Geng!

Monday, June 29

Cikgu dan Matematik.

Aku tak suka matematik. Aku tak suka. Kenapa 1 +1 perlu jadi 2. Terlalu rigid aku rasa. Kenapa aku tak suka matematik? Ntah. Padahal dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, cikgu matematik yang terbaik aku dapat.


Sekolah rendah.
Cikgu Rozina. Dulu dia andartu. Tua, tak kahwin lagi. Garang. Garang nak mampos, tapi guru terbaik kat sekolah. Aku rasa hormon tak kahwin dia yang menyebabkan dia garang tahap gaban. Kalau dia masuk kelas, tanpa disuruh buku dah ada atas meja. Kalau nak suruh hantar buku, dia sebut satu perkataan je, "Hantar". Seminit kemudian, semua buku latihan dah ada atas meja dia. Dia ajar, semua budak faham. Walaupun dia garang, prestasi matematik kami terbaik. Kalau buku matematik tak kemas, selambe je dia campak buku tu dari tingkat 3. Terkial-kial la pergi kutip. Kalau salah satu soalan, satu cubit dapat. Memang sakit. Tak kira laki ke pompuan, semua kena. Aku pun pernah kena. Sakit. Sakit! Serius sakit.

Sekarang cikgu sudah kahwin. Aku jumpa dia di sekolah lama aritu. Dia sendiri mengaku dia tak segarang dulu.



Sekolah menengah.
Masuk sekolah menengah, ketidak-sukaan aku pada matematik bercambah. Boleh pulak ada matematik tambahan? Adoi. Memori aku dengan cikgu matematik di SMART (nama sekolah aku) ni banyak gila.

  1. Cikgu satu. Lau Bee Ngo nama dia. Cina, garang. Cakap melayu fasih nak mati, tapi ada dialek Terengganu. Dia ajar Add Math. Masa form 4 dia ajar. Ada satu masa, waktu rehat dah habis, aku dan member aku, Nafhatun lambat masuk kelas. Lau Bengong dah masuk. Naf takut nak masuk, aku masuk dulu. Dia tanya, "Dah pukul berapa eh..?". aku jawab, "Sorry, cikgu. Lambat.". Dia cakap, "Awak tau awak dah lambat ehh.. Awak tak payah masuk kelas la eh.. Pergi jalan-jalan kat luar je la ehh..". Adoi, kalau cakap tak de perkataan ehh kat belakang tak boleh ke cikgu? Dia halau aku. Lagi aku suka. Aku keluar selamba. Nafhatun buat muka tebal, masuk jugak kelas. Hahahaha. Kalau sekarang, kalau sebut nama aku depan cikgu ni, dia akan cakap, "Hazerin? Dengar nama pun boleh sakit jantung oo.."

  2. Cikgu dua. Cina jugak. Apa tah nama dia. Lupa. Kecik je, tak garang, cakap lembut je. Baik sangat. Ajar matematik biasa tu, mate moden ye? Aku selalu tak buat kerja sekolah dia bagi. Kalau dia tanya je siapa tak siap kerja, mesti aku angkat tangan. Yang lain tak ngaku. Azri, Eball, Jimmy, Budin, Naf, Pai. Semua hampeh tak mau ngaku. Ciss! Azri tu lagi pemalas. Masa ni aku Form 5, dah mau SPM. Masih malas nak belajar. Sampai satu tahap, dia masuk dalam kelas, dia tarik kerusi duduk sebelah aku.

    "Ok ye, Hazerin. Awak buat kerja awak sekarang. Saya tunggu sini sampai awak siap, loo. Apa-apa awak tak faham, boleh tanya saya looo..".
    Baik, kan? Sangat baik. Dalam hati aku, nak je aku cakap. "Cikgu, cuba la pergi meja orang lain. Diorang pun tak siap kerja sekolah jugak..".

  3. Cikgu tiga. Mr Teo Poh. Ajar Add Math masa Form 5. Tahap kritikal dah masa ni. Aku tak pernah lulus Add Math. Pasrah je la apa jadik pun masa SPM nanti. Cikgu ni superb. Baik gila2. Lelaki. Kuat joging. Mana-mana rentas desa pun dia masuk, selalu je menang. Fit gila, dan cute juga. Dah tua, tapi still standing macho. Aku masa Add Math selalu pura-pura sakit. Kalau ujian, agak2 dapat 17 markah tu dah tinggi la bagi aku. Kelas kami nakal. Mr Teo Poh selalu senyum je kalau kami malas. Dia selalu pesan, "Kamu nakal-nakal la sekarang, nanti sudah tua jangan menyesal ya". Start pada tu, aku tak sakit dah. Aku attend je kelas dia walaupun tak minat. Semua sebab respectkan seorang cikgu. Hasil SPM, Add Math aku dapat cangkul. Hahahah. Boleh la, janji lulus.


