Geng!

Tuesday, September 14

Versi Raya (1) : Duit Raya

Tahun ni, sebagai insan yang sudah bekerja aku punyalah bersemangat tukar duit raya sampai 4 rat. Aku syak, mesti budak-budak ni menempel-nempel kat aku mintak duit raya. Aku standby note singgit-singgit, lima ringgit-lima ringgit, sploh ringgit-sploh ringgit.

Singgit-singgit untuk budak-budak biasa.
Lima ringgit-lima ringgit untuk yang rapat.
Sploh ringgit-sploh ringgit untuk yang betul-betul rapat.

Dan, aku pun dah menjangka daripada awal yang aku takkan dapat duit raya tahun ni. Dah bekerjayalah katakan.

Bila menziarah rumah orang, aku duduk dan makan. Bila tiba waktu salam-salam, aku salam. Bila tiba time tuan rumah nak hulur duit raya, diorang mesti tanya :
"Ni dah kerja, kan"

Aku pun jawab:
"A'ah dah kerja, tapi belajar master tak habis lagi"

Pastu, diorang pun jawab balik:
"Oh, kira belajar lagi lah tu", sambil hulur sampul duit raya.

Aku dah cakap, sapa kata orang bekerja tak boleh dapat duit raya????

3 komen:

citahrudin said...

betul tu..aku sokong

_ToMaToMeI_ said...

hehe...kalo dah keja tp cakap tgh blajar masak agak2 diorang nak bg tak ReeN...hehehe....

fndrocka said...

kalau gitu...tahun depan nak dkt raya aku nak daftar kelas belajar fardhu ain