Geng!

Tuesday, June 23

(Part Akhir) - Long.

Saat arwah Wan buat keputusan untuk Long dimasukkan ke wad, kami senyap sunyi tanpa suara. Berat hati. Wan kata, kalau kami tak panggilkan ambulans, maknanya kami tak sayang Wan. Mahu atau tidak, kami terpaksa akur kerana kami sedar mungkin Long perlukan bantuan ubat penenang daripada hospital. Namun, bukan ambulans yang datang, tapi 'black maria'. Macam pesalah. Long diam saja melihatkan polis datang ke rumah.

Long tanya, "Kenapa black maria ni datang?". Mama pujuk Long, mama kata polis nak tangkap pemilik kolej yang tipu Long. Long percaya. Long kata, "Tam teman Long naik ya".

Setibanya di wad sakit jiwa, Long mengganas. Ya Allah, pada masa tu memang tak sanggup nak tengok. Dicucuk, diikat tangan kaki. Seksa.

Di sana, Long duduk dalam sel, berdua. Teman satu sel dengan Long pun baru masuk. Botak, muka ganas tapi jiwa lembut. Aku borak dengan mak kawan satu sel Long.


"Makcik, kenapa jadi begitu?"

Dalam dialek Kelantan, mak dia menjawab, "Dia nak kahwin, duit tak ada"

Kalau aku datang melawat Long, patutlah suka sangat dia melayan aku.

"Nama awak siapa?"
"Nurul"
"Awak tahu tak, Nurul maksudnya apa? Nurul maksudnya yang berbahagia"
" Bukan maksudnya 'cahaya'?"
"Eh, bukan! Nur baru cahaya"
"Sama je la tu.."

Dia sambung borak.
"Awak nak couple ngan saya?"
"Tak nak"
"Kenapa? Saya tak cukup hensem?"
"Sebab awak tak ada duit"
"Kau buat aku makin stress, Nurul"

Sambung lagi borak.

"Nurul, awak betul-betul tak mahu saya ?"
"Kau tanya sepupu aku (Long), boleh tak?"
"Hakim, boleh tak aku minta izin kau untuk Nurul bercinta dengan aku?"
"Jangan harap. Kau tu gila, ada hati nak pada adik aku."

Dia hentak-hentak kepala ke dinding, tanda protes pada jawapan Long.

Suasana kat wad mental semestinya meriah. Lelaki dan perempuan mestilah dipisahkan, tak mahu apa-apa perkara lucah berlaku. Pesakit-pesakit dalam wad selalu tolong-menolong, bilamana yang dah sembuh sikit bantu-bantu cedokkan makanan pada yang lain, dan bantu susun fail. Mereka ini akan dibiarkan lepas bebas.

Kebanyakkan mereka yang dihantar di wad ini berpunca daripada stress, kesediahan melampau, ditinggalkan kekasih, dan ketagihan gam. Itu kata doktor yang bertugas. Ramai juga dikalangan profesional seperti doktor, jurutera, dan juruterbang yang masuk dalam wad mental, tekanan kerja melampau-lampau.

Paling menyentu perasaan, bilamana suami dimasukkan ke dalam wad mental, isteri akan selalu setia menanti di luar wad tiap-tiap kali waktu melawat membawa sekali anak-anak. Keadaan berbeza jika ia berlaku pada sang isteri. Kebiasaannya, walaupun tidak semua sang suami akan menceraikan isteri.

Long masuk tidaklah lama, tapi agak penat juga kami nak berulang-alik ke hospital menjenguk dia.

Wan pernah cakap.
"Salah Wan ke Long jadi begitu? Wan salah didik Long?"

"Tak Wan. Kami sempurna disebabkan didikan Wan. Long yang pilih jalan hidup dia sendiri"

Sekarang Long sudah sembuh sepenuhnya. Sejak ketiadaan Wan, Long lebih berdikari. Kami biarkan dia tentukan hala tuju hidup dia sendiri, kami tak mahu masuk campur. Biar dia fikir apa yang betul dan yang mana tidak. Namun benarlah kata orang, setiap kejadian ada hikmahnya. Lepas pada kejadian ini, Long lebih banyak bercakap, dia lebih bersikap terbuka.

