Geng!

Sunday, September 19

Kau Bukan Siapa-siapa Untuk Judge Orang Lain.

"Kau apa tau, dia tu dah la tak sembahyang, tak puasa pulak tu. Kalau dia buat pun, Tuhan tak terima la. Aku tau la".

"Kau apa tau, dia tu dah la tak pakai tudung, pakai seksi pulak tu. Aku tau la".

"Dia tu bukannya baik sangat. Kau apa tau, dia tu selalu sangat keluar malam, mesti pergi clubbing. Aku tau la. Nampak je baik tu".

"Kau apa tau, walaupun dia kaya, family dia tu dah la hancor, mak bapak dia bercerai berai, adik-beradik tunggang-langgang. Aku tau la. Duit banyak-banyak tu dia ingat boleh bawak masuk kubur agaknya.".

"Kau apa tau, dia tu dah la tak cantik, tukar boyfriend sebulan sekali. Aku tau la. Hari tu aku nampak dia keluar dengan boyfriend baru. Peluk-peluk lagi".

Bosan.
Kau siapa nak judge orang lain. Kau sempurna? Kau hebat? Aku tak peduli.

"Kau apa tau. Aku tau la. Aku tau semua".

Ok, fine. Aku bodoh, aku tak tau.
Sekarang kau bagitau aku, aku nak tau, "Kau tau bila kau mati?"

6 komen:

Shukri Mohd Ali said...

hahaha. kadang kala orang suka jadi judge pada orang lain untuk tutup kelemahan diri sendiri =D

kueh bakar said...

tu P.s.t dalam gile-gila...
prof. serba tahu...

zonaku said...

hu~

Apit said...

suma dia taw..bila dia nk mati ja dia xtaw..hehe

Pekerja Kontrak said...

emo nampak....

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

shuk : yeahh. dia tak ada cermin utk dri sndri :))

kueh : kuehhhhhhhhhhhhhhhhhhh!~~ weewiiittt

zonaku : huuu jugak :)

apit : exactly. tah smpt ke tak mintak maaf.

bang long : tau xpe.