Geng!

Thursday, March 6

Anak menangis-nangis ke taska? Tenang.

Tajuk memang nak power je.

Aku baru lepas mengalami masalah diatas -- Haris taknak ke taska. Padahal sebelum ni ok je suka hati rela je bila gi taska. Gile aaaa. Memang jiwa kacau dibuatnya bila sampai je taska dia meronta-ronta taknak turun.

Semuanya bermula hari khamis (hampir 3 minggu yang lepas), masa tu dia baru masuk 23 bulan. Aku macam biasa, hantar dia ke taska pagi-pagi, sebelum aku ke ofis. Aku turunkan, pakaikan selipar, cikgu pimpin ke pintu masuk. Bila sampai je kat pintu, ada sorang budak debab ni, umur dalam 4 tahun gitu lah, dia cekak pinggang then dia cakap "Haris, masuk Haris. Masuk!". Terus melalak budak tu taknak ditinggalkan dan bermulalah perang emosi antara aku dan anak aku selama 3 minggu ni.

Bayangkan.

Belum sampai taska lagi pun, baru on the way nak ke taska, dia dah nangis "Bu, akmau school. Akmau" -- Ada satu ketika tu, kitorang nak pegi Giant tapi kebetulan jalan nak ke Giant tu satu jalan nak ke taska dia. Haris punya melalak, ya ampuuunnn tahap memang boleh syak "Cikgu ni dera anak aku ke kat taska" haaaa sampai tahap macamtu la dia punya buruk sangka. Dah la dia nangis sebut "Mummyyyyy..mummy", merujuk kepada tukmummy nye ye. Takkan ada mummy lain kot? Kahkahkah.

Aku pun ada la buat sikit reading (maksudnya aku ni takde lah malas sangat membaca ye dak?) -- aku google la jugak "Anak enggan ke taska", atau "Taska dera *kahkahkah*", atau "Anak menangis punca-punca taska" semua tu lah. Banyak jugak lah aku baca pengalamn mak-mak yang menerima nasib yang sama dengan aku.

Aku pun buat jugak siasatan kat cikgu taska tapi takde lah aku tanya direct macam "Cikgu dera anak saya ke?", takde lah aku ni sebangang tu kan? Aku tanya cikgu dia macamni "Dia nangis lama ke?" cikgu akan jawab "Tak lama, kak. Kejap je dalam 5 minit, pastu elok je dia main dengan kawan-kawan yang lain". Pastu aku tanya lagi "Dia ada meragam tak kat taska?", cikgu pulak jawab "Takde kak. Dia kalau nak tido je merengek sikit, yang lain sume ok". Pastu aku tanya lagi "Ada budak tolak-tolak dia ke, ke dia gaduh dengan kawan ke?", cikgu akan jawab "Takde kak, dia main ngan kawan-kawan elok je"

Tapi, aku macam ragu-ragu lagi. So, bile setiap kali aku hantar dia, aku akan pusing balik, tengok dia ok ke tak? Ada ketika cikgu tengah peluk dia, ada ketika dia duk diam kat hujung, ada ketika cikgu pujuk dia. Banyak kali jugak aku tengok adegan cikgu peluk pujuk dia sambil kawan-kawan pun sekali duk kerumun dia konon nak pujuk la hahahahaha so cute.

Tapi yang bestnye, setiap kali balik, muka dia happy macam takde masalah langsung. Cikgu pulak cakap "Ni kuat drama ni, kak. Geram. Saya rasa nak rakam je tunjuk kat kak yang dia nangis sat ja". Oh, mungkin pengaruh Aaron Aziz dia saja nak attention. Ke? Tapi still. Aku siap nak letak hidden camera lagi. Rupa-rupanya macam-macam jenis hidden camera yang ada kat pasaran sekarang ni. Ni kalau orang salah guna ni, memang saja laaaaa.


Lighter. Kalau letak dalam beg, cikgu perasan pastu mesti cikgu cakap "NI ape jadah bawak lighter pegi taska", ye dak?
Pen. "Kau ingat anak kau dah pandai menulis?"

Ni bagus ni, gantung kat beg pastu rakam. Ke?

