Geng!

Tuesday, July 21

Entri Serius. Senyum Pun Tak Dibenarkan.

Malam.
Isnin.
8.00 hingga 10 malam.
Kelas : Pembangunan Falsafah dan Sains (Subjek Umum U)



Datang lewat. 15 minit lewat, tapi pensyarah itu senyum sahaja. Segan. Aku, Ima, Yob dan Tando masuk kelas laju-laju. Aku dapat rasakan kelas ini sangat serius. Amik tempat di belakang sekali, tujuannya untuk memantau-mantau dahulu. Ye lah, kelas pertama la katakan.


Minit ke 30, sekumpulan student lelaki masuk kelas. Lagi lambat dari aku, kata hati. Aku kira-kira mesti budak engineering. Aku toleh pada Ima, rumetku. Senyum, tanya jam pukul berapa. Aku dah menguap beberapa kali. Kelas aku straight dari pagi, petang, bawak ke malam, sebab tu aku benci Isnin. Huh. Bosan. Dah la hasrat nonton Malaysia lawan MU terbantut, sebab ada kelas malam ni.


Otak aku tiba-tiba mencerap sesuatu.

"Dimana hakikat manusia? Apa nilai manusia dalam dunia ni?", ayat ni betul-betul menarik perhatian aku. Senyap je. Tiada jawapan. 6 tahun belajar valuation, takda pulak diajarnya untuk nilai manusia. Aku tunduk.

"Manusia ni ada akal, kan? Kamu tau akal letak nya di mana?", pensyarah kelahiran pantai timur (agaknya) tu bersuara lagi. "Kamu rasa, akal letak nya disini, atau disini?", beliau point jari di kepala dan di hati.


Diam lagi.


"Akal letaknya di hati. Dalam Islam, akal letaknya di hati".


Baru aku tau.


"Dalam badan manusia ni ada macam-macam unsur. Unsur kapur, garam, oksigen, hidrogen, belerang, air dan macam-macam lagi. Mari saya bawak kamu semua ke satu situasi. Seorang manusia mati, meninggal dunia. Kita bedah dia. Kita keluarkan unsur air dalam badannya, letak dalam satu bekas. Kemudian, kita keluarkan unsur belerang, letak dalam satu bekas. Dan setiap unsur dalam manusia yang mati itu kita keluarkan dan letak dalam bekas berasingan. Kita bawa bekas-bekas itu ke pasar. Kita jual dan kita katakan kepada pembeli yang itu unsur-unsur daripada seorang makhluk ciptaan Tuhan yang paling berharga. Kamu rasa ada yang mahu membelinya?"


"Tak", serentak kami menjawab.


"Oleh itu, dimanakah nilai manusia itu tadi?? Kalau nak dibandingkan dengan seekor kambing yang terjual RM300 di pasar? Bukankah unusur-unsur dalam badan manusia itu tadi tiada nilainya?"


Senyap. Sunyi. Betul-betul sunyi.


"Disitu lah akal memainkan peranan. Akal manusia tiada nilainya. Dan dengan akallah manusia dibezakan dengan makhluk ciptaan manusia yang lain", kata beliau lagi.


Sunyi.
Dalam hati, aku bersetuju.
Kepala aku angguk-anggukkan.


"Ok, mari kita bandingkan nilai manusia tanpa akal dengan nilai haiwan. Unsur-unsur tadi kita bawak balik ke makmal, dan kita tukar menjadi barang. Unsur zat besi kita tukar menjadi 3 batang paku, unsur garam kita tukar menjadi garam masakan, dan kita jual. Samakah nilainya dengan nilai jualan dagaing seekor haiwan? Tentu tak sama kan? Begitulah rendahnya nilai seseorang manusia jika tidak menggunakan akal"


Senyap.


"Ok. Mari kita naikkan nilai manusia tadi. Unsur belerang kita jadikan beberapa batang mancis. Kamu tau mancis?", pensyarah bertanya.


Ada satu suara menjawab.
Berani.
Yakin.
Dari seorang daripada sekumpulan yang lambat tadi.



"Tau. Sejenis jenama biskut"













Berderai ketawa aku dan rumet aku. Keras perut sampai habis kelas. Akhirnya lecture yang serius tu tak dicerap dengan baik oleh aku.


