Geng!

Thursday, December 31

Aku Tutup 2009 Dengan Entri Yang Memalukan Ni.

Tahun baru? Apa tu.
Tak ada makna.

Johor tak cuti.


Sempat jugak aku buat entri penutup tahun duaribu sembilan ni. Umur makin meningkat, walaupun masih muda terasa lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keliling.

Ini kejadian hari Sabtu lepas. Aku dan kawan-kawan berlibur tak ingat dunia. Lepas main pool (2 game), main boling 2 game (menang), karaoke, lepas tu repeat main pool lagi (2 game). Punyalah suka main pool, sampai teros ada niat nak beli meja pool untuk buat hantaran kawin nanti. Gila.

Agak penat, tapi still boleh layan. Pergi Teluk Danga seround, cari beg kuliah dan selipar sepuluh ringgit. Niat hati nak balik kolej, sebab dah pukul 10 tapi meneruskan kerja gila layan midnite pulak. Sherlock Holmes. Midnite.

Tak familiar langsung kat Leisure Mall Pelangi, JB. Sebelum masuk muvie hall, aku bergegas ke tandas dulu. Kebiasaannya macam tu. Tak boleh menahan, aku jalan laju-laju tak toleh kiri kanan dan sebagai gadis pemalu, aku masih jalan menunduk.

Sampai kat muka pintu toilet, ada orang tahan aku. Apa hal? Nak ngorat pun, biar aku setel hajat dulu lah.

"Eh..eh", dia cakap.

Aku angkat muka, teros terpancar muka pelik. Kerut kening, muka bagi garang. Biar dia tau aku tak suka dingorat. Aku ngorat orang takpe.

"Ha, kenapa?", suara aku bagi keras sikit.

Dia pinpoint jari dia kat satu arah.
Aku toleh.



"Erk. Sori-sori".

Angkat tangan, muka manis. Pusing belakang, lari laju-laju, masuk toilet diam-diam, gelak sorang-sorang.

Nasib baik baru masuk separuh.
Kalau masuk teros macamana?

Malu lah ai.

14 komen:

_ToMaToMeI_ said...

ihik...ihik....

Cam kejadian masa kat Dip dulu ja ReeN...

Jard The Great said...

ahahaha.. reen.. ko ingat dirimu lelaki ke??

GhOsToNe said...

udah tuko jntinakah???

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

ilatomatomei:
hisyy..ila jgn bocor rhsia rin.. ahahaha. 2 kli dh jadi ni ila..


jard:
kdg2 aku separa lelaki. hahahaha.


ghostone:
belom..belom. belom lagi. =)

moment said...

smada ko igt ko lelaki..

or

badan ko xde shape langsung mcm pic tu... kikiki

fairuz said...

tau la kau ni ganas cam jantan...tapi takkan toilet pun nak masuk salah kot...haha...

try tanya amy, dia masuk toilet mana?

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

moment:
eh..ehh.. bdan aku still in shape okehhh. hehehe



apai:
erk!! aku kurang pasti ttg itu. ko tau? bgtau lah aku. hahaha

CIK IZ'S said...

pengalaman tu.. hikhik
selamat tahun baru..!

Pekerja Kontrak said...

hoi tunangan orang. hehehehehe... lama tak komen blog ko. tahniah dah bertunang.

dan sangat pemalu la ko sampai masuk tandas lelaki... huhuhuhu...

ahmad fais ishak said...

punya dah xtahan sgt sampai mcm tu

Masy said...

konflik jantina namanya ni haha

zonaku said...

hehehheee.... berapa lama nk kene jadik bahan gelak nie????

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Cik Iz's
pengalaman. buat aku lebih hati2. hahaha


masri si pekerja kontrak
ntahnye!!! lma ko snyap duk kt sabah tu wehh.. apa cer? thanks2. aku mmg pemalu, ko je yang x tau. diam2. hahaha


ahmad fais ishak
makaihhh panjangnye nama ko. mmg x than beb. memanggg

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

kak masy.
mana ade kak. akak yg konflik jantina kannnnn kannnnn.. (dlm blook firol). =P


zonaku.
kejap je jdi bhan gelak. kuar entri bru, mesty dilupakan. hehe