Amaran!!! Ini adalah enntri yang panjang dan bergambar.
Jangan mencemuh. Tak baik, dosa..masuk api neraka. Hahaha.
Kedah Darul Aman.
Ini merupakan perjalanan jauuuhhh aku dan adik-adik sewaktu cuti sekolah yang lepas.
Kuantan-KL-Kedah-Kuantan
Wat apa kat KL?? Ada laaa...rahsia. Hahaha. Untuk sesiapa yang berkaitan, sila senyum.
Aku ke Kedah sebab saja-saja la nak bawak adik2 sebab cuti sekolah... Ceh ceh. Ini adalah alasan semata-mata. Ada niat lain sebenarnya. Aku ke kedah kerana.................. (sila penuhkan ayat ini, Apai).
Antara alasan-alasan yang aku kirakan munasabah untuk aku ke Kedah adalah:
- Nengok new-born baby sepupu aku. Baru 2 hari,ok. Fresh from oven. Hahaha. Owhh. Si kecik ini sangat manja sehinggakan mau aku ayun-ayun dia tido kat atas peha.. Amboi hang...mentang-mentang la peha auntie kau empuk, ye.
- Kenduri kawin kawan aku kat Kulim.
- Kenduri kawin sepupu aku kat Bagan Serai, Perak (padahal tak pergi pun)
- Bawak adik-adik aku jalan-jalan cari pasal + habiskan duit
- Lama tak pergi Kedah.
- Lama tak pergi Kedah
- Lama tak pergi Kedah.
Ini adalah tempat-tempat yang aku lawati ketika aku kesana.
Penang Island. Dah macam pergi Negeri Morocco. First time ke sana, jadik macam tak tentu hala plak.
Mula-mula pergi Tokong Ular. Aishhhh..banyak betul ularnya. Rasa macam nak bawak balik sekor pon ada. John, where's mine????????? Erk. Kat sini siap ada pertunjukkan ular. Aku rasa nak lempang je cina yang pegang ular tu. Sian weii ular-ular kat sini. Ada sekor ular masa show tu. luka-luka badan dia. Aku rasa ular tu pun dah penat nak wat show kat situ. Bagi la dorang rehat woiii.. Bengong! Nasib baik sepupu handsome dan kacak bergaya yang belanja masuk show ni.
Pastu pergi plak Bukit Bendera. Cehh betul la. Hajat tak kesampaian. Tiket keretaapi ke atas dah penuh. Woi-woi. Time aku nak naik la, korang sibuk nak naik jugak ye. Hampesss..
Last. Pergi Kek Lok Si Temple. Mesty pelik napa la duk pergi kuil2 ni manjang. Jawapannya, mana aku tau, weii. Aku cuma mengikut mak sedara aku jep. Dia nak pergi sini. Aku layankan aje. Kat sini takde apa pun, just ada kolam kura-kura yang ada kura-kura pelbagai saiz.
Ke penang dah kul 3 dari Sungai Petani. Mana sempat nak pegi macam-macam tempat. Sib baik sempat grab souvenir untuk sorang gadis yang suka keychain. Wafa namanya. Nahhh ko. Semua dapat. Hahahaha. Penat weii pergi Penang, sib baik la bukan aku yang drive. Aku jadik co-driver yang tido sepanjang jalan. Hahahaha. Ampunn..
Alor Setar- Jitra- Sungai Petani- Penang-Sungai Petani-Jitra-Alor Setar.
Thanks, cinta hati. Hehehe.
Ada lagi tempat yang aku pergi. Dan kebanyakkannya tempat makan. Berjaya jugak aku menambahkan berat badan 3 kilo. Hahahaha.
Dan sila tau aku sangat malas untuk letakkan gambar. Tapi satu. Kalau aku ke Kedah, aku takkan miss ke sini. Siap pakai baju kurung tuuu...
15 komen:
Tasik Darulaman.. tempat tayar kereta kakDib pecah masa travel gi sana dulu. Huhuhu!!
A'ah la... kamu ni pemalu... tp comel hahaha... Kirim salam kt atuk... Semoga panjang umur... Wlupn berasal dr kedah, sy bole katakan yg Kedah membosankan... Bole mcm tu? haha.... Aduh... kena msk hutan la cari ular kamu... sabar ye hehe
hahahahahah.... aku akui apa yg selama ini ko cakap adalh betul. hehehehehehe...
ko mmg besar...
adibah
kak!! hahaha. boleh pulak. tp xpe. kat situ rmai org
johniverson
oowwwhhh..mmg boleh bsabar. bestnya. 1st time jmpa, mmg malu skit. hehehe
datopadukamasri.
shut up u!!!!!
ala,,, direct cakap je la,, lu nak jumpe boyperen,,,
aloy_paradoks.
Syyyyyyyyhhhhh. mana ada.. mana ada..
Kedah? Best pe. Expecialy makanan dia. Bihun sup jamil kat kuala sungai alor setar best wooo. Kalah semua makanan kat kl. N tak lupa juga nasi kandar kat Alor setar, Nasi kandar Royale the best. Tempat2 jalan plak, byk je boleh pergi. Langkawi pun Kedah kan. Mandi air panas kat lengong Baling pun best pe. Takpun g mandi area gunung jerai. Bykkkk sgt tempat berkelah kat sana, n semua tak kena duit masuk mcm KL n Johor. Tasik darulaman? Pergi naik itik kat sana ok gak. :D
"Aku ke Kedah sebab saja-saja la nak bawak adik2 sebab cuti sekolah... Ceh ceh. Ini adalah alasan semata-mata. Ada niat lain sebenarnya. Aku ke kedah kerana.................."
okey..mari aku penuhkan..haha... "..kerana ingin berjumpa abang mucid" muahaha...
lor, kenapa tak cakap p KULIM???izwan duk kat sana laaaa...dier keje kat sana...
>>wazup2<<<<
Acececeh.....p alo sta' nampak..
Kalo ko habaq p sana memang dah sure la melawat mucid...100% sure
Memang sweet la couple ni...(cepat2 langsungkan)..hehhe
Yang paling best gamba ko kat istana..Best kan anak bukit reen?
winduuuu Kampungku..huhuhu
R-zila
+ penambahan +
istana anak bukit tu macam tokong siam la reen....
kalo ko ckp g siam pun aku percaya reen...hehehe
+ penambahan +
istana anak bukit tu macam tokong siam la reen....
kalo ko ckp g siam pun aku percaya reen...hehehe
kedah ade padi! haha
pemalu???
aku lg pemalu... muehehe
hehehe.. pemalu? biasa ja aku tgk. maybe 1st time jumpa kot. nnti sembang pjg² la
dan aku sgt jeles ko ada wan n aki.. jeles sesangat tau!
aku suka dge citer org² lama. esp citer² aki ari tu. kem salam ngan aki yer...
Post a Comment