Geng!

Tuesday, February 9

Pengalaman Test Kereta

Tahun 2001 dulu, aku mula-mula ambik lesen kereta. Niat ambik lesen motor awal-awal lah perlu dikuburkan sebab mama aku aku tak bagi, so sebagai anak mithali, aku turutkan saja. Sebab aku sudah belajar awal-awal bawak kereta, aku cuma ambik sessi paling minima. Kalau tak silap hanya 4 kali ke 5 kali macam tu. Tapi bayar tetap mahal. Tak pasal-pasal burn duit seriban. Mahal gila pulak tu. Ntah-ntah aku kena tipu.

Habis sessi belajar parking, bukit, jalanraya semua tu, tiba masa test JPJ. Aku rasa aku tergolong dalam fast-track punya candidate sebab pakcik JPJ tu terus je sebut nama aku untuk diuji. Tak rugi lah bayar mahal kalau macam ni.

Mula-mula test jalanraya. Cikgu ajar, masuk kereta kena bagi salam. Aku bagi salam, abang JPJ tu tak jawab. Cikgu ajar, sebelum masuk gear kena betulkan cermin kiri-kanan dan cermin pandang belakang. Aku nak betulkan, abang JPJ tu cakap "Tak payah, jalan je teros". Aku degil buat jugak. Mesti markah penoh.

Baru jalan 2km macam tu, abang JPJ tanya, "Sebelum ni, pernah bawak kereta eh?".

"Pernah", jujur aku.

Sepanjang test, abang JPJ buat muka toya. Ajak sembang pun taknak. Sampai kawasan sekolah, aku kurangkan kelajuan ke 30km per jam. Abang JPJ mengeluh, "Tak payah lah skema sangat, laju sikit. Sebelum ni bawak kereta takde lesen selamba je, kan". Bengang gila aku, tapi sabar tu perlu. Aku diamkan aja. Aku agak dia nak test kecekapan aku mencerap sessi pembelajaran yang lepas. Aku maintain kelajuan yang sama. Lepas kawasan sekolah, aku laju sikit.

Agak-agak dalam 20 minit abiskan masa kat atas jalanraya, aku lulus. Aku agak-agak ada la dalam 5-6 orang yang fail. Pergi dia bawak, balik abang JPJ bawak. Apa kes?

Lepas tu, ujian bukit pulak. Lulus.

Confident level dah naik mencanak-canak. Kat kepala otak dah terbayang aku bawak kereta mama pergi beli barang dapur kat kedai depan, dengan stiker P kat cermin.

Tiba masa ujian parking.

"Ok, awak boleh mula sekarang", kali ni pakcik JPJ pulak yang jaga test.

Mesti lepas punya lah, sebab masa belajar aku tak pernah langgar tiang. Elok je aku nak masukkan bontot kereta, "Tang!!!!", tiang berbunyi, tanda jatuh.

Tiang tu menghimpit tiang yang lain, menjadikan satu formasi jatuhan yang berirama. Satu deret susunan tiang di barisan belakang jatuh.

Gagal.
Pakcik JPJ senyum senget
"Kenapa tak langgar semua sekali?"

"Tak sempat"

19 komen:

joegrimjow said...

hahaha
tak sempat?
ade jugak camni punye kes
kekekek

ku dulu fail jpj je
amek dua kali
hehe

best diingat balik

h4ni3 said...

kekeke..
nape tak minat tiang2 tu kat pakcik JPJ.. buat souvenir ;)

h4ni3 said...

iskk.. typo *minta

farwalis said...

haha..tak sempat? sempoi!

tq hadiah tu. :)

Pekerja Kontrak said...

baguih!!!!

triple x malaya said...

huru hare la lu..

patungcendana said...

hehehe...test kat mana ni?

re...the best mak mertua...erm....

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

joegrimjow
ini fail parking pon kena ambik 2 kali, joe. nasib badan... =)

kak h4nie
tak muat plak nak bawak masuk dalam kancil ,kak. hehehe

farwalis.
sempoi tak sempoi jgak la. ramai je mata perati aku langgar tiang tu.

welkam!~~~tak seberapa.

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

masri.
welll welll wellll

triple x malaya.
takpe. duit byk sangat nak byr repeat test JPJ. hahahaha

patungcendana.
IM, teacher. kat kwsan bukit bukau sana tu.

yeahh.. the best mother in law, after my mom lah. hehehe

Masy said...

melawan siot! hahahaahhaha

fairuz said...

aku tak kisah kau fail parking ke apa...nanti bawak aku pusing² dengan kereta baru kau...hahaha

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

kak masy.
melawan itu perlu, kak. hahaha

apai.
komen ko mmg mbunuh jiwa raga aku. citt!!

9W2OZA / 113MB296 said...

hehehe
klakar btol..hehehe

kamal said...

ko ok dah lepas,aku lagi sebulan nak test jpa, huhuhu...

fatinmasturahMJ said...

heheh, bst btol bile dgr pglaman org len tst jpj mcm2 ade kn..huhuhu

Anonymous said...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.

hahaha...klakar je...!!bole plak x smpat...klu kena kat pkck jpj 2 kn bgus...haha

Anonymous said...

hahaha...klakar je...!!bole plak x smpat...klu kena kat pkck jpj 2 kn bgus...haha