Geng!

Saturday, January 22

Gadis dan Cermin

Lokasi : Surau

Sorang pompuan menghadap depan cermin, untuk pakai tudung. Aku dibelakang. Aku nak men'cilok' kat sipi-sipi pun tak boleh. Dia conquer habis cermin tu. Ok, fine aku tunggu, aku perhati.

Punya lah lama.

Letak tudung atas kepala - pin tudung - dia rasa senget - bukak pin semula - betulkan tudung - pinkan semula tudung.

Aku mengeluh kat belakang, dia jeling. Oh, melawan!

Lepas tu, dia nak lipat tudung kat bahagian muka. Lipat belah kanan - lipat belah kiri. Tak cantik, bukak balik lipatan - lipat semula. Belek belah kiri muka, belek belah kanan. Puas hati.

Dah siap lipat tudung kat bahagian muka - dia nak pinkan hujung tudung ke bahu kiri. Angkat hujung tudung - adjust kedudukan tudung - pinkan hujung tudung - dia rasa senget - bukak pin - adjust hujung tudung - dia pinkan tudung.

Bahagian kanan pulak.

Belum pun dia angkat hujung tudung bahagian kanan, sorang makcik bersuara, "Dik, lain kali kalau nak lama-lama bawak cermin dari rumah je la. Kesian kat orang lain menunggu awak sorang".

Ayokk. Tak tauuuu.

4 komen:

Nurul Jaliah said...

hahahaha..kene sedass..tak paham betol org yg suke gune cermin lame2 nih..

ateekaamer said...

aku pun menyampah spesies gini. selfish gila.

fairuz said...

ada jugak makcik spesis cam kau. haha..

Pekerja Kontrak said...

makcik tu memang terbaik la setakat ni... kakakakaka