Geng!

Wednesday, January 26

"Kalau dah kawin nanti, kau buat macam ni"

Lunch hour tadi, aku tak keluar beli makanan. Aku masuk pantry, aku melepak dengan sorang senior - chinese, sorang registered agent, umur 50++. Syok borak dengan dia ni. Cakap sebijik macam Melayu. Kadang-kadang main lepas je. Macam-macam jugak yang dibincangkan. Daripada hal kerja, sampai ke hal peribadi.

Dia selalu tanya aku tentang persiapan kawin aku. Macam-macam jugak yang dia suggestkan, buat macam ni, buat macam tu. Aku amik port jugak lah, sebab dia dah berpengalaman.

Memandangkan dia seorang balu - husband dia (sorang businessman Jepun) - aku tanyakan pada dia "Kak, tak teringin ke nak kahwin lagi?". Belum sempat dia menjawab, aku dah usulkan, "Eh, kalau kita jadi akak, buat pe nak kawin. Duit sendiri dah ada, anak dah besar. Buat pening kepala je, kan".

Dia mengangguk

"Kau ingat senang. Kahwin ni banyak tanggungjawab oh. Balik kerja nak kena masak, kemas rumah, basuh pinggan. Itu belum masuk nak layan laki lagi. Hish, tak kuasa aku lah".

"Oh, ye. Kau nak tips kawin? Meh aku ajar kau. Nanti masa malam pertama..", belum sempat dia habiskan ayat, aku angkat kaki.

"Budak ni, aku tak habis cakap lagi lah"

"Tak pe la, kak. Awal sangat akak nak bagi tips. Nanti saya lupa. Nanti-nanti eh"

Pantang orang sentuh bab kawin, cepat aja nak bagi tips!

:P

3 komen:

ateekaamer said...

rugi, patut amek tips tuh. hehe.

Masy said...

klu takut lupa, soh akak tu emailkan je. hahaha

Pekerja Kontrak said...

kalau nak tips tu kau tulis... pastu jangan pula kau buang dalam tong sampah... hehehehehe