Penipuan dimana-mana sekarang ni. Anak tipu mak, suami tipu isteri, isteri tipu laki, menantu tipu mak mertua, jiran sebelah kanan tipu jiran depan. Itu belom ambik kira tipu syer syarikat juta-juta lagi.
Aku pun selalu jugak tipu bapak aku. Mintak duit extra konon-konon ada seminar, padahal aku melencong pergi berbimba dengan kawan-kawan. Kalau aku yang anak tak habiskan duit bapak, siapakah lagi yang lebih layak, kan? Ah, aku rasa bapak aku pon tau aku tipu dia.
Itu lain cerita. Ni aku nak kisahkan yang aku hampir-hampir kena tipu. Bukan sekali, tapi dua kali melalui cara penipuan yang sama.
Aku dalam kelas waktu kejadian ni berlaku. Henset berbunyi. Private number, aku syak kalau private number ni mesti Mom aku di Kajang. Bergegas aku keluar.
"Hello, mom", jawabku yakin.
"Hello, Selamat sejahtera. Saya panggilnya daripada Menara Celcom"
"Ye. Ada apa hal"
"Saya ingin maklumkan yang simkad Cik sudah memenangi cabutan bertuah daripada Celcom"
"Sejak bila pulak aku letak simkad aku dalam kotak cabutan bertuah korang"
"Bukan ya cik. Kami cabut melalui sistemnya. Simkad ini sudah memenangi wang tunai Rm15,000. Sekarang minta cik berikan nombor akaun dan pin nombornya sekali"
"Aku mana ada akaun bank. Duit pon takde"
"Kami cek disini, cik ada akaun Maybank. Minta nombor akaun dan pinnya supaya kami bisa masukkan wang kemenangannya, Cik"
"Ok. Nombor akaun aku 999. Hei, korang ni takde kerja lain ke haa? Ko ingat aku bodoh ke"
"Betul ni cik. Saya ngak main-main"
Aku letak telefon, buang masa aku je. Selang 2 minggu, diulang panggilan yang sama. Juga aku dalam kelas waktu tu. Introduction sama, suara yang sama, tone suara yang sama, slang yang sama. Bila mana dia katakan simkad aku menang cabutan bertuah, aku jawab ini.
"Korang ni, dah la duduk negara orang, nak buat perangai puaka kat sini pulak. Ni sejak bila pulak aku daftar simkad aku kat Celcom Indon?"
Bezanya kali ni, dia yang letak telefon.
Reti pon bahasa 1Malaysia.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
12 komen:
hoh..bagus2.cm sial jek wt cm tu kt ngra org..
oh..trkasar plak:D
cayala lu,beb!!! (^^,) tpkn cm ne kalo org kite punye kje???huhu
slalutumpanglalu @--^---
idea yang bernas tuh....
mcm ari tu kena ngan tmpat fitness..sekali cakap dah pregnant terus diam (biar la bujang lagi pon)
hehehe...
*ur silent reader :)
nak menipu tu tak belajar cakap melayu betol2.
hahahaaha
len kali ko nyanyi je...
selagi dia tak letak, ko terus nyanyi...
takpun gelak mcm hantu
ha chemo
aihh..marah btol nampaknya
anon.
tau la pragai aku cne kannn kann
kak moon
haa..good idea, kak! *touching nye ada silent reader*
ah fatt
kau ajarkan dia sket bahasa kita!
citah
mcm besa buat jeh ko ini!
Nazz penah gak kena..tp sms..xkan ku percaya..
aku pun penah kena ni barang...
aku rasa nombor kau ada orang letak kat belakang pintu jamban no 2 kat terminal bas kuantan tu la..hahaha
nazz@purple
sms mmg melambak2.. no no no. jgn pcaya tauu. hehe
masri.
ko tertipu ka?
apai
wehh wehh.. ayat ko sma ngn incip nadzri la..oh, lupa abgnyeee..
akak slalu dpt yg sms. so balas maki kat sms jelah. klu dpt yg call ni mmg sedap maki secara live hihi
bila la org indon mau telepon aku camtu. teringin benar rasanya aku mau kasi kena durang.haha
Post a Comment