itu. Ces!! Benci ah!



Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 11

Kau Tau Cinta Pertama Itu Apa? Tolong Bagitau Aku, Boleh??


Status : Aku super busy..eh eh. Dah macam incik kueh pulak rasanya. Hahaha!!



Al-kisah di suatu hari.

Bila seseorang bertanya kepada aku begini, "Dia cinta pertama kau?"
Aku jawab, "Ya".



Seseorang itu bertanya lagi, "Ooo..dia itu couple pertama kau la?"
Aku jawab, "Tidak".



Seseorang itu cakap, "Bukan la cinta pertama kalau macam tu....."
Aku jawab begini, "Couple pertama tu tak semestinya cinta pertama"
Dia bersuara lagi, "Abis tu, cinta pertama tu macam mana?"




Aku senyap.



"Cinta pertama itu adalah bila kau betul-betul merasakan cinta", aku jawab.
"Macam mana pulak tu?", dia tanya lagi.




"Kau pernah bercinta ke tak?", aku pulak tanya.
"Tidak", dia jawab.




"Abis tu, yang kau tanya banyak-banyak ni kenapa?", aku tanya, marah betul rasanya!



Cinta pertama itu macam mana ye, kawan-kawan?



??

Tuesday, August 4

Assignment?? Ada Aku Kisah?

Aku tak update rupanya (buat-buat tak perasan).
Aku belek-belek entri, oooo entri di bulan OGOS masih tiada.
Aku tak suka Ogos.
Sebab tu aku tak update (alasan).


Apa mau cerita? Assignment melambak-lambak, semua dateline dah dekat. Tapi menjadi seorang aku yang suka buat kerja last-minute, memang boleh gila kalau difikir-fikirkan.

Berikut adalah bukti-bukti kukuh yang aku adalah pemalas:

  1. Advance Valuation. Assignment tentang penilaian pelaburan. Mula-mula start kuliah diminggu pertama assignment sudah diberi. Sekarang sudah minggu kelima. Submit? Minggu kelima di hari jumaat. Hari ini hari selasa, aku baru menulis 3 muka surat. Rasa-rasanya cukup tak? Tak cukup lagi rasanya untuk assignment 20 markah.

  2. Corporate Real Estate Management. Tiap-tiap minggu ada ala-ala IQ test punya soalan (padahal soalan undergrad). Soalan ini akan didiskus setiap hari Rabu di dalam kelas. Dan aku yang malas, akan review soalan itu hanya pada hari Selasa. What?? Hari ni la tu. Cukup ke masa ni??

    Tu tak masuk project besar dengan Telekom lagi tu <--- Tak pe, submit hujung sem (lambat lagi)

  3. Real Estate Development. Tak payah cakap. Banyaknye macam tahap nak bunuh diri. Malas nak cerita la. Sib bek aku suka subjek ni. Suka? Ye ke? (Ye, sebab subjek ni boleh jalan-jalan ke Pulau Lagenda nanti. Lepas raya).

  4. Facilities Management. Patutnya hantar Jumaat, hari Ahad lepas baru aku hantar. Harap-harap masih diterima.

Apa mau buat supaya assignment disiapkan dengan cepat tanpa tangguh-tangguh?

Buang broadband?

Apa??

Benti belajar?

(Alaaa emak, kahwinkan aku..hahahahaha)

Friday, July 31

(Rindu) Di Suatu Senja Di Musim Yang Lalu.

Petang.
Khamis.



Lokasi : Taman Universiti, Skudai



Kami berlima pergi jalan-jalan cari makan.

Order.

"Nasi ayam penyet satu, kopi o ais kaw satu", Tando order.

"Kuehtiow hailam satu, teh o ais limau satu, air suam satu", Kasim order.

"Nasi lemak ayam telur satu, air suam satu", Yop order pulak.

"Nasi goreng ayam masak merah dengan teh o ais", Ima rumetku order.


Tiba giliran aku.

"Roti kosong satu, teh o ais satu".



Semua pandang aku.

"Apsal kitorang makan nasi, ko makan roti canai?", Tando tanya.

"Aku kenyang lagi la..", aku jawab perlahan.




