Geng!

Thursday, March 3

Ko Dah Kahwin, Ada Aku Peduli?

Inai dikuku
Cincin dijari
Muka berseri
Tahulah kami yang kau sudah dimiliki

Ya
Melalui akad dan nikah
Saksi berdua
Mahar kahwin
Pengantin lelaki dan kau bersekali
Tahulah kami yang kau sudah dimiliki

Dah lah
Tak perlu kau hebohkan
Tak perlu kau kecohkan
Dengan berpelukan sakan
Bercium dahi dan pipi
Di McDonalds atau di KFC
Itukan tempat awam
Takkan itu kau tak tahu lagi

Sampai aku terdengar si kecil berbunyi
"Eh, mama orang tu peluk-peluk"
"Eh, ayah, dia cium-cium"
Mana letak budaya
Mana letak adab kita

Aku tak kata kau salah
Yelah, itu laki kau, dan kau bini
Kau akan kata "Ah, dah sah, apa aku peduli"
Tapi segan lah sikit pada kawan sebangsa seagama
Takpun pada yang bukan sekufu kita

Nak tunjuk mesra ada caranya
Pegang tangan, peluk pinggang, bual mesra
Itupun dah cukup buat orang lain teruja
"Eh eh, romantiknya depa"
"Ala, sweetnyaaaa"

2 komen:

h a n i e said...

biasalah...org kita kn bangga kl menunjuk ke gaya tak senonoh gitu..haihhh.. =_="

zaradgreat said...

huii. luku sekali ah dia tuh. hahahah