Geng!

Friday, February 18

Lain Order, Lain Dapat


Preparation kahwin lagi.

Mama lah individu yang paling excited nak prepare wedding aku. Kejap-kejap call, kejap-kejap sms, kejap-kejap call. Selagi tak settle, macamtu lah yang akan jadik. Haih, mama. Lambat lagi, ma. Rilekkkks. Breathe in, breathe out.

Dah call, sms, EMAIL PULAK!

Harini, ceritanya pasal wedding gift. Nak ikutkan mama, rambang mata beb. So, aku dah decide yang aku nak bagi ini-ini-ini untuk friends aku. Aku cakap pada mama, this is for my friends. Mama tak nak kalah, mama pun tempah something untuk friends dia pulak. Ok, takpe. Aku layan aje. Duit mama, lagipun. HAHA.

Yang aku tempah tu, aku guna online. Aku browse kat internet, dan aku jumpa satu website ni. Aku berkenan, aku call. Kebetulan, rumah kakak ni dekat dengan rumah aku. Area JB jugak. So, aku make appointment dan aku terus ke rumah dia. Tengok barang, apa yang patut dan buat order.

Mama - buat benda yang sama. Browse internet, berkenan, call. Bezanya orang yang dibuat tempahan tu di KL. Ala, boleh je nak percaya kan? So, mama pun make orders accordingly. Mama lagi advance daripada aku. Kalau aku takat order barang je, mama siap order barang bersama sticker lagi. Peh, canggih mama aku!

So, mama pun tunjuklah pada aku (via-email), sticker yang dia tempah tu. Aku bukak email.


Aku angkat phone, aku call mama.

"Mama, tarikh salah"

Mama gelabah!

Nota kaki : kalau takde mama, teruk aku handle sorang-sorang majlis ni.

2 komen:

jedi said...

menghitung hari...tahniah...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

jedi : terima kasiiiiihhhhh !~