"Ah..tipu la ko, Reen. Ko cakap je la nak makan megi malam kang. Ko gian la tu sebab dah lama tak makan megi kan??. Ko jangan ingat aku tak tau ye", Ima rumet ku yang kiut bersuara tiba-tiba.



Kantoi!


Sedap wooo megi!!

Wednesday, July 29

Bukan Hak Kau, Faham??

Dialog yang menjadi cerapan ilmu pada kelas Isnin.


"Hak kamu adalah apa yang kamu makan, kamu pakai dan kamu berikan kepada orang lain (sebagai sedekah dan amal jariah). Selain daripada itu, adalah hak waris kamu".

Monday, July 27

Buah Cempedak Di Dalam Pagar

Sekarang musim cempedak.

Sana.
Sini.
Cempedak.
Cempedak.


"Makcik, cempedak goreng ni singgit berapa?", aku bertanya, sopan ni.
"Singgit 5 bijik, dik", makcik menjawab.
Aku beli.


Esoknya, "Makcik, cempedak ni singgit berapa?", aku tanya, mau beli lagi.
"Singgit 4 bijik, dik",makcik jawab lagi, kali ni penuh bangga.
Aku tak jadi beli.


Petangnya.
Misi bermula


Dik Zara, ko tau ni kat mana?


Ya. Ya.
Kami ambush kebun UTM.



Mencari ini.
Cempedak di dalam pagar.
Tak payah amik galah, petik sahaja.
Macam petih daun teh kat kemeren hailen.
(Abaikan muka eksaited = cempedak free)


Jika getah cempedak melekat di lengan baju.
Maka, prinsip memetik daun teh tak boleh digunapakai.



.

.

.

.




Dua hari kemudian.

"Makcik, cempedak ni singgit berapa?"
"Singgit 4 bijik, dik"
"Takpe la makcik, saya goreng sendiri je la"


Hahahaha.
Aku gelak keji.

Aku makan sampai muak.
Sekian.

Friday, July 24

Kenapa Aku Sayang Lelaki Ini?

Aku ada hubungan istimewa dengan lelaki ini.
Lebih dari hubungan darah.
Macam kawan..best-friend.

Kenapa aku terlalu sayangkan dia?

  1. Sebab duit dalam akaun dia banyak.Wahahaha. Kalau aku 4 bulan di UTM, 4 bulan la duit pencen dia tak berusik. Bermakna? Aku la tukang habiskan duit pencen dia. Yes!! Yes!!! Kalau dia ajak berjalan, aku akan tanya, "Aki ada duit tak? Kalau takda duit, taknak la berjalan dengan Aki". Dia akan gelak dan menjawab, "Apa susah, Aki ada duit pencen. Nanti kita singgah la kat bank kejap, keluar duit pencen". Sila jeles, wahai cucu-cucu Aki yang lain. Cucu perempuan sulong la katakan. Hahahaha!

  2. Dia suka mengingatkan aku tentang kegemukan aku. Cess..ini orang tua memang selamba. Mentang-mentang la kurus. Kalau tidur kat rumah dia, pagi-pagi dah kejutkan suruh bangun, dan buat makan untuk dia. Padahal, kalau takda orang kat rumah, pandai pulak masak sendiri. Dusshhh!! Dan tiap kali kalau amik gambo dia, Aki akan cakap, "Eh, kurus amat Aki ni ye". Aku jawab, "Tau takpe. Ejek sangat orang gemuk, dia tu dah tinggal rangka".

    Di muzium tokoh Negeri Pahang.
    Buat muka bangga sebab yang sebelah kiri tu ayah dia.
    Cit!


  3. Dia pencinta setia. Sejak ketiadaan Wan, dia setia. Boleh pulak ada orang menjual-jual datang di rumah, offer untuk jadi bini Aki. (Woi-woi!! Ko nak mampus kena tendang dengan aku??) Itu aku yang cakap, tapi Aki akan cakap begini kepada sesiapa yang berkenaan, "Takpe la, saya nak jumpa isteri saya di syurga". Sedih? Ya..aku sedih bila setiap kali dengar Aki cakap macam ni.

    "Ini juga satu aktiviti riadah", kata beliau.
    "Baikk...", kata aku pula.

