Pengalaman Interview Saya. Ye. Saya.

Sempena interview pertama.
Banyak nya dugaan Ya Allah.

  1. Mula-mula dapat tahu aku layak untuk ditemuduga tu, aku kat bilik research, duk syok buat assignment yang tertunda. Alih-alih datang supervisor PSM aku yang dulu, encik-tinggi-kurus. Dihulurnya aku surat. "Apa ni, Encik B?", aku buat muka curious sangat-sangat nak tahu la konon. "Surat interview, nama awak naik". "Hah? Bila ni?", muka jadi putih, agak-agak kalau dihirishiris ni, darah pun segan nak keluar. "Eh, Encik. Saya ada exam time ni". Haih, mampos. Encik tinggi-kurus suruh aku ikot dia ke pejabat, bincang katanya. "Ini peluang awak. Dalam batch awak, awak sorang je yang lepas. Sekarang, awak buat pilihan. Nak pegi exam ke pergi interview ni". Tung-tang-tung-tang diskus punya diskus, aku rasa aku boleh tunda exam ke waktu petang. 4 November 2009. Exam, interview. On the same date. Cuak. Assignment yang tadinya bersemangat nak buat, sampai sudah tertunda.


  2. Aku rileks lagi. Interview tu require aku untuk bagi speech, based on topik yang disediakan. Ala, enteng, kata hati aku. Aku fokus dulu exam pertama. Habis je exam kedua, aku pasang hajat nak sediakan material untuk interview. Member ajak tengok wayang pun pandang sebelah mata. Padahal, sebelum ni pantang diajak.

    Padahal tak siap pun material nya. Ceh! Kalau aku tau, baik pegi layan movie.


  3. Lagi dua hari nak interview, aku rileks lagi. Study lebih penting, exam lebih penting. Fokus. Fokus hapa jadahnya, asal nak study, asal nak bukak nota, ingat interview. Asal ingat interview, aku mula rasa loya-loya nak muntah macam tanda orang nak mengandung. Haish. Tak boleh jadi. Dalam pada tu, nota-nota exam aku review jugak sikit-sikit. Sikit aja lah. Apa pasal sikit pun, aku tak tau.


  4. Malam nak interview. Baru la aku terhegeh-hegeh mak limah nak sediakan slides untuk presentation. Hoho. Time tu la pressure gila pulak. Mana nak study for exam, mana nak interview. Siapkan slide ala-kadar, rasa lega sikit. Baru la boleh fokus on study.


  5. Hari interview. Mekap? Rumet yang suruh, kalau tidak mati kering la aku taknak mekap. Pakai kasut tutup la, apa la. Hish, rimas. Aku siap awal, interview jam 1030, pukul 900 aku dah tercangak di fakulti. Bawak laptop berat zaman firaun ni, aku naik ke bilik research. Kasut dalam kotak, aku pegang dengan tangan. Pakai selipar je dulu, nak masuk blik interview, baru sarong kasut. Betapa la keserabutan melanda aku. Dah sampai bilik research, semangat sakan aku nak praktis, pendrive tinggal kat bilik. Dem!


bersambung...
=P

Cerita Pantun Aki.

Semalam petang, masa aku bertungkus lumus salin nota, telefon atas meja berbunyi. Aku toleh sikit, tengok nama si pemanggil. Agak-agak sapa-sapa yang tak penting call, aku berniat untuk malas nak angkat.

Aki. Aku mula-mula buat tak tau. Eh, Aki??? Aku angkat cepatcepat. Apahal ni?

"Hello, Aki cakap ni", Aki start keluar suara ala-ala manja-ngada-ngada pulak. Hahaha

"Ye, Aki. Napa eh?"

"Aki masak bubur betik petang tadi. Aki makan bertiga dengan adik-adik kembar ni."

"Ok, lepas tu?"

