Geng!

Friday, April 30

"Kita Minum-minum Dulu, Dik", kata Brader Tukang Cat Kepada Aku

Lokasi : Johor Bahru (2010)

Pagi tu, aku tolong member. Mau pergi satu syarikat, untuk temuduga kerja. Jarak ke Skudai-JB makan masa dalam 15 minit jugak, so aku pun hantarkan member aku ni. Sampai sana, aku tengok building tu tengah jalankan kerja cat mengecat. Brader tu senyum sama aku. Sebab lama tak bersedekah, aku pun senyum semula.

Member aku naik sorang, aku tunggu kat parking. Dalam kereta. Lebih kurang 50 meter dari tempat brader-brader ni buat kerja mengecat. Sorang brader lalu, tegur "Sorang je dik?". Aku sedekah senyum sebijik lagi.

Mana boleh tahan lama-lama dalam kereta, panas. Aku keluar, duduk kat bendul tepi jalan, layan baca buku. Well, sebagai seorang student yang cemerlang, aku mesti bawa buku kemana-mana aku pergi. Buku bertajuk "Hati yang luka" aku buka pelan-pelan. Aku standby belah kanan aku Teh O Ais bungkus.

Baru nak start layan feeling jiwang, dah ada orang tegur. "Rajinnya dia membaca". Aku senyum. Aku syak, mesti brader ni bajet aku stok melayan. Dia bubuh nyanyi pulak "Bacalah bacalah mari membaca, budaya membaca budaya kita". Aku gelak, tapi muka pandang buku. Tahniah la, bang. Rajin tengok TV ye.

Agaknye, punya la dia tak puas hati sebab aku tak tengok muka dia, brader tu datang dekataku. Gulp.

"Dik", ayat pancing

Aku toleh, "Ye, boleh saya tolong?"

"Jom lah kita pergi minum-minum dulu"

"Takpe, saya dah ada air", sambil angkat Teh O Ais

"Ala, jom la minum air panas-panas sikit. Takut apa. Kawan-kawan je"

Aku geleng

"Ala, jom lah dik. Minum-minum je pon"

Bersungguh betol, kesian pulak aku nengoknya. Aku tutup buku, kesat seluar berbekas pasir. Baru jawab sepotong ayat, brader tu pudar muka. Putih lesi. Dia pun ajak kawan-kawan dia blah, pergi minum air agaknya.

Salah ke kalau aku jawab, "Takpe lah, bang. Saya tunggu suami saya"


Salah ke??

13 komen:

Jard The Great said...

ahaha.. terbaik laa.. salah laa.. ko menipu. ko blom kawen lagi

GhOsToNe said...

hahaha..
baek pnya!

fairuz said...

aku rasa..dia tengok kau pun dah seram bila kau cakap kau tunggu suami kau, ni kan pulak bila "suami" kau datang..

mesti berair la kat seluar dia nanti agaknya...hahaha...

zonaku said...

x baik ko menipu tau...................



tp itu jer cara nk bg dia blah kan?

amu mejie said...

" bang...abang x penah amik wudhuk basuh muka guna teh o ice kan? "

..len kali try tnya gini lak..compom tetelan cat brader tu...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Jard
nak hidup, kena pandai2 lah.


Ghostone
:D


Apai
hahahaha. berani betol mamat tu tegor aku. dia tak tau agaknye yang aku ni gangster


zonaku
yeah. klu x, dia x reti bhasa.


amu mijie
hahahaha. tak berani. kang dia tuang cat atas kepala, habissss

farwalis said...

kau ni, tak baik menipu.

brader area mana tu? bangunan mana? kakakakkakaka entah2 kawan aku.haha

citahrudin said...

ko patut cakap..

saya tunggu suami ngan anak-anak saya nih

Masy said...

abg ni cepat mengalah laaa hahahaha

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

chaki
area JB jugak. aku syak ko yg hantar dorg ngacau aku. kann kann

citah
itu mesti dia x caya

kak masy
ntah. x thrill lgsung kan kak?

Anonymous said...

hahahaahah tergelak besar baca post yg ni...huhuhuhu bagus2 kakak yg smepoi :)

Juna~

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

juna mmg salu gelakkan akak. :D

dude said...

aku pon sama akan jawab:

"takpela. saya tunggu isteri saya cik."

itu pon kalau ada aweks gedik yang ajak aku minumla.