Aku tidaklah meneruskan hasrat untuk letak benda-benda ni, macam teruk sangat la aku ni. Aku dapat jugak instinct yang mengatakan yang mungkin Haris nak duk umah Maktok dia, sebab Maktok dia memang tak pernah marah dia pun, naik mua la dia aipp biase nih. Sebab ape aku cakap dia nak duk umah Maktok dia? Sebab, bila sampai kat simpang umah Maktok dia, dia tunjuk "Ni, ni. Mah tuk", tak pun, "Nak tukkkk". Aku pun alahaaaaaiii takkan nak duk umah Maktok kot, dah la hari Jumaat memang booking Maktok (taska tutup). So, aku pun tak layan permintaan dia. Aku tetap hantar ke taska. Bila tiba hari Jumaat, aku nak tengok akal dia -- kalau betul dia nak duk umah Maktok, kalau aku tinggal dia mesti ok kan? Ek eleh, dia nangis jugak bila aku tinggal umah Maktok dia.

Jadi, aku buat kesimpulan, dia manja dan dia taknak ditinggalkan. Dia mengalami separation anxiety (sila google)

So, aku ambil pendekatan memujuk. Tiap-tiap malam, aku cakap dengan dia (dia tengah tidur), aku cakap "Haris, esok pegi school ye. Haris kan pandai", contohnyaaaaaaaaa. Pastu aku baca-baca la apa yang patut. Apa yang patut? Takkan itu pun nak ajar, cari aaa sendiri. HAHAHAHA. Masa on the way ke taska pun, aku pujuk-pujuk dia, "Yeaaaaaayy, school", buat suara ceria sikit. Yang nak tergelaknya, bila aku buat macamtu, dia pun "Yeaaay kuuull", tapi sampai depan taska, melalak jugak lol!

Pastu, "Haris school arini? School best, school ada kawan, ada teacher. Petang ni Ibu ngan Ayah fetch Haris, k" -- walaupun 2 minggu tak jalan jugak tapi cuba je lah. Dalam 2 minggu ni, aku dan Mucid kena car pool (pergi keja sekali) sebab kalau hantar sorang-sorang memang lagi lawak keadaan Haris taknak gi taska. Dia melompat ke driver seat terus bile cikgu nak datang amik dia. So, bila aku pegang dia kat sebelah, ayah dia drive, boleh aaa aku pujuk-pujuk dia, then bila cikgu nak amik dia -- aku la yang pegi hantar ke tangan cikgu. Takde lah dia terasa macam makbapak dia nak tinggal dia selama-lamanya kat situ *tolong lah Haris*

So, Alhamdulillah. Usaha kami membuahkan hasil. Dua hari ni, dia pulak yang depangkan tangan bila cikgu nak amik dia kat pintu keta. Bila cikgu dah amik, dia pulak yang "Bye..bu"

Terus, aku pulak yang tak percaya anak aku dah ok.

Monday, March 3

Terakhir



Pagi tadi, 3 March 2014. Aku bukak deepfreezer, aku keluarkan satu botol EBM beku yang terakhir -- masukkan ke dalam bekas yang diletakkan air. Tarikhnya 9 Julai 2013, hampir 8 bulan yang lepas di'express'kan dan dibeku. Lepas pada tarikh ni, seingat aku, aku tak bekukan lagi. Hanya fresh EBM aku bagi pada Haris. Bukan senang sebenarnya untuk aku carikan yang terakhir ni. Aku sayang. Aku jadi kaku. Aku termenung 4,5 minit. Untuk lupakan perasaan, aku sibukkan kaki dan tangan -- memasak untuk keperluan taska Haris.

Dah siap masak, normalnya aku/suami akan sediakan bekal susu ke taska pulak, tapi tak. Aku buat benda lain - buat-buat rajin. Kemas beg taska, masukkan botol susu.

Lepas tu, aku pegi ke bekas tadi. Kali ni, aku nak buat sendiri sebab selalunya sumai yang buat. Jumlahnya satu botol, 5 oz, aku amik 2 botol, aku bahagikan dua. Aku campurkan dengan susu yang baru perah. Siap. Letak dalam peti, nanti nak keluar rumah baru keluarkan dan letak dalam cooler bag.

Seperti yang aku cakap di awalnya, bukan senang aku nak cairkan botol terakhir ni.

Aku ketap gigi -- airmata jatuh laju.

Aku menangis, suami tanya kenapa -- aku diam. Suami panggil Haris - "Haris, ibu nangis." -- Haris pulak "Bu...."

Aku peluk Haris. Lagi seminggu lebih, usianya nak capai 2 tahun (kalender Masihi). Kalender Hijrah, dah 2 tahun dah pun. Huuuuuu...

p/s: Sorry lah, aku memang emo tak memasal, nowadays. Kahkahkah!