"Makan bubur petang-petang sedapkan. Dapatlah idea nak buat pantun. Tapi komeh* puas mikir tak dapat wehh nak ngabihkan pantun keh* ni. Aok* tolong la sikit yeh"

"Ha. Pulak dah. Ok, apa pembayangnya"

"Dengor yeh.. Petang ini petang rabu, bubur betik warnanya merah. Aki puas mikir, lama-lama. Aok tolong sambung sikit pantun Aki ni"

Haihhh..haru.

"Em, Aki. Idea tak datang lagi. Nanti Er telefon balik la ye."

"Yeaahhh. Aok pun tak reti juga yeh. Blaja unibersiti tu..", Aki balas sedas sambil gelak-gelak. Konfem ada niat nak ngutuk aku. Cet. Mana boleh ngaku kalah, cicit pahlawan Melayu Pahang ni.

5 minit pikir, dapat.

Aku sms Aki, serangan balas.

Tak dibalas balik.

Tak puas hati, aku call Aki.

"Amacam Aki? Gempak tak?"

"Boleh laaaa.."

"Hahaha. Aki jangan la buat ayat pasrah macam tu. Ada ala-ala nak insaf tak pantun Er tu Aki?"

"Insafffffff.."

"Lain kali nak kutuk lagi tak?"

"Tengok dulu la macamana"

Cehh. Tak nak kalah.


Petang ini petang rabu,
Bubur betik warnanya merah,
Ingatlah Allah, Tuhan yang satu,
KepadaNya jua kita berserah.

Muka pasrah Aki.
Aku dapat bayangkan.
Hahahaha.


Please la, Aki. Budak sekolah pun leh buat.
Peace!


Glosari bahasa (Pahang)
Komeh = Kitorang, kami
Keh = Saya
Aok = Awak

Aku Tau Aku Lemah Tanpa Kawan-kawan

Ya Allah. Aku nak exam tak lama lagi, tapi sekarang aku sangat lemah.


Aku lemah tanpa semangat daripada sahabat aku yang dulu. Yang sama-sama berada disini, di tempat ilmu ini satu detik dulu. Semua mereka ada haluan sendiri, dan aku bahagia kerana itu.

Rindu sangat-sangat ni la yang buat aku makin lemah. Aku biasa study sama-sama mereka, cara revision dan study yang sambil gelak-gelak dan main-main, tapi berisi. Study sambil borak-borak ilmu dan baring-baring. Kalau aku sedang lepak-lepak dan malas study, datang sorang dan kata, "Fuyoo..dah habis study. Rilek nampak. Takot aku". Hei, mana boleh jadi kena perli macam ni. Terus menerus je aku bangun semangat menghadap nota periksa. Nampak main-main kan waktu itu? Tapi kami telah lepas satu fasa berjaya dengan cara itu. Mereka telah sama-sama berjaya dengan aku.

Oh, sumpah aku rindu.

Tapi sekarang, dengan cara apa aku nak study ni? Yang dengan duduk sorang-sorang dalam bilik. Yang dengan menghadap assignment di waktu exam makin menghimpit? Yang dengan aku study sendiri, tanpa motivasi daripada mereka untuk aku study? Ini takkan boleh buat aku sukses, faham tak? Aku makin stress kalau terus macam ni.

Ya Tuhan yang Maha Penyayang,
Kirimkan aku sahabat-sahabat aku yang dulu,
Yang lebih membahagiakan daripada menyakitkan,
Yang menenangkan ketika aku sedang sakit dengan hidup,
Yang menghiburkan dengan lawak-lawak kurang pandai,
Yang makan dan bercakap dalam waktu yang sama,
Yang boleh disakat tanpa rasa sakit hati.


Rindu.
Dah aku katakan, sahabat adalah nadi aku.
Semangat.



Yang lain,
Doakan aku lebih kuat.
Untuk exam yang menyesakkan otak ni.


Thanks.
=)

(Sajak). Cinta Itu Apa?

Ini dapat ilham.
Daripada pengalaman seorang kawan.
Sedang sengsara kerana cinta.
Lalu aku nukilkan untuk dia.
Khas.
Tak bagus pun tapi ikhlas untuk dia.


