Dua tiga hari ni, punya lah rajin aku ke hulu ke hilir pergi bank.
Semua ASB punya pasal. Dividen nya ciput je, eksaited je yang lebih. Hish. Nampak sangat haloba. Sampai dua kali pergi.
Hari 4 haribulan pergi Maybank, ada khemah kat luar. Majlis kesyukuran agaknya. Masuk dalam beratur panjanggggggggg sampai tangga. Aku fikir-fikir kalau tunggu ni mau turun berat badan, tak jadi beratur. Lepak luar Maybank, pikir strategi nak lintas barisan. Nak buat-buat sawan nanti, tak manis pulak untuk gadis macho macam aku.
Rupanya khemah kat luar tu dia buat untuk sapa-sapa nak ngapdet buku ASB. Marah betol aku. Kenapa tak bagitau awal-awal. Bazir masa aku betul. Tak tau agaknya yang aku ni busy. Nasib baik tak sempat pura-pura sawan.
Masuk dalam kereta, bukak buku ASB. Terkejut.
Sikit nya dividen saya, kakak Maybank.
Mesti salah cetak ni.
Dilahirkan sebagai seorang pejuang berani mati, aku pergi pulak CIMB pada keesokan harinya. Cek sekali lagi. Ambil no giliran. 1068. Lagi 7 orang di hadapan. Sebagai seorang yang penyabar (banyak betul puji diri sendiri sejak tahun baru ni), aku tunggu giliran sambil layan mesej.
Ting! Ting! Ting!
Nombor giliran bergerak. Aku tengok ada mamat foreigner ni bangkit ke kaunter lapan. Nampak macam student baru, nak bukak akaun. Banyak jek kertas yang dipikulnya. Sampai je kat kaunter lapan;
"Where is the photocopy of your passport?"
Menengking sampai satu bank dengar.
Belum sempat mamat tu jawab.
"U should fill up this form first!"
"U go there, fill this up and take your new number!"
Perkhhh. Bapak garangnya kakak CIMB ni. Tak "Budi Bahasa Budaya Kita" langsung. Terkulat-kulat je mamat foreigner tu ngikot arahan dia.
Ting! Ting! Ting!
1068, Kaunter 7.
Ting! Ting! Ting!
1069, Kaunter 8.
Berbekalkan buku ASB ditangan, aku kedek-kedek mak limah ke kaunter 7. Baru nak hulur buku kat kakak kaunter 7, kakak garang kaunter 8 berbunyi;
"Cepat sikit ye. Sini, ye. Sini"
Aku mula pelik
"Apa hal pulak?"
"Nombor awak kat sini. Sini, kaunter 8"
Betul nak cari gaduh ni.
"Nombor saya 1068, bukan 1069", aku tunjuk kertas kecil bertuliskan nombor giliran aku, betul-betul kat mata dia.
Kakak kaunter 7 siap backing aku, "Ha'ah. Nombor dia kat kaunter aku"
Aku tak puas hati, bagi sedas lagi, "Gelabah betul lah akak ni. Relaks dah la".
Bikin aku panas je. Rosak azam tahun baru saya, kak. Dah la dividen ASB saya sikit!
T_T
Istighasah, boleh ke tak?
3 days ago
10 komen:
ish..... apsal diorg garang tuh? ehehe..
pandai ko bercerita.. silalah hapdet blog selalu.. aku suka bc
ala org pompuan cam tu le..puting beliung ikut musim2 tertentu..
gaduh ngan laki dia kot...cam sial je...kekadang si pengira duit org a.k.a penunggu kaunters ni mmg terlalu biadap...sila belajar sopan sintun...terima kasih...
kakak tu stress pasal awal tahun dia jadik terlebih glamer.. plus pms skali la tu ;)
agaknye gaji dy pon sikit kot.. tu pasal dy mengamuk
tuntungkita.blogspot.com
CIMB mana?
CIMB mana?
Hallo salam kenal dari blog milomen, mampir balik ya sekalian follow di blogku ^_^
Mmg dividen ASB ckit...try ar invest kt emas plak...INSYAALLAH psti puas hati...nk cite lebih pn,x blh...coz diri sndiri pn x lps lg...huhu
From:slalutumpanglalu @--^--
jom kita klik2...xyah bayar pon..try jer dlu...ikut arahan ek...
klik kat cni..
http://asonewishes.com/pages/index.php?refid=nuraznida
pastu ikut langkah…
- korg sign up dlu..ec yg mana patut..ada yg kurang paham ckit..ada kat bawah skali tu..cara pembayaran buat melalui check..then kotak bwh tu tulis nama penuh jgn tulis no akaun tau…
- satu lagi…ada satu kotak tu ada tulis nama aku..(mmg dah tertulis..xyah ubah ape2..)
-lepas reg…nnti klik kat confirmation dalam emel ..dia bagi kat kita….
-pastu dah masuk..masukkn emel dan pasword…
-klik ” refferal centre” pastu copy URL Adress kat bawah tu dan promote kat kwn yg lain min 10org ek…. cntoh URL tu macam yg aku pnya kat atas tu la….
-langkah seterusnya….klik kat “paid to Click”….pastu korang klik la ada 3 banner kat bawah tu kalo xsilap…klik satu2..setiap page yg korg klik tu..tggu 30sec smpai dia tulis Thank you..bla..bla. pastu close then buka banner yg seterusnya..buat sama cam td gak…
++ akhir kata..kita juz try..kalo dapat dwit ok la..dapat la dwit poket lebih…tp pas la kat kwn2 len..bagi diorg pon buat jg..xrugi sbb xder modal ape2 pon…SELAMAT MENCUBA..
+++ XPAHAM LEH TNYA K…
y.m—> nuraznida.aziz
Post a Comment