22 Mei 2009
Sebelum aku sambung cerita
Aku nak wish Happy 25th Birthday untuk Abang aku.
Hairul Izwan bin Ahmad Idris.
I love U, Turtle!
More than u know.
T_T
entri ini bersambung-sambung dari episod 1... =)
Iqbal sepantas kilat je masuk bilik doktor, sampaikan aku nak ikut belakang dia pun tak boleh. Nurse ber'nametag' sial dah gelabah ayam. Sepupu aku bukak bilik doktor, nampak doktor tengah minum air. Sian ek doktor-doktor kat Malaysia ni, nak minum air dan makan pun tak sempat (perli). Sepupu lelaki tough aku ni tak serang doktor, dia tanya dan mengadu dengan penuh demokrasi tentang kesialan perangai nurse di hadapan bilik no. 6 itu. Doktor tanya balik in English, "Nenek awak sakit apa?". Cologne Cancer. Ringkas. "Eh, bilik ni untuk pesakit luar yang demam biasa. Cancer itu kronik. Agaknya nurse tu dah hantar kad awak ke bilik no.2 kot. Cuba awak tanya nurse kat depan tu". Aku dah hangin satu badan! Aku dah la lapar, aku makan jugak nurse ni kang!
See. Aku dah cakap. Nurse ni makan gaji buta. Buat kerja tak pandai, nak maki-maki orang aje kerjanya. Meh aku sound sebijik.
"Kad nenek saya awak hantar ke mana?"-Aku
"Cuba la tengok kat kotak kad tu"-Nurse sial, tanpa memandang aku
"Awak tau nenek saya sakit apa?"- Aku
"Tak"-Nurse
"Cancer"-Aku
Nurse mula gelupur tahap cipan kena sembelih. Buat-buat cek kat kotak yang dimaksudkan. "Saya rasa saya dah hantar kad tu ke bilik no.2". Kalau la ini bukan hospital, dah lama dah aku terajang nurse ni. "Lain kali, kalau tak reti buat kerja, berhenti je. Jaga laki kat rumah". Simple but nice, kan?
Ke bilik no.2, Wan diberi check-up yang segera. Nurse situ cakap dah panggil nama nenek aku banyak kali, tapi tak de orang menyahut. Dem! 2 jam penantian yang menyeksakan bagi Wan dan aku jugak. Perut lapar.
Wan admitted. Wad Dahlia 6A.
Best wad ni. Ada bilik rehat, leh tengok cerekarama lagi. Bilik ni berempat. Wan katil hujung sekali dekat dengan tandas. Nurse kata boleh memudahkan Wan ke tandas. Memudahkan Wan? Memudahkan aku ada la. Wan tak kuat nak bangun ke tandas. Wan pakai pampers. Comel. Tapi Wan tak betah pakai pampers, sekali buang air Wan akan minta ditukar. Tak bersih katanya.
Wan = "Er tak geli ke tukar pampers Wan"
Aku = "Tak pun. Dulu masa kecik Wan jugak yang tukar pampers Er"
Wan = "Hehehe.."
Aku = "Ni kira balas jasa la. Boleh? 0-0 ye, Wan. Hahahahaha"
Wan = "Boleh ke macam tu?"
Aku = "Tak boleh kot"
Wan = "Memang tak boleh pun. Hehehe"
Waktu dari kecik, aku tinggal dengan Wan, Aki, Mama, Abang aku dan sepupu aku di rumah Aki. Semuanya dijaga oleh Wan. Wan best. Wan tak marah-marah tapi kalau sekali marah, adoi mak. Aku pernah kena kejar satu kampung sebab ponteng mengaji, tapi Wan tak dapat kejar. Biasa la, dulu aku 'kecik' je. Tapi balik je rumah, Wan dah stand-by dengan batang kayu yang Wan cilok kat mana tah. Kejar-kejar keliling rumah-masuk rumah-nyorok dalam bilik air, itupun kalau nasib baik. Kalau takkkk..sendiri pikir la. Sapa suh ponteng mengaji. Kalau aku dapat la sapa yang report kat Wan tu, aku nak shake-hand dgn dia. Pastu nak suruh dia mengaji depan aku seround. Memandai-mandai je report. Bisa wo kena sebat ngan batang kayu. Hahahaha.
Disebabkan aku cucu perempuan sulung mereka, aku boleh nak kata pegang rekod la jugak dalam family tu sebab selalu sangat kena cili mulut. Sebab? Maklumlah, Aki aku tanam cili keliling rumah dia. Hahahahaha. Takde lah. Sebab aku selalu cakap perkataan "Babi". Babi sana babi sini. Nahhh, kau. Kena cili mulut. Cili apa yang tak pernah kena? Semua pernah. Takde cili kecik, cili besar ada, takde cili besar Wan bantai cili boh..!
Last-last, Wan dah tak boleh handle lagi dah. Wan packing barang-barang, pergi KL. Bukan merajuk tapi ajak kitorang semua pergi Zoo Negara. Motif? Tunjuk babi yang sebenar kat aku.
Di zoo pada suatu ketika dulu.
Wan = "Tu babi. Tu. Nampak?"
Aku = "Nampaaaakkkk.."
Wan = "Lawa rupa babi?"
Aku = "Tak lawa pun, Wan"
Wan = "Nak cakap babi lagi tak?"
Aku = "Taknak!!"
bersambung lagi, ye kawan-kawan.
esok last episode!
janji!!
esok last episode!
janji!!
13 komen:
oooh. dulu tktau rupa babi cmne ke. sbb tu suka sebut?
haha. pndai wan awak ngaja keinsafan.
=P
ok kerna ko dah janji aku bagi ko masa.... buat ayat cantik2... ok... hahahahahaha....
ko kan xkeje jadi kena buat entri banyak2...
anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda
lain kali dtg rumah gua kat kampung je,,, babi hutan jangan cakap banyak...
gua tengah makan nasi pun babi leh main kubang kubang belakang rumah..
hehehe~ makasey menceriakan hari-hari den ngn citer klasik ekau ni...nsb baik wan ekau x taruk c4 lam mulut ekau kan..he~
adoiii...sambung lagi...
kt sabah, byk babi...
bila kt trafik light, lorry berenti.. pergh! bau dia.. adeh!
mcm nk je langgar lampu merah...
pengajaran...hahaha..
selamat ari lahir abg izwan...
hehehe...abg reen abg ila jgk kan..
kita adik beradik KTF..he~~
tak sabar nak dgr cita seterusnya..
reen ila dah confirm tak sambung reen...
hahahahahhaha. ending kelakar gile. siap bawak akak gi zoo rupenye ek. tah pape jek nurse tuh, mcm nak lempang je perangai. nih arr masalah orang orang yang buat keje separuh hati ni.
zoo negara telah bpindah ke perak
Comel la kamu... hehe... kecik2 dulu sy pn nakal jgk... mandi sungai dn sebagainya.. mmg kene rotan la ngn nenek... tp nenek teta sayang... cucu feveret haha... sampai skrng
woi... mana dah janji ko nak sambung cerita ni.. aku tggu xde pun... ceh... mem bazir je....
Post a Comment