Cinta itu pengorbanan apa ha?
Kalau kau mau aku korbankan hati
Aku sudah sampai parah
Kalau kau mau aku korbankan jiwa
Aku serah sampai lemah
Jangan kata masa
Pun sudah aku bagi
Jadi mau apa lagi?
Aku sanggup beri
Asal kau tak minta bukan-bukan
Bukan-bukan yang dilaknat Tuhan.


Jadi pengorbanan ini apa balasannya?
Janji setia?
Hidup bersama?


Kadang-kadang aku pun sudah berasa penat
Untuk tunggu apa yang aku takkan dapat.



Kakak sayang kamu, Dik.
Cukup lah bersedih.

Kisah Si Mamat Bajet Best

Dua hari lepas, aku pulang ke Kuantan untuk setelkan pinjaman-boleh-convert-biasiswa oleh Yayasan Pahang. Macam biasa, pulangnya aku menaiki bas. Aku naik bas malam tu dengan muka konfiden habis. Naik tangga bas, aku mesti senyum kat pakcik drebar bas. Kadang-kadang kalau mood aku bagus siap aku bagi salam sejahtera ke atas kamu kat pakcik bas tu.


Aku jalan kearah seat aku, sebelum duduk dalam kesamaran aku nampak ada sorang laki duk belakang seat yang aku nak duduk tu. Aku senyum sikit. Brader tu paling muka dia ke arah tingkap. "Bapak la sombong ye mamat ni. Macam la hensem sangat", aku cakap dalam hati. Aku pun buat bangang je, terus duduk kat seat aku.


Sepanjang jalan tu, aku tak pulak tido sepertimana kebiasaan. Sebab? Sebab aku lupa nak telan ubat tidur sebelum naik bas. Agaknya la. Lagi satu sebab mamat sombong belakang aku. Kaki tak boleh nak duduk diam, asyik nak tendang-tendang kerusi empuk aku. Aku sound kang, nampak tak manis pulak. "Sopan, Reen. Sopan.", hati aku kata lagi.


Henfon mamat tu berbunyi-bunyi. Cakap dah la kemain kuat, sampai nak dengar satu bas. Lagi pulak, bahasakan diri dia 'abang' dan si pemanggil 'adik'. Macam geli jek. Daripada perbualan dia, aku agak-agak si 'adik' nak perkenalkan 'abang' dengan seorang awek. Standard la, si 'abang' mula-mula rejek, taknak kata segan dan malu-malu. Keluar la ayat standard 'Abang tak hensem. Nanti dia taknak kat abang'. Nampak macam busy body tak aku? Bukan apa, dah dia cakap kuat sangat, leh la aku buat modal tulis entri. Hahaha.


Ok, sambung. Lepas sessi merendah diri si 'abang', dia habiskan perbualan dengan ayat "Adik send la gambar awek tu kat abang". Perbualan tamat. Lega sikit sebab dah tak bising. Dalam 10 minit macam tu, aku mula dah nak lelap sikit-sikit, mamat tu bersuara lagi.


"Fuh,adik. Comel sehh awek tu, dik. Cun gila la adik. Boleh..boleh. Bak sini bagi no fon kat abang". Pastu gelak kuat-kuat ala-ala cina menang loteri. Dia sambung sembang lama bukan main pulak tu. Daripada masuk Tol Yong Peng sampai la masuk Bandar Segamat.


Dia borak, dia gelak. Dia borak kuat-kuat, dia gelak kuat-kuat.


"Ok la, adik. Abang dah sampai dah ni. Nanti kita sambung borak", mamat tu stop borak macam tu. Turun Segamat rupanya.. Fuhhhh...lega.


Sampai stesen bas Segamat, mamat tu ambik beg dia. Baru melangkah dua tiga tapak dari seat dia, ada orang sebelah aku tahan dia.


"Bang, len kali naik bas, nak cakap telefon agak-agak la sikit. Orang lain pun bayar tiket bas jugak"


Mamat tu turun bas pun nak terlanggar orang lain. Jalan pun senget-senget sebab kena sound dengan budak Darjah 6.
 

Design By:
SkinCorner