Geng!

Friday, May 16

(Part 1) Interview Kerajaan? Sini. Pengalaman Saya!

Tajuk memang saja nak test power.

Untuk kali kedua, selected untuk di-interview jawatan W41, Pegawai Penilaian JPPH. Biasa lah manusia, benda kedua ni dah jadi kurang excited, kurang thrill dan kurang serba serbi takkan semua kurang nak tulis kat sini kesian anak kedua macam I kan. Dapat makluman pun, thru email and SMS canggih dah jabatan kerajaan sekarang ni terharu rasanya. 

Malam tu pun, si Mucid yang lambakkan nota depan mata aku, mostly nota tentang Akta Pengambilan Tanah lah. Aku dengan bongkaknya cakap "Ok, ok. Esok baca" lalu sambung tengok RunningMan dalam laptop. Nampaknya Kwang Soo lebih penting daripada semua ini. Persediaan masa tu pun hanya dalam isu-isu semasa lah.

Aku cakap kat Mucid "Tak payah pergi lah interview, bazir karan je bla bla bla bla (masukkan ayat defensive disini)", dan si suami pun berkata "Cuba lah dulu, bukan rugi pun. Kalau tak dapat takpe, kita dah ada kerja dah pun" -- pandai sungguh si suami menyusun ayat.

Esok pagi, aku try market "Tak payah pergi lah yang", dan Mucid sekali lagi "Bak mai, baju mana nak gosok, meh sini", waaahh peluang keemasan (Ceh, padahal memang dia tolong gosok baju pun setiap pagi). Memang kelam kelibut, dia lah yang cari kasut bertutup, dia lah yang cari blazer dan time tu jugaklah blazer hilang ntah pegi mana mentang-mentang lah dah tak muat kuangjaq punya blazer!

Interview pukul 830 wei. Aku keluar kul 745, first time la keluar rumah awal, persediaan lah nak nampakkan menepati masa lah konon. Sebenarnya, taktau mana tempatnye Wisma Persekutuan Alor Setar, dah tersalah bangunan pulak tu Wisma Persekutuan dengan Bangunan Sultan Abdul Halim, dem yu pakcik guard salah tunjuk bangunan terpaksa saya berjalan kaki selama 10 minit hoi berpeluh ketiak tahu tak? Nasib tak pakai mekap.

Tapi masa berjalan tu, sempat aku baca nota pemberian suami dengan penuh kasih sayang. Baca punya baca, siap tersadung kaki ke batu, pakcik-pakcik gomen yang sedang minum pagi sempat tergelak pehal kau nak cari gaduh ke hoi?

Sampai kat bangunan tu dalam kul 815 gitu. Masa tu dah ada 2 orang. Aku dipanggil oleh Encik berdua lupa nak catat nama. "Keluarkan sijil-sjil dan surat tawaran interview". Baaapppp! Aku letak 2 file atas meja. Segala mak nenek sijil pun waima sijil penghargaan memasuki pertandingan memasak, padahal kalah booo!

Tips 1 : SUSUN SIJIL ANDA DARIPADA PENDIDIKAN TERENDAH (UPSR) KE TERTINGGI (DEGREE contohnya), dan diikuti dengan SIJIL AKTIVITI YANG POWER-POWER SAHAJA -- susun lah siap-siap supaya tak gelabah ayam kat situ. Dah la dia panggil masuk interview ikut masa awak datang, time nak penggil tu pulak masih sibuk susun file, mau nye tak rasa nak terkencing.

Tips 2 : JANGAN TERTINGGAL SATU SIJIL PUN -- macam aku, skrol diploma boleh takde dalam file, mulalah encik berdua tu nak gertak dengan berkata "Sijil pun boleh tertinggal ni, macamana nak jadi pegawai ni"

Tips 3 : PAKAI BLAZER/KOT -- kalau blazer hilang macam aku, nak buat macamana, mana ade kedai baju bukak pukul 6 pagi. Sedialah blazer anda awal-awal supaya takde lah pakcik tu perli "Ni kalau takde blazer ni, kena tolak la markah"

Maukan tips-tips dan pengalaman interview dalam bilik temuduga? Nantikan entri akan datang yang kebiasaannya amat sukar untuk dilaksanakan. HAHAHAHA.




5 komen:

zonaku said...

cakap kat dia, dah seploh tahun g keje pakai tshirt,jeans n sport shoes.

bila dah betul jadi pegawai kerajaan baru saya tempah blazer. ni pun untung kasut bertutup sempat pegi beli kat tesco/giant

inani ibrahim said...

kekekeke... ina masa interview PTD dulu pun mmg langsung tak prepare. Blazer pun tak pakai. Rambut? sanggul sudaaahhh... tak de makna nak blow bagai. Kasut pinjam kasut mak. hehe.. Tapi fail sijil memang dah tersusun sbb hobi memang suka tengok sijil hari2. hehe

Hazerin said...

Zona : blazer mmg kna tempah sbb xde saiz. mampu? hahahah

Ina : sijil lintang pukangggg omaaaiigaaaddd.

zonaku said...

bukan pasal mampu.. signifikan dengan tugasan sekarang. kot dah masuk meeting pun semua pakai jeans.. apa kes tetiba ko nk tempah blazer kannnn.. lainla kalau mmg dah dalam skop keje kita kena pakai blazer...

make up pun sekarang andai ada event rasmi je..

Anonymous said...

Salam hazerin,

Dapat la iv tu?