Geng!

Sunday, May 24

(Bahagian Akhir) - Cinta Yang Pergi

Maaf, kawan-kawan.
Aku ber-hal penting semalam.
Makanya entri ini aku tunda ke hari ini.
Maaf sekali lagi.


Wan lama juga di hospital. Nak kata aku bosan menunggu Wan, tidak juga. Aku hepi duk hospital tu, sebab aku rasa makanan hospital sedap. Ya. Sedap. Hahahaha. Wan tak boleh makan sangat, jadi aku TOLONG Wan makan makanan-makanan yang dihidangkan + makanan yang orang ziarah bawakan. Best2. Buah banyak gila. Well well well, biasanya orang ziarah Wan akan bawak buah dan biskut-biskut dan aku akan cakap. "Eh, ada makanan la. Wan tak boleh makan. Biar saya je yang tolong habiskan. Halal ye..."

Paling aku suka, time lap badan Wan.
Aku = "Wan dah kurus la.."
Wan = "Ye la gamaknya. Rasa ringan pulak badan Wan"
Aku = "Perut Wan dah leper." (Aku selak baju Wan)
Wan = "Eee..perut Wan lembik yek. Macam perut katak pulak"
Aku = "Hahahaha. Ada ke pulak Wan ni"

Kalau-kalau aku bosan duk dalam wad, aku berjalan-jalan la ke luar. Ambil angin la katakan. Wan tak suka aku jalan-jalan macam tak tentu hala macam tu, kata Wan.

"Awak buat la berjalan-jalan macam tu, kat hospital ni Bangla banyak, diculiknya awak, baru awak tau."

Alalalalala. Comelnya la Wan cakap macamtu. Mungkin dalam fikiran Wan aku masih a lilttle girl yang kiut-kiut yang bila orang jumpa orang nak cubit-cubit dan dukung-dukung. Mungkin juga Wan lupa yang aku ni sudah besar-panjang-gemok dan kalau Bangla tu nak ngorat aku pun tak jadik bila tengok aku jegil mata aku besar-besar sambil cakap "Dah menumpang kat negara orang, buat cara menumpang". Hahahahaha. Best2.

Ok. Ini bukan entri untuk Mat Bangla kerja hospital. Ini entri untuk Wan.

Kami macam dah berkampung dah kat hospital tu. Kami gilir-gilir jaga Wan. Tapi bak kata Aki, Wan suka aku dan mama aku jaga dia sebab kami ni berhalus sikit masa tukar pampers dia. Wahaha. Bangga. Punca Wan kena hold lama-lama di hospital sebab waktu nak scan dalam usus dia untuk detect mana+besar mana ketumbuhan tu, asyik-asyik tak dapat. Kali ke-4, baru dapat detect tapi unfortunately sudah sebesar penumbuk dah benda alah tu. Wan perlu segera dibedah. Ok. Bedah-bedah-bedah. Aki tak sign , tapi Wan kata kita perlu ikhtiar cari penyembuh kepada sakit makanya sign jugak untuk dibedah. Aku tak pasti pulak siapa yang sign surat tu. Samada mama ataupun Wan sendiri yang sign.

Wan dibedah. Mula-mula masuk CCU, 2 hari lepas tu dah boleh pindah normal ward kata doktor. Ok. Kami happy sebab dah boleh lepak-lepak dengan Wan seperti biasa. Lepak dengan Wan best sebab Wan comel. Hehehe.

Wan = "Er belajar la tinggi-tinggi ye".
Aku = "Ok"
Wan = "Wan nak Er berjaya. Tunaikan hajat Aki nak tengok cucu dia ke menara gading"
Aku = "Ok. Wan jangan la mati dulu"
Wan = "Hal-hal mati mana boleh cakap"
Aku = "Alaaa. Wan janji la tunggu Er habis belajar. Tengok Er atas pentas nanti"
Wan = "Ok"
Aku = "Janji la, Wan"
Wan = "Janji"
Aku = "Wan sayang Er tak?"
Wan = "Sayanggggg.."
Siap buat cross-finger dan give me-5 lagi masa tu. Aku masih ingat.

