Lebih dari hubungan darah.
Macam kawan..best-friend.
Kenapa aku terlalu sayangkan dia?
- Sebab duit dalam akaun dia banyak.Wahahaha. Kalau aku 4 bulan di UTM, 4 bulan la duit pencen dia tak berusik. Bermakna? Aku la tukang habiskan duit pencen dia. Yes!! Yes!!! Kalau dia ajak berjalan, aku akan tanya, "Aki ada duit tak? Kalau takda duit, taknak la berjalan dengan Aki". Dia akan gelak dan menjawab, "Apa susah, Aki ada duit pencen. Nanti kita singgah la kat bank kejap, keluar duit pencen". Sila jeles, wahai cucu-cucu Aki yang lain. Cucu perempuan sulong la katakan. Hahahaha!
- Dia suka mengingatkan aku tentang kegemukan aku. Cess..ini orang tua memang selamba. Mentang-mentang la kurus. Kalau tidur kat rumah dia, pagi-pagi dah kejutkan suruh bangun, dan buat makan untuk dia. Padahal, kalau takda orang kat rumah, pandai pulak masak sendiri. Dusshhh!! Dan tiap kali kalau amik gambo dia, Aki akan cakap, "Eh, kurus amat Aki ni ye". Aku jawab, "Tau takpe. Ejek sangat orang gemuk, dia tu dah tinggal rangka".
- Dia pencinta setia. Sejak ketiadaan Wan, dia setia. Boleh pulak ada orang menjual-jual datang di rumah, offer untuk jadi bini Aki. (Woi-woi!! Ko nak mampus kena tendang dengan aku??) Itu aku yang cakap, tapi Aki akan cakap begini kepada sesiapa yang berkenaan, "Takpe la, saya nak jumpa isteri saya di syurga". Sedih? Ya..aku sedih bila setiap kali dengar Aki cakap macam ni.
- Dia suka lengah-lengahkan masa. Huh! Kalau janji nak date dengan aku pukul 8 pagi, memang pukul 930 la baru keluar rumah. Itu pun lepas aku membebel-bebel dengan lama tanpa henti dan mengulangi perkataan, "Aki, cepat la siap. Kang Er tinggal Aki sorang-sorang kang". Dan dia cepat-cepat mandi dan akan cakap, "Kejap la...kalau lapar makan la biskut tu dulu". Adehh..sabo je la aku. Lepas tu, siap la kena pau belanja makan nasi daun pisang kat kedai mamak. Hahaha.
- Degil. Dia sakit. Lelah tahap kronik. Makannya perlu dijaga, tapi degil tahap dewa, suka makan rambutan, mangga dan lain-lain yang dia tanam kat keliling rumah dia. Dah lelah, semput-semput, baru nak pantang makan. Pernah sekali dia masuk ICU sebab makan bubur kacang dan tembikai (pantang utama). Waktu tu aku tengah exam, bulan puasa. Nasib baik takda paper. Perjalanan ke Kuantan rasa macam lama gila. Sampai-sampai kat hospital, wayar sini-sana. Hati hancur. 3 hari koma, tak sedar diri. Takut kehilangan lagi. Dia sedar-sedar je, terus peluk dia, boleh pulak dia cakap, "Best. Macam duduk kat atas awan. Ada orang panggil ikot, tapi Aki tak ikut. Tapi seronok". So, sekarang, setiap kali aku nak balik UTM, aku akan cakap, "Aki jangan mati dulu, ye".
- Dia suka bagi aku duit, tapi lepas tu akan mintak macam-macam. Cuti aritu, siang malam mintak nak bela anak ayam. Hoh!! Buruk siku tau..hehehe. Dah beli 5 ekor anak ayam, tak alih-alih terus siapkan reban ayam. Cess..selama ni reban tu terbiar je.
- Suka berjalan. Kuat lagi, tak padan umor 80 tahun. Ayat starting kalau nak ajak pegi jalan adalah, "Aki nak pegi amik ubat kat klinik la". Padahal stok ubat melambak-lambak lagi kat rumah dia.Dalam kereta, "Eh, tak jadi la pegi klinik. Kita pergi Giant la nak? Beli beras." Saje je kan.. Pastu buat ayat penyedap, "Aki kalau berjalan ni, takde la sakit lutut. Kalau duk kat rumah tu, lemah je badan". Memang panjang akal.
