Geng!

Tuesday, October 12

Step by Step : Permohonan Penukaran Status Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa.


Untuk memohon penukaran status pinjaman PTPTN kepada biasiswa, syarat-syaratnya adalah :
  1. Ada Ijazah Sarjana Muda - maksudnya dah habis belajar. Yang sedang belajar, tak payah dok gatai nak apply - tak layak. Pergi habiskan belajar dulu. Yang duk bercinta masa belajar sampai belajar ntah kemana kantoi, pon tak layak. Gatai.

  2. Yang dah dapat transkrip penuh dengan result Kelas Pertama SAHAJA.

  3. Sepanjang tempoh belajar, korang HANYA dapat PTPTN. Maksudnya bagi yang berjanji SETIA SEHIDUP SEMATI dengan PTPTN sahaja yang layak. Bagi student yang mula-mula dapat PTPTN lepas tu tengah-tengah belajar dapat JPA ke, biasiswa lain ke - anda tidak layak untuk memohon. PTPTN kata korang tak setia dengan dorang. Bukan aku kata eh, PTPTN yang kata.

  4. Tu je la yang aku tau. Nak lebih-lebih call sendiri. Dail nombor ni : 03-20804455. Aku nasihatkan pada siapa-siapa yang ada telefon opis, guna telefon opis. U know PTPTN lah kan. Apa-apa mesti nak caj mahal. Tengok caj pentabiran sudah. Cekik darah 3%.
Dah cukup semua syarat-syarat diatas, korang boleh proceed dengan step-step yang berikut.

STEP 1 : Isi borang Akuan Pelajar. Borang dia rupa dia macam ni.

Korang boleh download aje borang tu [klik sini]. Dah download, baca. Dah baca, isi. Dah isi jangan lupa sign. Jangan jadi jongos sangat sampai lupa nak sign borang. Agak-agak sikit.

STEP 2 :
Orang berbudi kita berbahasa. Sediakan satu surat rasmi menyatakan kesungguhan anda untuk memohon pertukaran status pinjaman kepada biasiswa. Ayat bagi la bersemangat sikit. Jangan nak ala-kadar je. Dah pakai duit orang, jangan malas nak berbahasa. Jangan pulak lupa ucap terima kasih kat PTPTN sebab dah bagi duit untuk belajar - walaupun duit tu bukanlah semua guna buat belajar pon. Buku pon fotostat. Ceh macam la aku tak tau. Aku biasa buat.

Kat bawah ni contoh surat aku. Aku ngaku awal-awal. Ayat memang poyo. Pedulik hape aku. Janji dapat convert biasiswa. Siapa nak tiru, sila. Aku halalkan. Siapa gelakkan ayat aku, lepas tu copy, aku tak halalkan. Serius.

Surat karangan rasmi, ye.
Aku yakin, Nursuhaila mesti tiru ayat aku. Rashila pon. :D

STEP 3 : Sediakan satu salinan sijil konvokesyen dan set sijil transkrip penuh peperiksaan korang. Salinan itu PERLU disahkan oleh Bahagian Akademik Universiti SAHAJA. Jangan nak mintak bapak sendiri yang sahkan. Mentang-mentanglah bapak orang besar. Cis.

Contoh :

Senget pon senget lah.

STEP 4 : Masukkan dokumen-dokumen yang telah LENGKAP tadi dalam sampul surat. Check betul-betul. Jangan ada yang tertinggal. Dah masukkan dalam sampul surat, pos pada PTPTN.

Rasa-rasa nak selamat, gunalah Pos Ekspress. Jangan kedekut. Apalah sangat harga sampul takat RM4.50 kalau nak bandingkan dengan pinjaman ribu-ribu.

Nak hantar ke mana? Alamatnya kat sini [klik]. Usulkan pada Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik.

STEP 5 : Berdoa semoga permohonan diluluskan. Kita dah usaha, sekarang tawakal. Serahkan semuanya pada Dia. Semuanya rezeki Allah.


Pesanan khas buat PTPTN : Terima kasih, tak sia-sia saya belajar sampai lebam!

Dan;

Pesanan khas buat Pak Jib 1Malaysia : Terima kasih juga kerana membentangkan hal PTPTN ni dalam Bajet 2010 yang lepas. Terima kasih. Dulu, kini dan selamanya.


22 komen:

Miss Myra said...

Kak reen punye dah approve ke blom? Klau yang lain-lain dari 1st class mmg tak leh la eh..ehehe

Hazerin said...

hai mira! akak baru je apply. tak tau la approve ke tak. harap2 approve la mira.

emm...setakat ni, yg selain 1st class belom boleh apply lgi. tak tau la nnt2. kite tggu dan lihat :)

Rashila In Da house said...

ReeN,

Terima Kasih di atas info ini na....
Telah zoom surat ReeN =)...mintak ReeN halalkan na...tiru sikit-sikit....=)

nurul izzah said...

yang awak dh appove ke blom?? xde response pon dari ptptn..

Anonymous said...

Thank you for this wonderful step by step process.

Terima kasih banyak banyak.

James Dean said...

Thanks a lot..
I do make your letter as my first references. Thanks.
Hope we both success!

Anonymous said...

reen terima kasih..mintak halal surat ye reen...terima kasih byk..-hzm

Anonymous said...

thank you for your guidelines..did they approve ur application? thanks

Anonymous said...

terima kasih banyak-banyak untuk panduan yang diberi ka atas. banyak membantu saya!

Anonymous said...

thanx!useful step!

Anonymous said...

tvm...very useful step....

Fara said...

Thanks soo much for the info...sgt2 membantu..thanks ye kamu.. :)

Unknown said...

thanks ye...sy jadikan surat rasmi awk sebagai contoh...thanks a lot...semoga permohonan kita sama2 berjaya dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T...Aminn...:)

Anonymous said...

tq byak2!!! info awk sgt2 membantu!! ;) sy bc blog awk ad gelak2 sikit.... he sbb ayt awk agak sempoi dan lucu! menarik! hee... n lg satu sy copy surat awk ye... minta halalkan k... tq byak2!!! :)

Anonymous said...

thanks 4 the info dear...
saya dengar yg pertukaran dari ptptn ke biasiswa bukan lagi kalau 1st class dah boleh apply tapi pointer kena dpt > drpd 3.86... betul ke nie??? ada pe2 cerita ttg nie tak?

Yong said...

Thanks for the info.
Is really make thing easier!!!
Wish you all the best!!

NoorVictory said...

Haha. Lawak. Terima kasih info!

Mintak izin copy surat rasmi! :)

nurasrar said...

CGPA ????, kira biasiswa dari start kita stdy dgree lah??

VEF 3056 said...

nak tnya dalam surat rasmi yang dibuat ada dinyakan

UVP: Puan Norzila Binti Mohd Yaakob
( Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Baki )

nie ambik dekat mana ye?

megat dewa said...

Alhamdulillah.. sy dah approve..
selesai.. ptptn preee

Anonymous said...

Sekiranya dapat ijazah kelas pertama,adakah pinjaman ketika diploma akan turut diconvert atau ptptn cuma convert pinjaman ketika ijazah sahaja? Harap dapat beri maklum balas ☺

Unknown said...

dah 2017 dah.. dah lulus ke tak?
btw.. cgpa brapa? nk mohon tu