Dem!

24 komen:

Fairuz said...

apa la ade student master cam tu dalam kelas kau..hahaha...

Jard The Great said...

nnt aku bc.. aku nk balik daa.. komen dulu.. ahaha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sengal...

sengal...sengal~

tu stok makan biskut lah tu~

hahahaha~

Anggun Classy said...

hehehe.. baru jer nak muhasabah diri.. jadi entri kelakar pulak at the end :)

zonaku said...

ko tolong sekeh jap kepala mamat tu.....

kelas tgh sedap layan.. dia buat lawak camtu!

ilang ilmu aku y br nk lekat... subjek feveret aku.. manusia!

Sharif John said...

Apa ni sister? baru nk menilai entry ni dh ketawa kaw2 bila abis.... ARGH!!!! Lawak gile!!!! Kalau saya jd org tu kn, sy buat2 kene sawan jap nk cover malu... HAHAHA

Hazerin said...

fairuz.
ntah la, apaiii.. dah la dak engineering. bikin malu la.. aku agak2 dia bosan kot. cuba mencipta suasana gembira.



Jard The Great.
alahaii.. ok2



Zara.
dia lapar pun leh jadik gak tu, dik.

Hazerin said...

Anggun Classy.
niat nye mmg nk muhasabahkan diri..tapi dak tu yg bengong. hahaha



zonaku.
mggu depan aku sekehkan utk ko. hehehe. subjek tu agak bosan, dia cuba hiburkan dri sndri agaknya, tapi x sedar tcakap kuat.



JohnIverson.
Hahahaha. nilai la yg atas, dan ketawa kuat2 d penghujung.. kan best... hehe. Sy smpai skrg gelak klu teringat muka selamba budak tu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aduyai...

seb baek bukan kacang buncis kak~

hehehe~

momentinlife said...

hmmm
munchys?? antara biskut yg aku suka..
=p

momentinlife said...

hmmm
munchys?? antara biskut yg aku suka..
=p

momentinlife said...

double? menunjukkan aku care~ haha

Pekerja Kontrak said...

ni ke student master???

Mrs Nurul said...

siyes aku senyum sikit haha

adibah said...

aku suka orang macam tu...


"thinking outside the box"

or

"is mentally outside the class?"


hahahahahah

DaliaLiyana said...

lorr..kata kena serius....tp patu terguling2 gelak..hehehe....

DaliaLiyana said...

lorr..kata kena serius....tp patu terguling2 gelak..hehehe....

meza said...

aku agak mamat tu lapar la.
tu yg terpikir sampai ke biskut tu.

dan mungkin juga, dia bukn smoker.
sbb tu tk knal mancis.

hehe.

sungguh, aku tk larat nak gelak.

Aima Othman said...

kalau mamat tu hensem..next class kate aku kem salam ye...hahhahahah :P

Jard The Great said...

ahaha..poyo la mamat tu..

tp..err..errr.. aku dak engineering gak..

aku dlm kelas poyo gak.. ahaha..

R_zila said...

hahahahahah....
lawaknye reen. Tak bosan la kelas korang mcm ni. Rasa mcm umur mude je lagi...asek ketawe je.

Hazerin said...

Zara.
Ntah nye...nk tgk mggu depan apa yg kuar dr mulot dak yg sama. hahaha



momentinlife.
biskut munchy's mmg heaven. nk2 yg coklat.


*dua kali.. tenkiu? terharu aku. heheheh



Pekerja Kontrak.
iya..begitu la rsa2nya. mereka juga manusia. hehehe

Hazerin said...

si lampu neon.
skit senyum pun x boleh. tak boleh!!




adibah@kak diba.
suka?? sy pun suka. ceria. meriah. sempoi. cool.




DaliaLiyana
tajuk kna serius, kak. hehehe

Hazerin said...

prettyrain.
aku pun suspek dia lapar. hehe. ko gelak la lagik..gelak la..




aima-a.
hensem..agak hensem la.. dak engineering mmg hensem. ahaks! aku dh booking dah. hahahaha




Jard The Great.
argghhh. dak engineering mmg sempoi. hidup penuh warna warni.




R_zila.
hahaha. meh la study, zilaa... meh la...