Geng!

Tuesday, May 20

(Part 2) Interview Kerajaan.

Aku lupa. Tips yang penting jugak. Sebelum keluar kereta nak ke tempat interview, aku call Mama di Kuantan dan Mak mertua di rumahnya. Masa telefon rasa nak menangis, ntah ape benda tah. Mungkin sebab nak mintak restu. Suami? Tak payah telefon laaah, dah dia yang beria-ia suh pergi, nampak sangat lah restunya.

Tips 4 : JANGAN TANYA ORANG SEBELUM ANDA tentang apa soalan yang dia terima dalam bilik interview. Ini akan lebih menggabrakan anda. Buat cool, buat macam anda tau semua benda dan dah prepare walaupun malam sebelumnya anda layan RunningMan 2 episod. Bayangkan orang sebelum aku tu, 2 orang. Dia berborak sesama sendiri. Dorang dapat soalan yang sama iaitu "plinth area, development order, plot ratio" apajadahnya hoi, aku tak tau menahu pun ape tuuuu?? Aku dah gabra. Aku dah gabra.

Selepas orang kedua keluar, aku tunggu giliran je nak masuk dalam bilik interview. Aku pegang kuat file yang telah disusun elok, dan beg sandang yang aku biasa bawak ke kulu kilir.

 Tips 5 : KETUK PINTU SEBELUM MASUK -- tapi takpayah tunggu orang dalam cakap "Masuk", dah ketuk tu kira 3 saat, then masuk. Dah masuk, bagi salam, letak beg di tepi meja yang disediakan (meja untuk digunakan bukan sebagai hiasan ye). Duduk.

Yang interview aku tu 2 orang, sorang daripada SPA (a lady), sorang daripada JPPH (a gentleman). My bad, aku lupa nak tanya nama dorang, sepatutnya aku tanya. Aku duduk je, Puan daripada SPA tu cakap pada aku, "Eh, bawak bagpack je? Orang lain semua bawak handbag cantik-cantik". Dalam hati aku, mati laaa mati laaaahh dah la tak pakai blazer. Lantas, ku menjawab "Ye, Puan. Saya lebih selesa macam ni. Semua letak dalam ni, senang. Tak hilang." ape gileee jujur sangat aku pagi tu.

Dan, time ni lah aku rasa penilaian tentang perwatakan dan penampilan diri dibuat.

Soalan pertama ditanya -- yang biasanya pihak SPA yang mula dulu. Sila kenalkan diri anda. (Time ni aku cakap status, pendidikan, pengalaman kerja SAHAJA). Bila dah habis perkenalkan diri, dia tanya "Ada terima biasiswa JPA", dan jawapan yang pasti adalah takde, tak layak sebab SPM kantoi, cuma ada waived PTPTN je la.

Angguk.

"Kenapa berhenti jadi lecturer? Kan senang perempuan jadi lecturer. Masa student cuti, lecturer rileks je takde kerja"

"Saya rasa saya lebih puas bekerja dalam bidang penilaian, dalam industri, bukan teori"

Power dak? Dua-dua panel angguk.

"Ok, kite beralih kepada soalan pengetahuan am pula ye"

1. Apa yang awak tau tentang GST?
2. Apa pendapat awak tentang AES (Soalan ni memang dia provoke aku kaw-kaw baqhang)
3. Terangkan satu cabang NKRA dan contohnya.
4. Apa yang awak tau tentang KPI?
5. Selain penilaian, apa bidang kerja Jabatan Penilaian yang awak tau?
6. Kenapa nak kerja kerajaan sangat? Kerja kerajaan ni gaji kecik, awak sanggup ke?
7. Macamana nak handle rakan sekerja yang malas dan bermasalah?
8. Awak tau tak selain bidang kerja awak, sebagai pegawai awak kena attend meeting, kursus, handle masalah pejabat? Sanggup?
9.  Sukan apa yang awak main masa sekolah?

Sekian untuk entri kali ini. Harap tunggu entri akan datang. Kihkihkih.

To be continued...

Friday, May 16

(Part 1) Interview Kerajaan? Sini. Pengalaman Saya!