    (Sila rujuk mulut beliau yang sedang bersiul-siul)

  4. Dia suka lengah-lengahkan masa. Huh! Kalau janji nak date dengan aku pukul 8 pagi, memang pukul 930 la baru keluar rumah. Itu pun lepas aku membebel-bebel dengan lama tanpa henti dan mengulangi perkataan, "Aki, cepat la siap. Kang Er tinggal Aki sorang-sorang kang". Dan dia cepat-cepat mandi dan akan cakap, "Kejap la...kalau lapar makan la biskut tu dulu". Adehh..sabo je la aku. Lepas tu, siap la kena pau belanja makan nasi daun pisang kat kedai mamak. Hahaha.

  5. Degil. Dia sakit. Lelah tahap kronik. Makannya perlu dijaga, tapi degil tahap dewa, suka makan rambutan, mangga dan lain-lain yang dia tanam kat keliling rumah dia. Dah lelah, semput-semput, baru nak pantang makan. Pernah sekali dia masuk ICU sebab makan bubur kacang dan tembikai (pantang utama). Waktu tu aku tengah exam, bulan puasa. Nasib baik takda paper. Perjalanan ke Kuantan rasa macam lama gila. Sampai-sampai kat hospital, wayar sini-sana. Hati hancur. 3 hari koma, tak sedar diri. Takut kehilangan lagi. Dia sedar-sedar je, terus peluk dia, boleh pulak dia cakap, "Best. Macam duduk kat atas awan. Ada orang panggil ikot, tapi Aki tak ikut. Tapi seronok". So, sekarang, setiap kali aku nak balik UTM, aku akan cakap, "Aki jangan mati dulu, ye".

  6. Dia suka bagi aku duit, tapi lepas tu akan mintak macam-macam. Cuti aritu, siang malam mintak nak bela anak ayam. Hoh!! Buruk siku tau..hehehe. Dah beli 5 ekor anak ayam, tak alih-alih terus siapkan reban ayam. Cess..selama ni reban tu terbiar je.

    Di sisi anak-anak ayam yang aku beli.
    "Bagi duit RM50, kenapa beli 5 ekor je", kata beliau.
    "Dah abis beli topup", kata aku.


  7. Suka berjalan. Kuat lagi, tak padan umor 80 tahun. Ayat starting kalau nak ajak pegi jalan adalah, "Aki nak pegi amik ubat kat klinik la". Padahal stok ubat melambak-lambak lagi kat rumah dia.Dalam kereta, "Eh, tak jadi la pegi klinik. Kita pergi Giant la nak? Beli beras." Saje je kan.. Pastu buat ayat penyedap, "Aki kalau berjalan ni, takde la sakit lutut. Kalau duk kat rumah tu, lemah je badan". Memang panjang akal.

  8. Suka bercakap. Ramah tamah. Semua orang nak dia tegur. Macam YB turun kampung. Kalau aku tanya, mesti jawab, "Kawan lama". Padahal..tak kira tua muda la kawan lama Aki, ye.


Lelaki ini istimewa.
Sangat-sangat.
Selama 24 tahun di hati.

Arghhh.
Semalam aku mimpikan dia.
Mimpi dia tinggalkan aku dan pergi.

Aki, jangan pergi lagi.


T_T

Wednesday, July 22

(Jiwang) Monolog Hati.

Di luar, hujan.
Sejuk..sesejuk hati.
Dan aku.
Rindukan kenangan.


Rindu aku tak lama.
Kerana hati yang suka, lebih mudah untuk melupakan.
Sebab suka itu bukan sayang.
Apatah lagi cinta.

Tuesday, July 21

Entri Serius. Senyum Pun Tak Dibenarkan.

Malam.
Isnin.
8.00 hingga 10 malam.
Kelas : Pembangunan Falsafah dan Sains (Subjek Umum U)



Datang lewat. 15 minit lewat, tapi pensyarah itu senyum sahaja. Segan. Aku, Ima, Yob dan Tando masuk kelas laju-laju. Aku dapat rasakan kelas ini sangat serius. Amik tempat di belakang sekali, tujuannya untuk memantau-mantau dahulu. Ye lah, kelas pertama la katakan.


