Geng!

Thursday, February 10

Kalau Menipu, Jangan Sampai Kantoi!

Sebagai property executive, tugas aku menguruskan bangunan dan harta tanah. Salah satu bangunan yang aku uruskan adalah sederet rumah kedai tiga tingkat, letaknya di Taman Pelangi, Johor Bahru. Rumah kedai ni dimiliki oleh sebuah organisasi korporat Syarikat S, yang bernaung bawah JCorp. Maka, selalu jugaklah aku berurusan dengan orang-orang dari Syarikat S ni.

Satu hari, aku dapat panggilan daripada wakil bahagian undang-undang, Encik Hadi namanya. Dia nak aku sediakan satu statement of account untuk tahun 2010. Aku kata pada dia, aku dah sediakan, tinggal nak tunggu account semak dan approve je.

"Hari selasa boleh dapat?", kata dia

"Selasa tak boleh, account tengah rushing closing account year 2010. Saya try Rabu. Paling-paling lewat pun Khamis. Boleh?", kata aku

"Ok, khamis nanti saya amik kat awak," kata dia.

"Ok, boleh", kata aku.

Hari khamis tu, aku siapkan statement of account dan aku letak pada kaunter depan. "Kak Lili, kalau Encik Hadi Sindora datang, bagi pada dia eh," kata aku.

Petang khamis, Kak Lili kata pada aku "Reen, takde pon Encik Hadi tu datang".

Aku jawab, "Takpelah, biar je fail tu kat situ. Nanti dia datang lah amik". Aku assume, dia lupa takpun dia tak perlukan sangat dokumen tu.

Khamis tak datang, Jumaat pun tak datang.

Minggu dah berganti, Hari Selasa, kaunter depan dapat panggilan daripada Encik Hadi, nak bercakap dengan aku. Masa dia call tu, aku ada kat depan. Aku refuse untuk angkat call sebab aku assume dia perlukan dokumen tu je. "Reen is in the middle of discussion tapi dia ada tinggalkan dokumen kat depan ni, Encik Hadi boleh datang amik. Ada apa-apa pesanan?" kata Kak Lili.

Talian diputuskan. "Reen, Encik Hadi bukan nak dokumen je, dia nak kena jumpa awak sekali. Ada benda nak bincang", kata Kak Lili. Tak sampai hati, aku angkat phone, dial nombor Encik Hadi. Belum lagi line sana diangkat, aku membebel "Apa jugak la yang Encik Hadi ni nak"

Habis je perkataan keluar daripada mulut, pintu ofis terbukak!

Encik Hadi!

Gelabah!

Gelabah!

"Hai, tadi bukan kata ada discussion ke?", Encik Hadi.

"Eh..baru je kejap habis. Ni ni, nampak ni saya tengah pegang phone. Saya baruuuuu ingat nak return call Encik Hadi", balas aku.

Cover baaaikkkkkk punyaa!!

p/s : Aku lupa, ofis aku tingkat 18, ofis dorang tingkat 9, naik lif tak sampai seminit dah sampai! Dem!

1 komen:

vidadarisakura said...

bakal pengantin mana boleh menipu. ;P