Geng!

Monday, June 9

Kueh

Hari Sabtu aku berborak² girl's talk pillow talk tentang kisah² lama, dengan adik² aku. Berborak tentang betapa sakit hati aku dengan sorang mamat yang bajet bagus blueeergghhhh, dan banyak lagi lah. Tetiba adik aku cakap "Kawan Er yang adik paling ingat antaranya adalah abang Kueh"

"Ha'ah ek adik. Kueh. Lama Er tak contact dia. Dia pun hilang macam tu je"

Dulu, zaman belum pun ada facebook, blog ni adalah antara yang paling power la. Dan, memalui blog ni lah aku kenal ramai orang -- hanya melalui penulisan. Antaranya si Kueh ni lah. Setelah beberapa kali berbalas komen dalam comment box masing-masing, masa tu aku dengan adik-adik aku cadang nak ke Kedah. Aku buzz si Kueh ni kata aku akan naik bas daripada Puduraya. Kitorangpun cadang nak jumpa. Bukan jumpa as if macam first date gitu, jumpa memang macam member-member. Kecik je orangnye, paras bahu aku kot, ke paras telinga gitu lah. Bukan dia yang kecik, aku yang besor.

Jumpa tu memang sempoi. Makan. Borak. Naik bas.

Lepas tu aku dah lupa apa jadi, sampai adik aku yang ingatkan.

"Adik ingat lagi, masa kita nak naik bas tu, abang Kueh tetiba takde. Hilang. Kite pun naik je lah bas sebab dah bye-bye dah. Lagipun dia hilang macam tu je. Alih-alih bila bas dah jalan, baru abang Kueh muncul dengan air mineral dengan plastik ade roti ke ape tah. Kesian diaaaa. Ingat lagi muka dia masa tu. Alaa, kesian diaaa..."

Kueh,
Kau memang pelik. Aku harap kau baik-baik je, kat mana pun kau ada.

Tuesday, June 3

(Ending Part) Interview Kerajaan

Setelah wakil daripada SPA menyudahkan soalannya, beralih pula pada wakil daripada JPPH. Aku syak beliau mesti dalam high position sebab beliau memang steady daripada awal duk angguk angguk. Mesti dah standby dengan soalan maut. Soalan dia mesti berkaitan dengan bidang penilaian sekarang.

Soalannya : Berikan seksyen-seksyen yang terlibat dalam Akta Pengambilan Tanah, yang akan dimasukkan dalam laporan penilaian.

Serius rasa macam daaaannggg mampos aku! Aku langsung blur dan terdiam. Tapi sempat recover balik dan refresh nota kuliah zaman belajar dulu. "Seksyen 4 dan Seksyen 8", aku jawab.

"Ok, terangkan."

"Bla bla bla bla bla tarikh penilaian bla bla bla", punya lah panjang bla bla bla tapi salah ye kawan-kawan jawapan aku. Dia siap tolong betulkan lagi.

Tips 6 : YANG PENTING CONFIDENT. Goreng, tapi jangan sampai hangit.

"Ok, seksyen apa lagi dalam Akta yang terlibat?", beliau sambung soalan.

"Errr...ada lagi ke? Saya memang tak ingat lah Encik. Saya daripada tadi duk hafal step-step penilaian, borang-borang, bla bla bla *mintak simpati* sebab aku tengok wakil SPA dah senyum senyum.

"Awak tak expect langsung ke soalan saya bagi ni? Ok, saya bagi hint. Kalau dalam Akta tu, duduknya kat belakaaaaaangg sekali", kata beliau.

"Haaaa..ok. Jadual pertama", aku jawab. "Ok, betul. Terangkan Jadual Pertama". Bla bla bla bla bla lagi sampai habis kali ni nasib baik betul. Wakil JPPH tu angguk. Ada la lagi soalan-soalan kecik yang dia tanya banyak sangat seperti "Main sukan apa masa kat sekolah dan universiti?" "Dulu aktif persatuan tak?", "Suka makan tak?" dan macam-macam lagi.

Yang paling tak tahan, boleh dorang cakap "Tengok daripada gaya awak ni, awak ni jenis tak duduk diam ni. Suara awak mesti kuat". "Alamak, betul lah Puan. Suara saya yang sekarang ni, yang paling slow lah saya boleh buat. Kalau Puan nak saya cakap lagi slow daripada ni, memang tak boleh dah nak adjust"

Aku TERgelak kuat, dorang ikut sama gelak.

Dan aku masih ingat sampai sekarang, soalan provokasi dia berbunyi "Awak nak ke kerja JPPH? Sekarang JPPH tak macam dulu tau, sekarang kerja banyaaaak. Stress."

"Saya rasa kan, Encik. Saya lebih bagus bekerja di bawah tekanan. Sebagai contoh...bla bla bla bla bla"

Akhir sekali, wakil JPPH tu cakap "Ok, saya cabar awak"

"Ok, saya sahut cabaran Encik"

Sekian.

p/s : Ada member aku kena soalan daripada wakil SPA "Antara sekilo kapas dengan sekilo besi, mana lebih berat. Berikan hujah anda"

Part 1
Part 2