Minit ke 30, sekumpulan student lelaki masuk kelas. Lagi lambat dari aku, kata hati. Aku kira-kira mesti budak engineering. Aku toleh pada Ima, rumetku. Senyum, tanya jam pukul berapa. Aku dah menguap beberapa kali. Kelas aku straight dari pagi, petang, bawak ke malam, sebab tu aku benci Isnin. Huh. Bosan. Dah la hasrat nonton Malaysia lawan MU terbantut, sebab ada kelas malam ni.


Otak aku tiba-tiba mencerap sesuatu.

"Dimana hakikat manusia? Apa nilai manusia dalam dunia ni?", ayat ni betul-betul menarik perhatian aku. Senyap je. Tiada jawapan. 6 tahun belajar valuation, takda pulak diajarnya untuk nilai manusia. Aku tunduk.

"Manusia ni ada akal, kan? Kamu tau akal letak nya di mana?", pensyarah kelahiran pantai timur (agaknya) tu bersuara lagi. "Kamu rasa, akal letak nya disini, atau disini?", beliau point jari di kepala dan di hati.


Diam lagi.


"Akal letaknya di hati. Dalam Islam, akal letaknya di hati".


Baru aku tau.


"Dalam badan manusia ni ada macam-macam unsur. Unsur kapur, garam, oksigen, hidrogen, belerang, air dan macam-macam lagi. Mari saya bawak kamu semua ke satu situasi. Seorang manusia mati, meninggal dunia. Kita bedah dia. Kita keluarkan unsur air dalam badannya, letak dalam satu bekas. Kemudian, kita keluarkan unsur belerang, letak dalam satu bekas. Dan setiap unsur dalam manusia yang mati itu kita keluarkan dan letak dalam bekas berasingan. Kita bawa bekas-bekas itu ke pasar. Kita jual dan kita katakan kepada pembeli yang itu unsur-unsur daripada seorang makhluk ciptaan Tuhan yang paling berharga. Kamu rasa ada yang mahu membelinya?"


"Tak", serentak kami menjawab.


"Oleh itu, dimanakah nilai manusia itu tadi?? Kalau nak dibandingkan dengan seekor kambing yang terjual RM300 di pasar? Bukankah unusur-unsur dalam badan manusia itu tadi tiada nilainya?"


Senyap. Sunyi. Betul-betul sunyi.


"Disitu lah akal memainkan peranan. Akal manusia tiada nilainya. Dan dengan akallah manusia dibezakan dengan makhluk ciptaan manusia yang lain", kata beliau lagi.


Sunyi.
Dalam hati, aku bersetuju.
Kepala aku angguk-anggukkan.


"Ok, mari kita bandingkan nilai manusia tanpa akal dengan nilai haiwan. Unsur-unsur tadi kita bawak balik ke makmal, dan kita tukar menjadi barang. Unsur zat besi kita tukar menjadi 3 batang paku, unsur garam kita tukar menjadi garam masakan, dan kita jual. Samakah nilainya dengan nilai jualan dagaing seekor haiwan? Tentu tak sama kan? Begitulah rendahnya nilai seseorang manusia jika tidak menggunakan akal"


Senyap.


"Ok. Mari kita naikkan nilai manusia tadi. Unsur belerang kita jadikan beberapa batang mancis. Kamu tau mancis?", pensyarah bertanya.


Ada satu suara menjawab.
Berani.
Yakin.
Dari seorang daripada sekumpulan yang lambat tadi.



"Tau. Sejenis jenama biskut"













Berderai ketawa aku dan rumet aku. Keras perut sampai habis kelas. Akhirnya lecture yang serius tu tak dicerap dengan baik oleh aku.


Dem!

Monday, July 20

Dia Tanya, "Bila Mau Kawin?"

Isnin.
Pagi.


Ada orang bertanya.
Junior.
"Kak reen ni bila nak kawin ni?"





Aku jawab.






Dengan tulus ikhlas.
Senyuman manis di muka.













"Esok"




Jangan la tanya soalan yang bukan-bukan.
Apatah lagi kepada orang yang on the way pegi kelas pagi-pagi Isnin, wehhh.
Aduh.

Sunday, July 19

BBQ Dinner Untuk Aku

Kembali lagi di minggu kedua.


Ya. Laptop buruk ini sudah kembali berfungsi, kawan-kawan. Bukan brader-technician-suka-senyum yang buatkan, tapi junior kacak-suka-sengih yang meng'format'kan benda lah ini, menjadi satu benda alah yang sangat menarik untuk aku.


