Gambar akan diupload kemudian.27 Jun 2009.
Kisah pinang meminang untuk cousin macho, kacak bergaya, hensem tapi pandir ini berlaku pada tarikh ini. Namanya Iqbal. Kitorang kalau stok sepupu sepapat ni memang macam adik beradik. Tak boleh kawin sepupu, nanti anak jadi bangang. Tu la yang kami-kami ni letak dalam kepala otak dari dulu lagi. Iqbal kerja Kedah. Petronas Fertilizer. HR Executive. Gaji pertama yang Iqbal bagi pada aku, still aku simpan. Sentimental value tinggi, beb.
Bertolak dari Kuantan Jumaat malam. Penat Khamis belum habis, ke KL lagi hari jumaat.
Takpe, sayang sepupu punya pasal.
Arrived. 11.30 malam. Terus makan nasi. Memang menarik betul rumah Mom aku ni dengan makanan. Hohoho. I like..
Malam itu, kami duduk bincang-bincang anak beranak. pikir-pikir kot-kot orang Melaka penuh dengan adat. Tapi bak kata bakal tunang Iqbal, biasa-biasa je. Melaka takde adat.
Pagi-pagi Sabtu, bangun. Iqbal ke pasar. Beli sireh, kapur, pinang.
"Nah. Gubahkan tepak sireh untuk aku." - Iqbal.
"Aku?? Bagi satu alasan yang paling comel kenapa aku?" - Aku
"Sebab ko sepupu aku" - Iqbal
"Hoh. Tak comel langsung alasan" - Aku
Sambil-sambil tangan menggubah tepak sireh,
"Sekapur sirehhhhh..sekapur sireh seulas pinaaaaaannnggg". Aku nyanyi. Saja je nak sakat Iqbal. Aku duduk di meja, dia di bawah sambil-sambil dia kilatkan tepak sireh dan bekas-bekasnya.
Ke Melaka pukul 3.30 petang. Gilos kerja pinang-meminang buat petang-petang hari. Aku pun pelik. Lantak. Jauh jugak Kajang-Melaka.
Sampai di rumah bakal tunang Iqbal. Humangaih. Takde orang tua pun. Kami tunggu. Tunggu. Tunggu. Baru ada. Bincang-punya-bincang, haaa hambik ko. Melaka punya adat jugak, rupanya. Adat temenggung. Tok sidang. Apa tah lagi. Aku tak dengar sangat (tipu, padahal siap salin atas kertas lagik). Yang aku tak boleh blah tu, masa bertunang nanti, resit cincin tunang tu kena letak bersama-sama cincin. Motif? Nak je aku tanya wakil pihak perempuan tu macam ni,
"Pak Lang, bagi saya satu sebab yang paling comel kenapa kena letak resit cincin tu sekali". Hahahaha.
Setel semua kerja pinang meminang ni. Pukul 7 sebelum maghrib kami bertolak ke Kajang. Yang aku ingat, sepanjang jalan pergi dan balik tu, aku asyik ngomel-bebel.
"Aku ni pergi meminang orang ni, bila pulak orang nak minang aku ni.."Aku berkata-kata dengan nada serius, ok.
20 komen:
resit utk kegunaan andai terjadi kecelakaan di belakang hari dalam tempoh pertunangan... harap lu faham kot maksud gua ni..
hehehe....
xlama dah kot tu...
gua nak meminang lu boleh...?kalau on...bg tau k.....
ni bukan mulut jahat.. tapi sekadar menjawab apa lu tanye je ok.
andai kata dlm tempoh tu pihak perempuan mintak dibatalkan tunang. atau erti kata lain putus.
Maka pihak perempuan perlu memulang dan membayar harga ganti rugi 2 kali ganda. maka resit itu adalah bukti harga, dan pihak lelaki tak dapat mengambil kesempatan dengan mengatakan kos semuanya lebih mahal dari sebenar. jadi pihak perempuan yg minta dibatalkan tadi bayar ganti rugi ikut jumlah yg sepatutnya.
aloy.
aku x faham.
tomatomei.
eh. eh. sapa xlama? ila ke reen?
triple x malaya.
on. sila masuk minang sekarang.
ha,, kalau faham takpe.,,, kene barjaga jaga..
ah~
xpe,timba pengalaman dlu
hehe
tuntungkita.blogspot.com
reen,
takpa.. sambil tunggu2 orang pinang tu.. gi carik baju tunang dulu.. :-)
hahahaha~
pasni org minang ko kak~
ko tunggu~
HAHA... letak resit sbb nk claim kot nnt? haha... comel je entry ni... kamu x terasa ke sis? ye la.. kiri kanan depan belakang, suma dh nk kawin ni
aku tunggu kad jemputan neh...
tak sabarnya nak makan nasi minyak kamu.. ahaha..
kau dah sangap eh? hahaha
kenapa org melayu panggil pinang...bukan kelapa?
kadang2 perigi cari timba
Thanks sis... klu sy buat trip, kamu nk join x?
gatai nau dah muncit neh... ihik.. x ajak aku pun kan. aku nie kan kezen angkat ko..
aloy_paradoks.
aku faham. ko mmg senang nk fahamkan aku. ko boleh jadik cikgu.
tuntung.
dh byk pglamn. pnglamn kna perli pun byk gak ni..
adibah.
hahaha. kak, beli kain ela 5 meter x cukup ni kak. gemoks sudaaa..
Zara.
Dik, bukan ko ke yg dpinang kt sekolah. hahaha
Johniverson.
ni duk mkn hati laa nii.. jiran dh duk tnya2.. adoi la... pdhal sy masih muda. wahhh..muda kee..
Jard The Great.
Ku x buat nasik minyak. Ku hidang nasi lemak, jat. Boleh?
fairuz.
ko la sangap. aku plak!!
ab. geldofg.
ntah. aku xtau. aku jawa. hahahaha! tetiba ngaku jawa.
joegrimjow
hahaha. betul.. betul. tp xkan la kot..itu dh thp kritikal dh tu..
Johniverson.
Mau!! bgtau tarikh. n masa. boleh adjust.
Wana.
Shut up you....!! hahaha. Kang aku rejek ko dr jadik pngapit aku
Post a Comment