Geng!

Thursday, June 30

"Janganlah pandangggggggg!"

Aku suka tengok budak kecik. Lagi comel budak tu, lagi aku suka pandang, aku suka pegang. Hari tu, lepas aku lunch kat area ofis ni, aku and the gang pergi melawat shopping complex berhampiran. Disebabkan aku tak laraaaaaaaaaaaaaat sangat nak berjalan, aku duduk kat satu sudut.

Ada sorang budak pompuan kecik tengah berjalan dipimpin oleh mak dia. Aku syak umur dalam 4 tahun gitu. Aku pandang. Dia senyum. Dia toleh kat mak dia. Mak dia senyum. Aku senyum, dia senyum dan lambaikan tangan.

Aku pandang dia lama-lama, sampai dia naik eskelator.

Dia jerit, "Jangan lah pandaaaaaaang oraaaaaaaaang!"

Aku ketawa. Mak dia ketawa.

Comel.

5 komen:

alien said...

alahai~
misti comel budak tu kan

Fairuz said...

Kalau aku pandang macam cara kau pandang, konfem mak dia ingat aku pedofil...hahahaha..

Green Duvet said...

hahhahahhaha cooooomel gila!!

BY THE WAY! tak sangka laaa kita tak sempat pun nak jumpa kan ;(

jedi said...

cecepat la kawen dan ade anak.....mesti comel

fa-rho-ha-alif-nun said...

Bukan ko dh kawin ke?

Taknak share gambar kawin ke?

Eh ke aku silappp?