14-15 Julai 2009


Pada paginya, ada seminar student PhD and Masters, bentangkan project paper diorang. Rumet aku pegi, aku bermalas-malasan di bilik. Tetiba ada sms masuk. "Beb, malam ni ada BBQ dinner untuk postgrad". Memang hari itu dan esoknya, full swing lagi makan ditanggung. Segan gila aku nak pegi, seminar bosan-bosan dah la tak join, alih-alih pegi BBQ dinner. Makanan banyak melimpah-limpah.


Em... untuk menghilangkan rasa tebal muka, sesampainya aku disana, aku nampak Abang Man (librarian) tengah bakar sate. Aku dekat-dekat ngan Abang Man ni (anak dia sebaya aku).

"Abang Man, meh saya bakarkan sate" -Aku

"Eh, tak payah. Ni sate saya. Fakulti tempah ngan saya" - Abg Man

"Alaa..Abg Man kena tolong saya ni" - Aku

"Tolong apa pulak?" - Abg Man

"Saya tak datang seminar pagi tadi. Segan ni. Meh le saya bakar sate tu" - Aku

"Oh..ok2. Nah kipas nye" - Abg Man.

"Abg Man gi makan dulu" - Aku


Sibuk la budak-budak ni nak bergambor dengan pembakar sate.
Aku dan rumet-ku memainkan peranan.
Rumet-ku baju putih.


Bakar sate cuma untuk cover kesilapan tak datang seminar.
Satu jam selepas membakar sate, ini lah yang terjadi kepada aku.
Dan mereka jugak.

Sorang student PhD
Sorang Masters by research
Dua by-course Facilities Management
Sorang by-course Real Estate (down-grade kan
diri sendiri)

Posing ini diajar oleh yang paling kanan.
Adik PSM kesayangan, Nisa. Tapi aku panggil Bong.

(Nudy, Kak Reen miss Nudy so much... Keja rajin-rajin ye,Dik)

Dah tak larat nak buat posing model yang disuruh Bong.
Perut sudah cukup kenyang.
Jadi muka pun jadik begitu.
Sekian.

(View belakang, UTM terchenta di waktu malam)



Esoknya.
Seminar itu aku attend jugak.
Sebenarnya menarik jugak.
Ilmu, Reen.
Hargailah...

InsyaAllah..

Sunday, July 12

Demi Keadilan, Sila Bakar UTM.




Gila lama aku tak update.

Blogger ini sangat mencemburui aku. Aku tak boleh bukak blog aku sendiri. Hanya boleh bukak beberapa blog melalui Dashboard, itupun kadang-kadang sengal habis (macam nak suruh aku tutup akaun Blogger dan fokus kepada study je..hohohoho)


Kehidupan di UTM dikala ini sangat ada Pro dan Kontra nye, kawan-kawan. Mari aku senaraikan hasil pendudukan (?) aku di sini selama seminggu.


  1. Setiap hari bangun pagi menghadap muka rumet cute dan berborak-borak tanpa risau kan kelas. Mungkin sebab kelas aku hanya disebelah petang tapi direct 4 jam setiap sessi kelas. Haihhh...bukan menyesal amik taught course, cumanya:

    • Kelas pertama : Masuk kelas muka penuh bersemangat, dengan azam baru (awal lagi) mau tuntut ilmu yang lebih. Alih-alih Prof Madya yang terlibat hanya memberikan assignment dan kelas tamat dalam masa 15 minit. Sabar. Tenang. Senyum.

    • Kelas kedua : Masih bersemangat. Jadual kelas pukul 4, jam 3.30 sudah ready (biasanya 15minit terakhir baru terhegeh-hegeh nak ke kelas). Masuk kenderaan yang ditumpangkan rumet, sistem pesanan ringkas menerjah masuk ke HP. Kelas dah habis. sepatutnya kelas start pukul 2. Terima kasih daun keladi, wahai Prof Madya satu lagi. Peratusan semangat sudah menurun. Dalam hati, "Siapa yang buat jadual hampeh ni?"

