Geng!

Monday, June 9

Kueh

Hari Sabtu aku berborak² girl's talk pillow talk tentang kisah² lama, dengan adik² aku. Berborak tentang betapa sakit hati aku dengan sorang mamat yang bajet bagus blueeergghhhh, dan banyak lagi lah. Tetiba adik aku cakap "Kawan Er yang adik paling ingat antaranya adalah abang Kueh"

"Ha'ah ek adik. Kueh. Lama Er tak contact dia. Dia pun hilang macam tu je"

Dulu, zaman belum pun ada facebook, blog ni adalah antara yang paling power la. Dan, memalui blog ni lah aku kenal ramai orang -- hanya melalui penulisan. Antaranya si Kueh ni lah. Setelah beberapa kali berbalas komen dalam comment box masing-masing, masa tu aku dengan adik-adik aku cadang nak ke Kedah. Aku buzz si Kueh ni kata aku akan naik bas daripada Puduraya. Kitorangpun cadang nak jumpa. Bukan jumpa as if macam first date gitu, jumpa memang macam member-member. Kecik je orangnye, paras bahu aku kot, ke paras telinga gitu lah. Bukan dia yang kecik, aku yang besor.

Jumpa tu memang sempoi. Makan. Borak. Naik bas.

Lepas tu aku dah lupa apa jadi, sampai adik aku yang ingatkan.

"Adik ingat lagi, masa kita nak naik bas tu, abang Kueh tetiba takde. Hilang. Kite pun naik je lah bas sebab dah bye-bye dah. Lagipun dia hilang macam tu je. Alih-alih bila bas dah jalan, baru abang Kueh muncul dengan air mineral dengan plastik ade roti ke ape tah. Kesian diaaaa. Ingat lagi muka dia masa tu. Alaa, kesian diaaa..."

Kueh,
Kau memang pelik. Aku harap kau baik-baik je, kat mana pun kau ada.

4 komen:

zonaku said...

blog dia ada lagi... sesekali ada update.


ada few times gak aku jumpa kueh, paling x bleh blah, call dia x angkat tepon masa kami nk ke lanchang.... gigih oooo kami masa tu...

Hazerin said...

hahahah. gigih mcmne tu? cer crita sikit.

zonaku said...

aku, jard n aima kot, berulang kali amik turn call, rasanya beratus miss call d phone dia subuh tu. :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)