Tajuk memang saja nak test power.

Untuk kali kedua, selected untuk di-interview jawatan W41, Pegawai Penilaian JPPH. Biasa lah manusia, benda kedua ni dah jadi kurang excited, kurang thrill dan kurang serba serbi takkan semua kurang nak tulis kat sini kesian anak kedua macam I kan. Dapat makluman pun, thru email and SMS canggih dah jabatan kerajaan sekarang ni terharu rasanya. 

Malam tu pun, si Mucid yang lambakkan nota depan mata aku, mostly nota tentang Akta Pengambilan Tanah lah. Aku dengan bongkaknya cakap "Ok, ok. Esok baca" lalu sambung tengok RunningMan dalam laptop. Nampaknya Kwang Soo lebih penting daripada semua ini. Persediaan masa tu pun hanya dalam isu-isu semasa lah.

Aku cakap kat Mucid "Tak payah pergi lah interview, bazir karan je bla bla bla bla (masukkan ayat defensive disini)", dan si suami pun berkata "Cuba lah dulu, bukan rugi pun. Kalau tak dapat takpe, kita dah ada kerja dah pun" -- pandai sungguh si suami menyusun ayat.

Esok pagi, aku try market "Tak payah pergi lah yang", dan Mucid sekali lagi "Bak mai, baju mana nak gosok, meh sini", waaahh peluang keemasan (Ceh, padahal memang dia tolong gosok baju pun setiap pagi). Memang kelam kelibut, dia lah yang cari kasut bertutup, dia lah yang cari blazer dan time tu jugaklah blazer hilang ntah pegi mana mentang-mentang lah dah tak muat kuangjaq punya blazer!

Interview pukul 830 wei. Aku keluar kul 745, first time la keluar rumah awal, persediaan lah nak nampakkan menepati masa lah konon. Sebenarnya, taktau mana tempatnye Wisma Persekutuan Alor Setar, dah tersalah bangunan pulak tu Wisma Persekutuan dengan Bangunan Sultan Abdul Halim, dem yu pakcik guard salah tunjuk bangunan terpaksa saya berjalan kaki selama 10 minit hoi berpeluh ketiak tahu tak? Nasib tak pakai mekap.

Tapi masa berjalan tu, sempat aku baca nota pemberian suami dengan penuh kasih sayang. Baca punya baca, siap tersadung kaki ke batu, pakcik-pakcik gomen yang sedang minum pagi sempat tergelak pehal kau nak cari gaduh ke hoi?

Sampai kat bangunan tu dalam kul 815 gitu. Masa tu dah ada 2 orang. Aku dipanggil oleh Encik berdua lupa nak catat nama. "Keluarkan sijil-sjil dan surat tawaran interview". Baaapppp! Aku letak 2 file atas meja. Segala mak nenek sijil pun waima sijil penghargaan memasuki pertandingan memasak, padahal kalah booo!

Tips 1 : SUSUN SIJIL ANDA DARIPADA PENDIDIKAN TERENDAH (UPSR) KE TERTINGGI (DEGREE contohnya), dan diikuti dengan SIJIL AKTIVITI YANG POWER-POWER SAHAJA -- susun lah siap-siap supaya tak gelabah ayam kat situ. Dah la dia panggil masuk interview ikut masa awak datang, time nak penggil tu pulak masih sibuk susun file, mau nye tak rasa nak terkencing.

Tips 2 : JANGAN TERTINGGAL SATU SIJIL PUN -- macam aku, skrol diploma boleh takde dalam file, mulalah encik berdua tu nak gertak dengan berkata "Sijil pun boleh tertinggal ni, macamana nak jadi pegawai ni"

Tips 3 : PAKAI BLAZER/KOT -- kalau blazer hilang macam aku, nak buat macamana, mana ade kedai baju bukak pukul 6 pagi. Sedialah blazer anda awal-awal supaya takde lah pakcik tu perli "Ni kalau takde blazer ni, kena tolak la markah"

Maukan tips-tips dan pengalaman interview dalam bilik temuduga? Nantikan entri akan datang yang kebiasaannya amat sukar untuk dilaksanakan. HAHAHAHA.