Geng!

Thursday, October 29

Cerita Pantun Aki.

Semalam petang, masa aku bertungkus lumus salin nota, telefon atas meja berbunyi. Aku toleh sikit, tengok nama si pemanggil. Agak-agak sapa-sapa yang tak penting call, aku berniat untuk malas nak angkat.

Aki. Aku mula-mula buat tak tau. Eh, Aki??? Aku angkat cepatcepat. Apahal ni?

"Hello, Aki cakap ni", Aki start keluar suara ala-ala manja-ngada-ngada pulak. Hahaha

"Ye, Aki. Napa eh?"

"Aki masak bubur betik petang tadi. Aki makan bertiga dengan adik-adik kembar ni."

"Ok, lepas tu?"

"Makan bubur petang-petang sedapkan. Dapatlah idea nak buat pantun. Tapi komeh* puas mikir tak dapat wehh nak ngabihkan pantun keh* ni. Aok* tolong la sikit yeh"

"Ha. Pulak dah. Ok, apa pembayangnya"

"Dengor yeh.. Petang ini petang rabu, bubur betik warnanya merah. Aki puas mikir, lama-lama. Aok tolong sambung sikit pantun Aki ni"

Haihhh..haru.

"Em, Aki. Idea tak datang lagi. Nanti Er telefon balik la ye."

"Yeaahhh. Aok pun tak reti juga yeh. Blaja unibersiti tu..", Aki balas sedas sambil gelak-gelak. Konfem ada niat nak ngutuk aku. Cet. Mana boleh ngaku kalah, cicit pahlawan Melayu Pahang ni.

5 minit pikir, dapat.

Aku sms Aki, serangan balas.

Tak dibalas balik.

Tak puas hati, aku call Aki.

"Amacam Aki? Gempak tak?"

"Boleh laaaa.."

"Hahaha. Aki jangan la buat ayat pasrah macam tu. Ada ala-ala nak insaf tak pantun Er tu Aki?"

"Insafffffff.."

"Lain kali nak kutuk lagi tak?"

"Tengok dulu la macamana"

Cehh. Tak nak kalah.


Petang ini petang rabu,
Bubur betik warnanya merah,
Ingatlah Allah, Tuhan yang satu,
KepadaNya jua kita berserah.

Muka pasrah Aki.
Aku dapat bayangkan.
Hahahaha.


Please la, Aki. Budak sekolah pun leh buat.
Peace!


Glosari bahasa (Pahang)
Komeh = Kitorang, kami
Keh = Saya
Aok = Awak

Saturday, October 24

Aku Tau Aku Lemah Tanpa Kawan-kawan

Ya Allah. Aku nak exam tak lama lagi, tapi sekarang aku sangat lemah.


Aku lemah tanpa semangat daripada sahabat aku yang dulu. Yang sama-sama berada disini, di tempat ilmu ini satu detik dulu. Semua mereka ada haluan sendiri, dan aku bahagia kerana itu.

Rindu sangat-sangat ni la yang buat aku makin lemah. Aku biasa study sama-sama mereka, cara revision dan study yang sambil gelak-gelak dan main-main, tapi berisi. Study sambil borak-borak ilmu dan baring-baring. Kalau aku sedang lepak-lepak dan malas study, datang sorang dan kata, "Fuyoo..dah habis study. Rilek nampak. Takot aku". Hei, mana boleh jadi kena perli macam ni. Terus menerus je aku bangun semangat menghadap nota periksa. Nampak main-main kan waktu itu? Tapi kami telah lepas satu fasa berjaya dengan cara itu. Mereka telah sama-sama berjaya dengan aku.

Oh, sumpah aku rindu.

Tapi sekarang, dengan cara apa aku nak study ni? Yang dengan duduk sorang-sorang dalam bilik. Yang dengan menghadap assignment di waktu exam makin menghimpit? Yang dengan aku study sendiri, tanpa motivasi daripada mereka untuk aku study? Ini takkan boleh buat aku sukses, faham tak? Aku makin stress kalau terus macam ni.

Ya Tuhan yang Maha Penyayang,
Kirimkan aku sahabat-sahabat aku yang dulu,
Yang lebih membahagiakan daripada menyakitkan,
Yang menenangkan ketika aku sedang sakit dengan hidup,
Yang menghiburkan dengan lawak-lawak kurang pandai,
Yang makan dan bercakap dalam waktu yang sama,
Yang boleh disakat tanpa rasa sakit hati.


Rindu.
Dah aku katakan, sahabat adalah nadi aku.
Semangat.



Yang lain,
Doakan aku lebih kuat.
Untuk exam yang menyesakkan otak ni.


Thanks.
=)

Sunday, October 18

(Sajak). Cinta Itu Apa?

Ini dapat ilham.
Daripada pengalaman seorang kawan.
Sedang sengsara kerana cinta.
Lalu aku nukilkan untuk dia.
Khas.
Tak bagus pun tapi ikhlas untuk dia.


