Geng!

Thursday, November 3

Final Exam

Assalamualaikum.

Macam aku dan kawan-kawan aku jugak time belajar dulu, students ni ada macam-macam perangai. Ada yang rajin sangat, rajin setengah, rajin sikit. Ada yang malas sangat, malas setengah, malas sikit.

Ada students kalau bertanya sampai takde jawapan aku nak bagi. Bukan sebab aku tak tau nak jawab, tapi sebab pertanyaan dia tu - aku dah jawab sebelum ni. Suka sangat ulang tanya soalan yang sama. Samaada dia tak confident dengan diri dia atau dia tak confident dengan jawapan yang aku bagi. Bila jadi macam tu, aku suruh dia pergi tanya cikgu lain, kot-kot la dia dapat jawapan berbeza, alih-alih datang balik pada aku dan cakap, "Encik tu suruh tanya puan". Rasa nak lempang dua-dua.

Ada students yang banyaaaaak alasan. Dia bagi alasan bila ditanya kenapa tak datang kelas sepanjang semester, kenapa tak hantar assignment, kenapa tak datang test. Alasan dia seribu satu macam, pelbagai patent. Ada yang kata tak sihat - siap bagi slip MC fotostat (bila check, slip MC yang sama jugak dia bagi pada lecturer lain tapi tukar tarikh je), ada yang kata dia kerja - cari duit untuk bayar yuran, ada yang kata ada masalah keluarga, putus cinta, masalah rakan sebaya. Putus cinta pun sampai nak ponteng kelas. Tak dewasa langsung. Sebagai cikgu, aku CUBA untuk tak terpengaruh dengan alasan-alasan diorang ni. Sebabnya, student yang samaaaaaaaaaaaa jugak yang buat perangai setiap semester, dan bila tiba akhir semester, baru nak terhegeh-hegeh mintak tolong kita buat re-test, nak hantar assignment copy paste dari member semester lepas, nak buat tutorial dan nak buat presentation sorang-sorang. Serius, tak kuasa aku nak layan.

Ada student yang rajinnya pulak terlampau sampai assignment yang aku tak suruh hantar pun dia bantainya buat dan hantar. Kes nak dapat markah lebih la ni, macam aku tak tau. Tapi untuk students yang macam ni memang aku bagi extra marks untuk dibawa ke final exam nanti. Aku salute la walaupun ada sesetengah dorang yang tak boleh nak score sangat dalam test, tapi dorang deserve dapat markah lebih untuk assignment, project dan tutorial - sebab kerajinan dorang, dan kesungguhan untuk dapat markah extra.

Ada student yang suka bodek-bodek. Ni pun aku rasa nak lempang.

Nasib baik dorang tak bodek aku. Lagipun, aku tak makan bodek, aku makan nasi. Dorang bodek lecturer lain. Jangan budaya bodek tu dorang bawak ke dunia kerja sudahlah!

Start minggu ni, dorang sits for final exam. Sebabkan kitorang buat twinning programme dengan UTM, paper final exam akan dibuat dan ditanda oleh lecturer UTM. Harap-harap dorang tak gabra masa menjawab. Harap-harap jugak lecturer sana tak kedekut markah.

Restu dan doa saya bersama korang. Good luck! *bajet ada budak nak baca blog aku padahal bila budak tanya "Puan ada Facebook?" - aku akan jawab "Facebook tu natang apa?"*

2 komen:

Erda Malek said...

mmg mcm2 kerenah mase belajar ni...rs2nye dulu pn ade cube buat slh satu y dsenaraikan..hehehe...tp ble dh jd cgu br tau yang bengang jugak ble bdk wat gtu..ehhe..so skang tpulang pd kite dh nk memastikan dpt mlahirkan generasi y lbh baik..hehehe

Fairuz said...

Student kaki bodek? Hmmm...one of your BEST FRIEND right?

Hahaha...

Aku yakin kau tau macam mana nak handle patent macam ni..