Sekarang, macam hukum karma.
Pergi belajar kat UTM pun, mengira je pulak kerja aku.
Benci ah!
Tak boleh jadi boss la kalau x suka mengira.

25 komen:

momentinlife said...

1st!!!!
wakaka

momentinlife said...

dan juga 2nd!~

momentinlife said...

3rd!

* psst! aku tgh ajar ko maths nih! wakaka

Hazerin said...

uish..penat je den menaip ha.
buleh plak ko komen gini gayak. nk jadik masri?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~

kak..ko jgn benci math kak~

kang aku gigit kang~

hahahaha~

Hazerin said...

Zara.
Meh gigit meh, cikgu... cikgu math ye. tak takot lgsung. hehehehehe. kang akak gigit ko balik kang.

Jard The Great said...

eh.. tp matematik ialah subjek paling aku suka.. (sbb cikgu die taste aku.. ahakzz!)

Pekerja Kontrak said...

patut aku asyik batuk2 je... ko sebut2 nama aku... hahahahahahahaha... napa cikgu ko cina semua...????

Rashila In Da house said...

Hehe...
Yang nakal-nakal la cikgu sayang..

Math...
Hehehe...
pun penah menghantui ila satu ketika dulu..
Nama cikgu tu Dzul..
Takot gila kat dia...
Kalo semak jadual kelas malam2...esk tgk2 ada math...
Hui rasa cam nak demam..alasan malas nak g skolah...
Tak cukup papan hitam kat lam kelas...atas meja ila dia tulis ngn kapur...nak ajar anak murid die bg pandai..

Selamat Berjuang di UTM reen..
We all miss u...
See ya Ogos nanti...nanti ila bawak coklat banyak2 kat reen...

Hazerin said...

Jard.
Hoho.. malangnye cikgu math aku garang-garang (alasan).


Pekerja Kontrak.
apesal pekerja kontrak pulak dah??? adoi ko ni, masri. men tukar2 plak. dh turun pgkat ka?

Hazerin said...

ila@tomatomei.

ila lagi nakal agaknya, kan?

ilaa....nnt rin rindu la nk pggil ila tomato. dlu tomato besar, skrg ni dh jadik tomato kecik dh ila, kan. hehehehe.

tak pyah bwk coklat, ila. moga kita dpt btemu nnt. pertemuan itu lebih penting utk rin.

Azuan said...

aku pon suka math..
tapi skang lansung tak blaja math...
huk3...

Hazerin said...

azuan.
masalahnye...aku TAK suka math, tapi skrg blaja nk kna kira2 plak.

Pekerja Kontrak said...

lebih kurang la... dah muflis... so kena jd pekerja kontrak la... hahahahahaha...

Hazerin said...

Pekerja Kontrak.
sumpah aku ckp, x best bahh nma baru ko, masri. dh muflis, buat loan la.. apa lagi.hahaha

adibah said...

Aduh.. i hate Maths..! Tapi sampai sekarang... hari2 tengok nombor! Duh..!

triple x malaya said...

kte cam same plak...gua pun x suke maths..tapi gua x la seteruk lu dapat cangkul mase spm...hahaha..

Hazerin said...

adibah.
sabo je la kan, kak. btul la apa org kata, kita akan dpt apa yg kita paling x suka. hehehe




triple x malaya.
woi2. slmba je kutuk aku. hahahaha aku nye math dpt A, add math je dpt cangkul.

ternyata kita sehati sejiwa. hahaha

cm said...

tak suka math?? meh sini nak ajar!
Hari ni cikgu ni baikkkk....

Hazerin said...

cikgu_math.
alamak!!! cikgu math. hehehehe. x mo cikgu. cikgu math sy garang2 belaka.. cikgu yang ni, baik hari ni je kan? esok mesti garang semula hahahaha.

Sharif John said...

Math best la sis... sbb straight forward... cuba fizik... hahaha...

Fairuz said...

skang ni kau dah suka belom math ni? haha..

Hazerin said...

JohnIverson.
Fizik? tak msuk dlm senarai pun. hehehe. sy bukan budak sains.



Fairuz.
tak. tetap x suka math. dgn adanya pak hamid di fakulti itu, lagi aku mnyampah. hahahaha

ABBY said...

NANTY KEJA NAK PAKAI MATH GAK...

Hazerin said...

ABBY.
takpe. keja aku nnt sume dh ada sistem kira2. hahaha