Geng!

Monday, September 28

"Kau Belajar Tinggi-tinggi Pun, Ke Dapur Jugak Perginya"

Kenapa aku masih disini?


Sebelum aku meng'gamble'kan diri sambil menjerat leher kembali semula ke UTM, aku selidik-selidik semula dan aku seringkali tanya pada diri aku, "Tak muak ke aku belajar 6 tahun sejak habis SPM, dan aku masih ada hati sambung untuk beberapa tahun?". Dulu, kalau anak gadis menyatakan hasrat belajar universiti, sang bapa atau ibu mesti keluar ayat "Kau belajar tinggi-tinggi pun, ke dapur jugak perginya". Paling tidak, "Kau belajar tinggi-tinggi, dah kahwin nanti dibawak laki jugak". Aku cukup la berangin satu badan kalau orang bagi dua ayat ni kat aku. Dan biasa nya sedas dua aku akan balas seperti ayat dibawah:

"Nak beli mekap, takkan nak mintak duit laki"
(Walaupun tak pakai mekap)

Takpun,
"Esok-esok kalau laki aku mati eksiden, aku nak survive macamana kalau takde education?"

Paling tidakpun, aku bagi ayat penyedap,
"Belajar tinggi mak mertua sayang oooo.. Sebab nanti cucu dia pandai"

Oh,ya. Aku memang suka menjawab.

Tapi, kadang-kadang aku tewas jugak dengan kata hati dan keadaan sekeliling. Tengok kawan-kawan yang semakin membina empayar kerjaya sendiri, aku rasa aku ketinggalan di belakang. Mau join diorang lepak-lepak pun aku jadik segan. Mau juga setahun dari sekarang, bila aku baru amik scroll Masters di atas pentas, dan baru merangkak-rangkak membina kerjaya aku sendiri, kawan-kawan aku sudah mampu bangga dengan duit gaji besar dan kereta sendiri. Aku? Pinjam kereta mama lagi? Ahhh..malu nya kalau difikirkan.


Tengok sahabat-sahabat dah kerja, datang rasa menyesal la pulak sambung belajar, aku pun rasa macam nak kerja. Nak ada duit sendiri. Mula la bosan nak study, ada je alasan, susah la, banyak assignment la. Sekali-sekala ada jugak aku usha-usha line kerja kosong kat tenet. Tapi tak pernah mencuba sebab aku fikir diorang ni gebang je lebih, buat iklan kosong banyak-banyak, padahal dah ada calon yang pakai kabel suka-suka hati mak bapak diorang je.


Apa yang aku nak sebenarnya pun, aku tak tau.

Kerja?
Study je sampai habis?
Ntah.


Mungkin manusia seperti aku tak pernah puas hati dengan sesuatu. Berfikir kembali, lama-lama. Ahhh..mungkin ada la rezeki yang lebih baik untuk aku di masa akan datang, insyaAllah.

Ni je la buku aku, bekalan untuk Masters
Tak pasal-pasal blook si Firol pun masuk senarai buku ilmiah aku (Rujuk warna kuning)

First attempt.
Penenang hati penyejuk jiwa.
Alhamdulillah

14 komen:

{lumut} said...

tahniah2..yeay2..lumut melompat gembira anda berjaya!=)

momentinlife said...

yang
1st - kena igt, kerja tinggi/berjaya mana pn perempuan tu, mmg akn turun ke dapur jugak.. tp ape masalahnye? trn ke dapur tu satu benda yg keji/memalukan ke? tok sah nk lyn yang.. lantak pi la mentality mcm tu.. abaikan!~

2nd - yup! it's true yg ko skrg kononnye masih belum ada apa2..belum ada gaji, belum ada harta sperti mna org lain yg dh keje.. tp, nnt bila ko dh ade master, ko boleh 'berlari' dlm membina kerjaya ko. sedangkan org2 yg mcm aku ni, masih lg 'berjln'..

3rd - ko down sbb tgk org yg dah keje.. tapi ketahuilah bahawa aku down bila tgk org yg tgh smbung study.. alam pekerjaan bukan alam yg indah yang.. msa study, ko buat everything utk diri ko sbnrnya.. tp klu kerja, ko buat semua utk org lain.. ko just 'dibayar'..

sgt normal bg kita jeles dengan apa yg kita tak miliki.. bila down, take ur time.. nikmati perasaan down tu.. spy nnt bila ko up, mmg up tinggi gile!


*owh btw, ketahuilah bhw aku jeles ngan ko sbb bole smbg study..uhuk!~
**pjg gile komen aku, sbb aku bru bgn..haha

~0~ said...

bo layan je ape kata org...buat je ape yg kita suke

khalil said...

ayah sy ckp, lg tinggi kte berdiri, lagi kurang org..i mean, mcm PhD..bape kerat je.. so, klu ada master pon tu da bagus! Jadilah yg luar biasa..hehe

Ilmu tu dr Tuhan..b happy during ur quest of life

Firol said...

menuntut ilmu biar sampai mati...tak kira apa ilmu pun..buku kuning tu bakar je...

tak sesuai jadikan ilmiah...

Jard The Great said...

=) komen aku sama dgn momne.. hehehehe

fairuz said...

kalau ade peluang kerja, kau grab je. jangan pikir lama². panjang² pikir pun tak bagus. nanti kau berubah hati lak di minit² akhir.

belajar ni, kau boleh buat part time. itupun kalau kau sanggup dan mampu. tapi kalau kau lambat kerja, nanti susah nak dapat, sebab kau kene bersaing dengan fresh graduate lagi.

hmm..apa beza scroll master dan degree bila mintak kerja? gaji kah? position kah?

last², akan guna degree je..

huh, akhirnya entri kau dah bercirikan macam aku. rontaan jiwa yang nak bekerja..haha..

Apit said...

beb, keja lg best dr blajaq la..klaw org kata keja x best sbb env keja dia tu x best..master hg bleh buat part time bila hg dh keja guna degree tu..keja klaw bleh p dubai free, p australia free xkn hg kata x best..aku duk UTM naik cemuih dh..tp jgn lak hg guna degree utk mintak keja nnt..sia2 ja master hg..

hang nadim said...

untuk hazerin ingatlah pesan ini....Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.

Sharif John said...

Sabar sis... kita senasib... UUWWAAAA!!!!

Masy said...

down skrg je.. sok dah abes blajau, gaji anda lg byk blipat2 ganda dr kitorang yg keje btahun2 ni huhuhuhhuuhuh

vidadarisakura said...

komen aku sama dengan jard.haha

aloy_paradoks said...

lu kene ada target dan tahu apa yang lu nak atau apa yang lu nak capai.

prettyrain said...

jeles tgok dpt result lulus.