Eh! Eh! Dah boleh ke? Lepas tu terus teruja. Mana taknye. Dulu-dulu, aku ada jugak cuba nasib call PTPTN, kot-kot la boleh convert pinjaman kepada biasiswa, jawapan yang aku SELALU dapat adalah : maaf, hanya untuk pelajar Kelas Pertama, yang membuat pinjaman SEBELUM 2006 sahaja yang layak. Maka, secara automatisnya, sebagai pelajar yang buat pinjaman pada mid tahun 2006, aku MEMANG tak layak. Gile punya stress. Tak layak takpe - aku tangguh bayar. Aku tekad, sambung master, jangan harap aku nak amik PTPTN lagi. Aku amik Yayasan Pahang.
Kata anak Pahang, kan.
Kata anak Pahang, kan.
Jadi, bila baca paper tarikh 021010 ni, aku terus rasa excited, angkat phone ofis (secara curicuri) dan dail 03-20804455. Kali ni, dengan harapan setinggi gunung - bak kata Black Dog Bone. Setelah mamat telefonis tu tanya beberapa soalan seperti nombor IC, nama penuh dan tempat pengajian, dia bagi jawapan : Ok, cik Hazerin, cik layak untuk memohon bagi pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa.
Walaupun belum confirm dapat, status "layak memohon" tu buat aku rasa nak melompat, biarlah bergegar satu ofis pon, aku tak heran!
RM21,000 tuuuuuuuuuu. Sampai ke-tua kalau nak membayor.
Syukur, Ya Allah.
Syukur Alhamdulillah.
P/s : Entri akan datang, aku bagitau macamana nak apply yek. Sabar.
RM21,000 tuuuuuuuuuu. Sampai ke-tua kalau nak membayor.
Syukur, Ya Allah.
Syukur Alhamdulillah.
P/s : Entri akan datang, aku bagitau macamana nak apply yek. Sabar.
5 komen:
nat tau! nak tau!
Alhamdulilah.reZeki pelajar cemerlang..
farihah : ye. nanti aku poskan cara2 nk apply. dah taip. scheduled entry. 13hb bru kluar. :)
fndrocka : Alhamdulillah :)
Alhamdulillah ReeN....
Ila nak try call jgk la jap g....
cepatttt.. nak tau gakkkk
Post a Comment