Dan hari itu jugak aku masih ingat aku jaga Wan 2 hari berturut-turut. Hari ketiga aku terasa sangat penat dan rindukan tilam. Aku cakap kat Wan yang aku takleh nak jaga dia malam tu. Wan kata "La..Er tunggu Wan la malam ni". Aku rasa aku macam degil gila pulak malam tu, aku cakap kat Wan "Malam esok Er tunggu Wan, ye". Wan senyum aja. Wan tak pernah marah. Aku cium pipi wan kiri-kanan. Sebelum cium harus letak bedak dimuka Wan. Supaya putih dan wangi.

Pagi esoknya makngah call mama aku, sampaikan pesan Wan yang nak semua anak-anak dan cucu-cucu dia datang ke hospital. Semua datang. Macam nak sesak wad tu. Bukan takat cucu-anak tapi jiran-jiran sedara-mara semua pakat kerumun. Wan mintak aku bacakan Surah Yassin. Dalam kepayahan, aku masih ingat Wan usaha untuk dengar lebih dekat. Wan rapatkan diri dengan aku. Aku baca dalam kepayahan juga. Tersekat-sekat menahan sendu. Memori dikejar Wan kerana ponteng mengaji Quran satu-satu aku selak dalam minda. Patutlah. Seusai baca, Wan suruh aku balik rumah masak untuk adik-adik dan sepupu kecik. Aku taknak. Wan suruh jugak. Taknak tapi terpaksa balik. Waktu dah rembang petang waktu itu.

Belum sempat aku masak, panggilan telefon dari hospital. Wan sudah kembali ke rahmatullah. Innalillah.. Aku bagaikan tiada nyawa. Demi Allah. Aku menyesal tak sudah sebab tak menemani Wan malam itu. Kerana tiada lagi malam-malam untuk aku menemani Wan. Wan pergi tinggalkan aku. Selama-lamanya. Allahuakbar!

Aku hilang punca.

Bila jenazah Wan dibawa pulang ke rumah, aku tak pergi dekat Wan. Aku taknak. Mama pujuk untuk aku pergi dekat Wan. Aku tetap taknak. Aku kata pada mama, "Wan mungkir janji, Wan kata nak tunggu Er. Wan tipu". Akal fikiran dan kewarasan aku campak entah kemana. Sumpah aku tak dapat terima Qada' dan Qadar Allah ketika itu. Tak seinci pun aku berganjak dari bilik sampai aku tertidur keesokkan paginya.

Bila tersedar aku cepat-cepat duduk ditepi jenazah Wan. Tak berganjak. Airmata aku ketika itu sudah kering. Menangis hanya menyeksakan Wan. Aku tak mahu.

Aku mandikan jenazah Wan, dan tolong kafankan Wan. Kucupan terakhir aku ke dahi Wan diiringi dengan ucapan "Yu sayang Wan sampai bila-bila, Wan". Hanya dalam hati, tak mampu aku zahirkan dengan kata-kata lagi.


23 Mei 2005 ~ 23 Mei 2009
Genap dah 4 tahun, Wan.
Wan pergi tinggalkan kami.

Wan,
Wan tahu tak..
Sejak Wan takde, Aki sunyi.
Aki anggap Wan cintanya sampai mati.
Aki bina rumah kecil binaan batu untuk Wan walaupun Wan tiada.
Aki selalu mimpikan Wan, dan merepek nak ikut Wan.
Aki dah pindahkan guraunya untuk Wan dulu pada Mama
"Gemoknya awak ni", kata Aki.
Wan ingat lagi??

Wan,
Wan tahu tak..
Sejak Wan takde, kami sunyi.
Rindunya kami pada Wan.
Hari raya kitorang dah tak macam dulu.
Hari raya kitorang sepi dan hambar tanpa Wan.
Wan tahu? Kami tak salam-salam pun waktu raya, sebab Aki taknak.
Aki cakap sebab Wan takde.
Tetamu yang datang pun dah tak ramai macam dulu.
Lemang dah tak sesedap dulu, lemang Wan lagi sedap.
Kuih raya pun dah tak banyak
Sebab Wan je yang suka tengok kuih raya banyak-banyak dalam bekas.
Wan ingat tak??

