Geng!

Wednesday, June 30

Cinta Tanpa Sebab

Salam.

Seorang kakak pernah berkata pada aku, "Rezeki jodoh ni, tak semua orang dapat. Kalau ada pun terbahagi kepada dua ; rezeki baik atau sebaliknya. Kalau kita redha dengan apa yang Allah bagi, itu lah jodoh yang terbaik untuk kita. Dan kalau tak, mungkin Allah dah tetapkan rezeki jodoh yang lebih baik untuk kita. Semua kerja Allah"

Betul, kan. Kita manusia takkan pernah puas dengan apa yang kita dapat. Aku, lebih-lebih lagi. Dah ada yang sayang, nak yang LEBIH sayang. Sudah kaya, nak LEBIH kaya. Sudah cantik, nak LEBIH cantik.

Sekarang, aku lebih belajar menerima seadanya. Lebih tepat menerima dia, seadanya.

Dia :
  1. Pendiam, tak banyak bercakap
  2. Maka, tak pandai ekspresi sayang melalui ucapan
  3. Dan, tak reti nak romantik
Tapi bila KADANG-KADANG bila dia kata:
  1. Awak dah cukup sempurna untuk saya
  2. Awak bukan yang pertama, tapi awak cinta terakhir saya
  3. Jangan tanya. Saya tak perlu ada sebab untuk sayang awak.
Peh alahai --- boleh tercabut jantung!

Dan bila cinta dan hati diuji, aku juga perlu ingat ini. Tak semua manusia sempurna. Sekuat mana kita pertahankan, kalau bukan hak dan rezeki kita, bukan juga.


P/s: kata ganti nama diri telah diganti kepada 'saya' dan 'awak', supaya tak ada siapa-siapa yang termuntah, terutamanya Citah. Eh, ke ada yang termuntah baca entri ni. Maaf lah, ye. Bagi la can sekali sekala je. :)

Monday, June 28

Selamat Datang, Baby Syahmi.

25 Jun 2010
Kedah


Mohd Syahmi bin Mohd Suhaimi














Semoga Syahmi jadi anak yang pintar, jadi gula-gula yang manis untuk abah dan mama, jadi insan yang mulia di sisi Allah. Cepat besar, nanti auntie bawak jalan-jalan. Auntie belanja aiskrim, beli toys, pergi playground. Cepat besar ye, comel tembam!

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak adalah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak" - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.


P/s buat abah dan mama Syahmi : Boleh tak nak cop Syahmi buat menantu? HAHAHAHAHA

Saturday, June 26

Bila Kita Dengar Kata Orang

26 Jun 2010
Larkin, JB



Bila kita dengar kata orang
Antara dua
Baiknya atau buruknya

Begini;

Bila kita dengar kata yang baik
Mudah patuh pada yang molek
Hidup senang, jadi tenang
Semua orang boleh menang
Tiada gaduh, tanpa keluh
Takkan binasa apa yang ada

Tapi;

Bila kita dengar kata yang buruk
Mudah percaya pada yang busuk
Yang sengih jadi bengis
Jadi marah tak mahu kalah
Jiwa hati makin parah

Maka;

Walaupun kadang kita keliru
Pilih dan nilailah
Semua di tangan kamu














Sumber gambar

Sunday, June 13

(Gambar) : Biar Saya Jaga Dia

Musim kenduri kahwin. Dua minggu lepas, jiran sebelah rumah kendarat. Pehh--penat tak boleh nak cakap macamana. Mana aku lah jadi pengapit, aku lah sental periuk. Waktu rehat, aku curi-curi main dengan anak kecik orang.


















Ni budak botak ni. Aku cubit kang, nak!!?

Al-kisah. Elok budak botak ni ek ek lapar, aku mintak pada mak dia botol susu. Baru je aku nak suakan botol susu kat mulut dia, datang sorang pretty girl. Cakap macam ni, "Aunty, biar saya jaga dia". Ok, baby ni bukan adik dia pon. Aku pun ketepi sikit. Observe daripada tepi.













Mula-mula dibelai-belai dulu si kecik tu (Budak botak, awak buat muka gatal eh!!)














Lepas tu, disuakan susu ( sambil budak botak buat muka bangga, "Aunty gemok, tengok-ada-awek-cun-suapkan-susu-saya". Ciss!)














Punya lah sabar tunggu si botak ni habiskan susu (sambil botak berkata, "Eh aunty ni ada lagi kat sini?")














Dah tu, ditepuk-tepuknya si kecik tu. Tengok!! Mata si botak dah layu!! :D

Bila dah habis susu dalam botal, diangkatnya si kecik tu sekejap-sekejap. Lepas tu di tepuk-tepuk belakang badan baby tu. Dah diletak balik atas bantal, dia cakap pada aku, "Ok, aunty dah boleh main semula dengan baby ni.". Dia pun keluar, pergi main dengan kawan-kawan yang lain.



Alahaii. Bagusnya didikan mak ayah dia, kan?