Geng!

Tuesday, November 15

Student Nakal

Assalamualaikum.

Semalam aku buat kerja kat PC library. Datang sorang student aku, duduk PC sebelah. Aku punya lah tekun buat kerja (kejar deadline) sampai budak tu ajak borak pun aku tak berapa boleh layan. Sudahnya budak tu pun layan internet sorang-sorang dia - yang last aku tengok dia bukak surat khabar online.

"Jualan runtuh akan diadakan di East Cost Mall pada hari ini. Dijangkakan harga turun secara mendadak disebabkan pertukaran stok yang baru. Sasaran pasaran adalah kepada 150 wanita yang pertama yang mendapatkan kupon diskaun sebanyak 90% - siapa cepat dia dapat"

Budak tu baca berita dalam skrin.

Aku serta merta toleh ke PC dia.

"Eh, ada ke? Awak baca kat mana? Mana? Mana? Tengok jap"

Kat skrin dia berita bola - Malaysia menang lawan Kemboja. Takde pun pasal sales tu.

"Amboi Puan....kalau bab shopping, kerja yang tekun pun boleh tinggal ye. Saya tipu je. Nak test konsentrasi Puan"

Cis! Cis! Cis!

3 komen:

alien said...

haha
tekena~

jedi said...

hahah...tu la popuan...pantang kalo shopping...hahhaha

Pekerja Kontrak said...

hahahahahahahaha