- Suka bercakap. Ramah tamah. Semua orang nak dia tegur. Macam YB turun kampung. Kalau aku tanya, mesti jawab, "Kawan lama". Padahal..tak kira tua muda la kawan lama Aki, ye.
Lelaki ini istimewa.
Sangat-sangat.
Selama 24 tahun di hati.
Arghhh.
Semalam aku mimpikan dia.
Mimpi dia tinggalkan aku dan pergi.
Aki, jangan pergi lagi.
T_T
29 komen:
umur dah 24 dah
point no 7 tu paling cool...hahaha...
joegrimjow.
yee... dah tuo dah makcik ni ha... isk2!
fairuz.
mmg cool, apai. ayat pancing undi tu
Sayangilah dia.. selagi dia masih ada.. Alhamdulillah, nampak sehat jer Aki reen ni...
*nanti bawak lah Aki jalan2 beli baju raya..! hehe
uh uh koi rindu kat aki koi juga..
kak diba.
alhamdulillah. baju raya? huh!!! baju raya 3 tahun lepas pun dia x pakai lagi.
ber_uwang.
laa...aok pegi balik kampung la aihh. koi pun lama x jumpa aki koi nii..
Rindu jgk lelaki ni.... Aki... Semoga Allah panjangkan umur Aki... tp kan Aki... cucu sulung Aki mmg sangat comel hahaha... teringat nenek kt kampung la...
Aki lebih kurang mcm saya la... setia kt cinta HAHAHA...
Erm... dulu sy bela anak itik 5 ekor jgk...
sebaya lah kiter
kim salam dgn atok ye
John Iverson.
itik?? teringin nak bela itik. eh, john. apa kata kita jodohkan Aki dan nenek kamu? hahahaha. idea gila, x masuk akal d petang hari.
hang nadim.
ok. sebaya. tak tua, kan??
Jard.
baikk....
ko mimpi die???
PekerjaKontrak @ Masri.
iyee..kan aku dh bgtau tu. napa tanya? nak aku mimpi ko plak ke?? hahahaha.
ala bestnyer ade aki..sy ni kecik2 lagi dah xde aki..sedey2..
aku syg juga kak~
huhuhuuh... syahdu aku baca...
aku x penah rs ada tok/tokwan
semoga aki sihat² n panjang umur n murah rezeki....
ko bawak la dia jenjalan... mesti dia suka.. dia bosan dok rmh tu...
bestnya!!
kakak buat fara nanges tau tak!
benciiiii
mm bila nak bawak jumpa aki?
tak penah jumpa atuk :(
beedle d'bard.
hehe. aki dh mcm ayah ku..
Zara.
akak pun, zara.. hehe
zonaku.
dia mmg kaki bjalan. itupun klu kesihatan mengizinkan. <--angin semput tak dtg.. hehe
fararusdi.
akak bagun tido..mimpi dia nk pergi selamanya, terus je nangis.. ehehe.. nnt akak bwk jmpa aki ye, fara...
mudah mudahan panjang umur Aki, amin.
sayangilah ia...
stiap muka ada akhir
p/s
sufi bmakna falsafah
bukan nama aku
haih..
akak ada juga atok, tapi hampeh tak cenggitu.
jeles ah...
ingatkan boifren tadi...ekekek
i luv u dad...
Zaidon.
aminnn...doa2kan laa
SyariLia.
cinta.. cinta dia dong!
a.b geldofg.
ya...setiap muka ada akhirnya.. tapi aku xnak berakhir sekarang. tak sanggup aku.
puisi sufi kedua, knapa ko delete?
eraerzarusli.
hahahahaaa...dlu dia garang gak. skrg sudah sempoiii...
kueh.
boifren tidak dbenaran disni. heh!
DaliaLiyana.
yee..sayangi ayah anda.
kenape aku syg ko??
------ xde jwpn bole?? haha
sbb aku xsyg ko pun..
kikiki
sweet
huhu..aku sedey bace entri "kenapa aku sayang lelaki ini"..takziah untuk ko..insyaALLAH dia damai di sana..AL-FATIHAH
Post a Comment