Wan,
Wan tahu tak..
Sejak Wan takde, anak-anak Wan dah tak bersatu.
Masing-masing macam bawak haluan sendiri je.
Semuanya sebab Wan takde.
Kesian Aki sorang-sorang, Wan.

Wan,
Walaupun Wan takde.
Kenangan dengan Wan sentiasa fresh dalam hati Er, Wan.
Wan tahu tak.. ramai orang kata muka Er macam Wan
Ye ke, Wan?
Wan tak pernah cakap pun.

Wan,
Damailah Wan kat sana.
Selain mama,
Wan la syurga hati Er, selama-lamanya.

Al-fatihah.

Aku tak mampu menangis lagi.

15 komen:

joegrimjow said...

smoga rohnya bersama dengan yanag baik2

alfatihah

kueh bakar said...

adakale..kite memerlukan sepanjang hayat untuk melupakan seseorng...adakale tidak terlupa pun kite akan mereka...

momentinlife said...

aku xde nenek or datuk.. so aku xtau kasih syg dr mereka ber4 cmna.. tp dr entry ko, aku faham cmna kasih dorg..

*aku bru bgn..terus bukak pc, masuk blog ko.. duno la psl moody bru bgn ke ape, air mata aku bergenang! adeh!!~

momentinlife said...

waaaa... aku rsa aku nangis la.... ces!~

Rashila In Da house said...

Semoga Roh Wan tenang di sana..
Wan..
Cucu Wan ni baik sangat..
Kalo Wan ada mesti Wan bangga..
Cucu Wan ni bakal merangkul 2 medal tau masa konvokesyen nnt..
Cucu Wan sahabat dunia akhirat sy Wan..

Wana said...

series aku cam nak nangis ahh.. aku ni sensitipp kit bab2 cenggini.. ko sure nangis kan time wat n3 ni..


Boleh tak aku nak fuck nurse yang buat onar kat wan ko.

Elsa S said...

wooooooo.. sedih gile bace entri yang ni. serius sue melalak ;( wut wud i do if i were to fit in ur shoes. tak mau tak mau.. tak cukup kuat..

amu mejie said...

nasbib baik den ni laki yo.3 episod 3 emosi...sob...sob~~ .. papepon mudahan ur wan tenang la kat sana dan ditempatkan bersama para anbia' dan solehin..Allahumma amin...

~al-fatihah~

Aloy Paradoks said...

spechless...................

a.b geldofg said...

:)

Sharif John said...

Al-fatihah.... teringat masa sy dgn adik jaga arwah mak kami... kenangan tu indah kan? makann mak saya la tlg abiskan hehe... tp semua dh jd kenangan... kehilangan tu x dpt dielakkan... tp xpe... kita smua akn kembali... sy x sedih dh... sbb sy tau nnt sy akn bertemu jgk dgn mak saya... so sy happy tggu masa sy....

Fairuz said...

agak sedih cerita kau...

adibah said...

Dik, bersyukurlah kerana diberi peluang untuk bersama2 mereka semasa hayatnya..

Berdoalah dan bersedekahlah untuk mereka, hanya itu saja yang kita mampu.

Biarlah air mata mengalir sekali sekala, kerana itu tanda kasih dan rindu..


Semoga tenang di sana, insyaAllah. Alfatihah.

*hugs

h4ni3 said...

Al Fatihah..
Wan pasti bangga ada cucu yg baik mcm Er.

Btw, Er ada bakat penulisan yang baik.. Keep it up!

Salam perkenalan dari saya :)

meza said...

aku harap aku mampu bersabar macam ko. sebab aku pun rapat dengan tok dan wan aku.

aku akan gunakan masa yang sebaik-baiknya bersama mereka.

thanks rin.