    • Kelas ketiga, bersama Prof Madya no. 3, kawan-kawan. Bergegas-gegas aku bangun-pagi-lepas-subuh -tak-tidor sebab kelas start pukul 8. Peluh mengalir macam air paip, jalan laju gila seperti boleh kurus dalam waktu terdekat ni. Samapi-sampai di kelas berkenaan, Prof Madya belum sampai. Tunggu. Tunggu. Satu jam. Jam kedua, dia sampai ke pejabat. Seorang kawan pergi jejak kasih. Hasilnya, "Ohh.. saya memang tak mau buat kelas hari ni...". Korang rasa sampai mana tahap semangat aku ketika itu?? Huhuhu.

    • Kelas keempat. Pensyarah tanpa jawatan Prof Madya. Nadzri namanya. Sangat best kelas dia sampai aku tak bosan, mata cerah je walaupun kelas 4 jam direct. ketika ini, tahap semangat aku berpusing 360 darjah selepas sang pensyarah menyogokkan satu percutian ke pulau lagenda. "Kita nak duduk sana 7 hari 7 malam pun takpe..". Ternyata masih ada yang sayang. (Hahaha...tetiba jek. Nak jugak ayat jiwang karat).


  2. Minggu pertama, student Post-grad disogokkan dengan seminar sana-sini oleh Professor jemputan dari australia. Nasib baik muka adalah boleh tahan, suka senyum, dan input ilmu yang banyak. Yang paling menarik, akhir seminar disogokkan dengan makanan boleh tahan.


  3. Rumet sangat best. Nurul Syakima namanya. Orangnya kecil sahaja. Terengganu mari. Selang satu hari mesti layan aku masak megi campur telur sambil main Monopoly di laptop seorang teman (namanya pun student Real Estate). Lepas makan dan main, tidur.

    "Aku tak tau ye, Ima. Akhir study ni, samada aku jadik kurus cam ko, or ko jadik gemok macam aku"

    Pernah aku kelam kabut pergi kelas, tak kemas katil. Balik-balik je dari kelas..clear. Fuhh..segan plak aku, beb.


  4. Laptop cinta sayang intan payung aku ini adalah terlebih manja sampai selalu lembap, mampus dengan sendiri, dan Firefox tak boleh bukak. Aku sudah sogok dengan cooler pad baru pun tak mau jugak. Rasa mau campak je dari tingkat 3 kolej kediaman tersayang aku ni. Aku sabar. Lepas berhari-hari melepak di makmal komputer fakulti, aku risik-risik pada brader Computer-Technician-suka-senyum.

    "Pandai format laptop tak?" - Aku tanya satu soalan kurang pandai

    "Mesti la pandai.." - Brader

    "Tolong format laptop saya..tambah ram..bla bla bla.., boleh?" - Aku

    "Bolehhhh.." - Brader

    "Upahnya macamne?" - Aku. Takkan nak mintak tolong bodoh je, kan?

    "Dunhill 14 la" - Brader

    "Laaa..apa barang Dunhill 14, bro. Dunhill 20 ar.." - Aku

    "Pun bolehhhhh.." - Brader

    Persetujuan dicapai, tapi laptop belum hantar sebab malas jalan kaki pergi fakulti. Hahaha. Isnin la. (Aku tak guna suara lembut-lemah gemalai, ok. Menurut Wafa, suaraku adalah kasar. Huk Huk..)


Sekian saja laporan dari saya untuk minggu pertama.
Semoga berjumpa lagi.

Aku belajar by course aja.
Teacher!!! Sudah jadi macam u. Tak suka buat research.
Ayookkk!! Tak tau..

Sunday, July 5

Tak Usah Terangkan. Aku Tahu.

5 Julai 2009
Happy Birthday, Yang.
Semoga kau happy selalu.
Semoga kau selalu sayang aku.
Hehehe.
(Tak de siapa nak layan aku men badminton, yang)



tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru

curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi


berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji janji takkan pergi


hujan - kotak hati
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


lagu untuk sahabat.
sahabat yang tiada di sisi.
tiada di sini.
tapi tetap dalam hati.

kamu tau kan.
betapa aku sukar tanpa kamu-kamu.

sahabat,
aku rindu kamu-kamu
moga kamu juga rindu aku.


Agak bosan di UTM tanpa kawan.
Bukan agak.
Sangat bosan.