Cinta itu pengorbanan apa ha?
Kalau kau mau aku korbankan hati
Aku sudah sampai parah
Kalau kau mau aku korbankan jiwa
Aku serah sampai lemah
Jangan kata masa
Pun sudah aku bagi
Jadi mau apa lagi?
Aku sanggup beri
Asal kau tak minta bukan-bukan
Bukan-bukan yang dilaknat Tuhan.


Jadi pengorbanan ini apa balasannya?
Janji setia?
Hidup bersama?


Kadang-kadang aku pun sudah berasa penat
Untuk tunggu apa yang aku takkan dapat.



Kakak sayang kamu, Dik.
Cukup lah bersedih.

Tuesday, October 13

"Orang Lain Pun Bayar Tiket Bas"

Dua hari lepas, aku pulang ke Kuantan untuk selesaikan hal-hal berkaitan pinjaman Yayasan Pahang. Seperti biasa, pelajar macam aku lebih cenderung balik kampung menaiki bas. Malah, selalunya, aku naik bas malam dengan muka peramah habis. Naik tangga bas, aku mesti senyum pada pakcik pemandu bas.

"Bawa bas elok-elok ya, pakcik".

Aku jalan kearah tempat duduk aku, dan sebelum duduk dalam kesamaran aku nampak ada seorang lelaki duduk di belakang. Aku senyum sikit, alih-alih dia paling muka dia ke arah tingkap. "Boleh tahan sombong. Macam lah kacak sangat", aku cakap dalam hati.


Sepanjang jalan, aku tidak pula tidur sepertimana kebiasaan. Mungkin sebab aku lupa nak telan ubat tidur sebelum naik bas agaknya. Lagi satu mungkin sebab lelaki sombong dibelakang aku. Kaki tak boleh duduk diam, asyik nak tendang-tendang kerusi empuk aku. Nak aku tegur nanti, tak manis pula.


Dalam pada itu, telefon dia berbunyi-bunyi. Cakap sudah la kuat bukan main, sampaikan boleh dengar satu bas. Lagi pula, bahasakan diri dia 'abang' dan si pemanggil 'adik'. Boleh tahan geli. Daripada perbualan dia, aku agak-agak si 'adik' nak perkenalkan 'abang' dengan seorang gadis. Si 'abang' mula-mula menolak, segan dan malu-malu. Keluar pula ayat standard, 'Abang tak hensem. Nanti dia tak mahu pada abang'. Lepas sessi merendah diri si 'abang', dia habiskan perbualan dengan ayat "Adik hantar gambar budak itu untuk abang".

Perbualan tamat. Lega sikit, sebab kurang bising. Dalam 10 minit berlalu, bilamana aku mula nak lelap sikit-sikit, dia bersuara lagi.


"Wah, adik. Comel lah budaknya, dik. Boleh..boleh. Bagi abang nombor telefon dia". Dia sambung sembang lagi, boleh tahan lama. Daripada masuk Tol Yong Peng sampai ke Bandar Segamat. Dia borak, dia gelak. Dia borak kuat-kuat, dia gelak kuat-kuat.


"Ok la, adik. Abang sampai Segamat dah. Nanti kita sambung borak".


Sampai stesen bas Segamat, lelaki berkenaan ambil beg dia. Baru melangkah dua tiga tapak dari tempat duduk dia, orang sebelah aku tahan dia.


"Bang, lain kali kalau naik bas, cakap telefon agak-agak sikit ya. Orang lain pun bayar tiket bas juga"

Terbaik.

Dia turun bas pun dah nak terlanggar orang lain. Jalan pun senget-senget sebab kena ceramah dengan budak Darjah 6.

Sunday, October 4

Keluarga Tak Sempurna



Ini keluarga aku

Aku ada Aki dan arwah Wan yang cukup menyayangi
Aku ada Mama yang penuh cinta, kasih sayang dan tak dijangka *sengih
Aku ada Abang yang gila dan tenggelam timbul
Aku ada Adik Kembar yang pandai, tapi kuat makan dan chubby-chubby


Aku ada Maklong yang hampeh, tak berperasaan tapi mengingati
Aku ada Makngah yang keras hatinya, tapi
Aku ada Makde yang cun, sporting, anggun tapi garang
Aku ada (tapi sudah tiada), arwah Ateh yang hensem, tapi mengelirukan wataknya

Dan.
Aku ada sepupu-sepupu yang bermacam ragam dan perangai


Dimana ayah?
Aku ada dua ayah, seorang disini, seorang disana.
Dua-dua sama sahaja, ada tempat dihati aku juga.


Keluarga aku mudah, dan tidak sempurna tapi paling menenangkan.


InsyaAllah, akan aku dapat sebuah keluarga sempurna dan lebih besar bila nanti dua keluarga bersatu.

Tunggu, nanti aku beritahu.