Salam.
Norma kerja aku adalah aku diperlukan pergi lawat-periksa (inspect) rumah orang untuk dinilai. Nilai supaya pinjaman perumahan dorang diluluskan oleh bank-bank panel yang melantik company aku. Aku buat dua kerja. Valuation pun aku buat, property management pun aku haruk.
Satu hari, bilamana aku perlu ke Pasir Gudang untuk pergi inspect rumah orang, aku akan lalu satu kawasan perumahan iaitu kawasan Taman Suria. Kat area perumahan tu ada satu traffic light. Bila aku sampai je kat traffic light tu, lampu dah kuning. Aku slowkan kelajuan. Aku berhenti bila lampu merah. Tiba-tiba ada kereta Honda dari belakang, melintas aku dan terus langgar lampu merah, belok ke kanan. Perempuan. "Peh, daring pompuan ni. Mentang-mentang lah plat Singapore, main taram je langgar law Malaysia. Dem yu!", kata aku dalam hati.
Sementelahan itu, ada satu keta polis datang dari celah mana tah, mengejar kereta tu. Wah, drama bagus ni. Tak sabar aku menunggu lampu hijau, aku pun ikut ke arah kereta pompuan dan polis tadi tu pergi.
Honda tadi dah tersadai ke tepi. Muka bengang. Sorang polis membebel, sorang polis kawal laluan kereta.
Aku bukak cermin kereta, aku cakap "Bagus bang. Berkhidmat untuk negara. Saman je orang macam tu"
Lantas, abang polis kacak bergaya pun menjawab "Ye ye, ok. Awak jalan. Jangan busybody pulak. Nanti dengan awak-awak saya saman"
Alaaa abang polis ni. Orang nak mesra-mesra pun x boleh.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
2 komen:
wohhh..bagus2..beramah mesra..:)
orang pompuan. perangai busy body tu memang takkan hilang. even kat jalan raya skali pun..
Post a Comment