Cuma satu.
Sifat kedekutnya kekal hingga ke hari ini.


Aku tiada niat mahu mengaibkan Long.
Semoga kisah Long menjadi pengajaran kepada semua.
InsyaAllah.



17 komen:

Wana said...

aku takot la plak sebab aku kalau keje, bukan main g pokesss.. aduhaii.. stress tu memang sokmo la..


Kalau aku masuk ward, ko datang ekk bawak lauk sodap2..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

wana.
hahahha. ko mmg lwak la, wana. klau ko dpt balance stress ko tu, ok la beb.

hei. bercinta tu satu terapi utk hilangkan stress, tau.

ZARA 札拉 said...

insyaALLAh kak~

aduyai..aku stress

fairuz said...

apsal kau tak couple je dengan roomate long tu...pastu kau clash la...orang kata kumpul pengalaman...haha...

kalau ade yang tanya, "kau pernah bercinta dengan orang gila?"

kau jawab la..."sempat la gak.." haha

aloy_paradoks said...

hazerin,, ketahuilah, bahawa menulis dengan hati itu akan terus sampai ke pada pembaca..

momentinlife said...

mana komen aku smlm??? ces!

hurmmm.. keh beb.. aku blah dulu.. ermm hopefully trip ni bole elakkan aku jd org gile! wakaka

tp lanchang xde spital gile.. =)

* bye!!~

(ko carik2 la org len tuk teman ko Ym dipjg ketiadaan ku keh! haha)

Jard The Great said...

serius lawak...

hahaha..


hahahahahhahahahaha.... aku leh sawan ketawa bc kisah long ko neh.. especially part rumet die..


hahahaha

Dato Paduka Masri said...

takut gila... hihihihihihihi... stress....

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

fairuz.
aku bkn tolak cinta dia, apai. hahaha. kang aku jgak yg biol mlayan dia.



aloy_paradoks.
wahh..touching lak aku ko komen gitu, aloy.




momentlife.
komen ko? xde pun wehh.. eh wafa, x pyah la g lama2. bosan la aku, wehh. awak ko, ye. ko g sna ngn 'org gila' tau. haahahhaha



jard.
dah ko pulak yang sawan. aishhh..bahaya nih.




masri.
ko pegi melaka nnt, jgn stress lebey plak yee..x mo aku g mlawat ko.

Zaidon said...

salam.. sedih pula baca entry ni, moga kita semua sentiasa sihat sejahtera.. :)

John Iverson said...

Bagus la Long dh sihat... mmg skrg ramai yg sakit jiwa... stress mcm2.. harap kita smua sntiasa dikurniakan akal yg waras... Tp romantik jdk ek cell mate abg kamu... kamu x cair plak... rugi... haha

John Iverson said...

Kuantan ek? bila ya sis? Apa aktiviti? kamu ada YM x? bg address

♥«m!stAkêñ^!dêÑt!tÿ»♥ said...

huhuu...sedaraku pown penah masuk sana kejap...heh~...;p

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Zaidon.
Salam...sedih? Jgn sedih..semog kau juga sihat.



John Iverson.
Eh...wpun rumet dia agak kacak, tapi x boleh laa.. Long x bagi greenlite. hehehe.

Nnt apa2 sy bgtau kamu ye, john. YM add sudak dbalas d blog kamu.



mistakenidentity.
humangaihhh...susah nak tiru nma ko, wehh.. hahaha. kim slm sedara ye

joegrimjow said...

bagus ok!

baru bace abes
mekasih kat yang pomot cite camni

kawie2020 said...

jard suruh aku bc n3 ni... hehehehhehe... part roomate long memang kelakar abih..

sian kt long... stress smpi camtu sekali... moga2 long semaikn baik dan bahagia dalam kehidupannya.. aminnn...

Anonymous said...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.