Ya Allah. Aku nak exam tak lama lagi, tapi sekarang aku sangat lemah.
Aku lemah tanpa semangat daripada sahabat aku yang dulu. Yang sama-sama berada disini, di tempat ilmu ini satu detik dulu. Semua mereka ada haluan sendiri, dan aku bahagia kerana itu.
Rindu sangat-sangat ni la yang buat aku makin lemah. Aku biasa study sama-sama mereka, cara revision dan study yang sambil gelak-gelak dan main-main, tapi berisi. Study sambil borak-borak ilmu dan baring-baring. Kalau aku sedang lepak-lepak dan malas study, datang sorang dan kata, "Fuyoo..dah habis study. Rilek nampak. Takot aku". Hei, mana boleh jadi kena perli macam ni. Terus menerus je aku bangun semangat menghadap nota periksa. Nampak main-main kan waktu itu? Tapi kami telah lepas satu fasa berjaya dengan cara itu. Mereka telah sama-sama berjaya dengan aku.
Oh, sumpah aku rindu.
Tapi sekarang, dengan cara apa aku nak study ni? Yang dengan duduk sorang-sorang dalam bilik. Yang dengan menghadap assignment di waktu exam makin menghimpit? Yang dengan aku study sendiri, tanpa motivasi daripada mereka untuk aku study? Ini takkan boleh buat aku sukses, faham tak? Aku makin stress kalau terus macam ni.
Ya Tuhan yang Maha Penyayang,
Kirimkan aku sahabat-sahabat aku yang dulu,
Yang lebih membahagiakan daripada menyakitkan,
Yang menenangkan ketika aku sedang sakit dengan hidup,
Yang menghiburkan dengan lawak-lawak kurang pandai,
Yang makan dan bercakap dalam waktu yang sama,
Yang boleh disakat tanpa rasa sakit hati.
Rindu.
Dah aku katakan, sahabat adalah nadi aku.
Semangat.
Yang lain,
Doakan aku lebih kuat.
Untuk exam yang menyesakkan otak ni.
Thanks.
=)
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
12 komen:
kakkkk.. sabaq naaa :) suma orang memang rasa stress bila nak periksa mcm nih kaan. even though sue surrounded by friends yang selalu revise sama sama pun, at the end, usaha jatuh kat bahu sendiri gak.
u can do it! boleh! harus! mesti! chaio chaio! :D
mudahan... Amin..
rilex3..
tapi memang teringat member dulu kan haha
akhirnya kita akan bersendirian jua.
itu hakikat.
salam.
Ila tau Reen boleh....
Cayang Reen!!!
You can do'it dear....
Kawan-kawan Reen ni sentiasa doakan Reen kat sana...
kakak ku jgn ler begini
jgn jdkan kesusahna yg dtg tu bt kamu down
ingt kwn2 akak sentiasa mendiakan kejayaan akak
smgt dorg sentiasa ada dlm hati akak walau kt mana pun dorg
doa mereka mengiringi akak
sy doakan akak berjaya utk exam ni n seterusnya amin....
kakak ku jgn ler begini
jgn jdkan kesusahna yg dtg tu bt kamu down
ingt kwn2 akak sentiasa mendiakan kejayaan akak
smgt dorg sentiasa ada dlm hati akak walau kt mana pun dorg
doa mereka mengiringi akak
sy doakan akak berjaya utk exam ni n seterusnya amin....~juna~
relax...
ah kau..nak exam, berpuitis ingat member lama lak...apsal tak suruh mamat tu temankan kau study...wakakakakaka...
kau tau sapa kan...
kawan kawan,,,, kalau bosan leh ajak lepak..
Kalau rindu dah melanda, memang boleh sampai nangis ... bilalah nak buat reunion ni?
kuat kan semangat..jgn lemah2 ek..
walaupun dorang xade dpn mate..tp dorang ade dlm hati..
do visit this blog
http://kodokjualkain.blogspot.co
kat sini bleh tgk design tudung n brooch..
keep in touch.
ninie
Post a Comment